Bab 3 🌸

614 23 3
                                    

"Syahirah, Ray. Duduklah dulu. Aku pergi buatkan air kejap. Tunggu ye" kata Irene lalu pergi dapur. Firash yang baru turun dari tingkat atas segera pergi ke dapur mencari Irene.

"Irene, sini kejap" panggil Firash kepada Irene. Irene segera melangkah ke arah Firash.

"Ada apa? Kakak saya cakap apa tadi?" tanya Irene kepada Firash. Muka Firash tampak serius. Mungkin ada hal yang Kak Teen bagitahu dengan serius.

"Perkahwinan kita ditunda lusa. So get ready. Ibu dan ayah dah bagitahu kakak kau. Oh, tolong rahsiakan perkara ni dari sesiapa lagi lagi Syahirah dengan Rayyan, okey?" kata Firash panjang lebar.

Perkahwinan ditunda lusa? What the? Perkahwinan minggu depan kan? Kenapa tunda jadi lusa pulak ni? Aduh.

"Apa maksud korang ni? Kahwin? Tunda? Apa ni? Irene, Firash apa maksud semua ni?" tanya Rayyan dan Syahirah. Rupanya mereka mendengar segala percakapan yang dikatakan oleh Firash tadi.

"Er Ray, em duduklah dulu. Kami akan terangkan. Awak jangan salah faham lagi." kata Irene. Syahirah dan Rayyan menarik kerusi yang berada di meja makan di dapur.

Irene menoleh ke arah Firash untuk menerangkan segalanya. Firash hanya mengangguk sedikit.

"Sebenarnya ibubapa Irene dan ibu bapa aku ada membuat wasiat pada waktu kami berumur 10 tahun sebelum ibubapa Irene meninggal. Wasiat itu menyuruh kitaorang berdua berkahwin pada umur 17 iaitu tahun ni. Pada mulanya kami berdua bentak taknak terima perkahwinan ni tapi demi wasiat dan taknak kecewakan hati ibubapa aku, kami terpaksa terima. Lusa perkahwinan kami, jemputlah datang. Cuma korang berdua je tahu pasal ni. Kami harap takde orang lain yang tahu pasal hal ni" kata Firash menerangkan satu persatu.

Hati Rayyan seakan remuk apabila mendengar penjelasan itu. Gadis yang dia sukai sejak dari tingkatan 3 itu akan berkahwin dengan lelaki lain.

"Maaf tak bagitahu korang. Saya taknak kecewakan korang. Maaf ye?" kata Irene lagi. Rayyan dan Syahirah hanya mengangguk.

"Wahh lepas ni bolehlah kami dapat anak buah" kata Syahirah gembira. Dia senang hati mendengar kawan baiknya nak berkahwin.

Firash dan Irene memandang sesama sendiri. Anak buah? Tunggu lepas SPM lah.

"Tunggu lepas SPM lah anak buah tu." kata Firash sambil menuangkan air di gelas masing masing.

"Kami berdua jadi pengapit korang, boleh?" kata Rayyan tiba tiba. Syahirah memandang ke arah Rayyan. Biar betul dia boleh terima hal ni?

"Boleh. Lepas SPM kami terus buat majlis. Kamu berdua kami jadikan pengapit" kata Irene dengan gembira. Syukur Rayyan dapat menerima berita ni dengan baik.

Selepas mengulangkaji, Firash, Rayyan dan Syahirah meminta izin untuk pulang ke rumah. Syahirah dan Rayyan pergi ke Angsana Mall manakala Firash terus pulang ke rumah.

"Em Ray.." panggil Syahirah.

"Ye? Kenapa?" kata Rayyan sambil membuat suara manja. Sejak bila Rayyan yang tegas ni berubah jadi manja?

"Em saya..."

"Saya apa? Bagitahulah" kata Rayyan. Sukar untuk Syahirah meluahkan perasaannya kepada Rayyan yang telah lama terpendam.

"Saya suka awak!" kata Syahirah dengan laju sambil menekup mulutnya sendiri. Rayyan yang sedang memandu terus memandang ke arah Syahirah sambil tersenyum.

"Saya tahu awak suka saya. Sebenarnya sejak Irene nak kahwin ni, cuma awak je yang ada perasaan dekat saya. Buat apa saya terkejarkan orang yg bukan hak milik saya. So, awak terima tak jadi peneman sehidup semati saya lepasni? Sekarang kita akan jadi lebih rapat. Insyaallah lepas SPM saya masuk meminang awak, boleh?" kata Rayyan sambil tersenyum. Ya allah betul ke ni?

"Boleh. Boleh sangat. Terima kasih terima saya seadanya. So, lusa jom kita pergi tengok majlis nikah Irene dan Firash." ajak Syahirah. Rayyan hanya mengangguk.

••••

"Wah pasangan bakal suami isteri ni datang sekali lah" kata Syahirah sambil mencuit pinggang Irene.

"Eleh kau tu, ni dah kenapa asyik berkepit dengan Ray? Ada apa apa yang aku taktahu ke ni?" tanya Irene sambil menjegilkan matanya. Firash yang bersama Rayyan hanya menunggu jawapan.

"Aku dengan Rayyan sebenarnya--"

"Couple. Lepas SPM aku masuk meminang dia. Tahun depan insyaallah lepas result SPM kami kahwin" sambung Rayyan dengan selamba. Firash dan Irene mengucapkan tahniah.

Firash dan Rayyan berpelukan manakala Irene dan Syahirah menuju masuk ke kelas.

"Amboi, main tinggal je kitaorang ni? Penatlah kitaorang cari tadi rupanya dah masuk kelas" kata Rayyan sambil mencebikkan mukanya. Irene dan Syahirah sudah tergelak terbahak bahak. Firash terus duduk di sebelah Irene.

"Aku nak tanya ni, jawab dengan jujur boleh?" tanya Firash dengan nada serius. Ish dia ni tadi gelak sekarang dingin. Layankan je la bakal suami kau Irene.

"Boleh." balas Irene sepatah.

"Apa perasaan kau terhadap aku? Kau memang tak pernah kenal aku sebelum ni?" tanya Firash dengan nada rendah.

"Perasaan saya terhadap awak? Em saya akan cuba untuk menyukai dan menyayangi awak. Sebelum ni kita pernah kenal ke?" balas Irene kepada Firash. Irene memang tak ingat yang dia pernah kenal Firash.

"Kita memang pernah kenal sebelum ni. Tapi tak mungkinlah kau tak kenal aku." kata Firash kepada Irene.

"Kak Teen cerita masa umur saya 8 tahun, saya kemalangan sebab kena langgar dengan kereta. Masa tu saya lari nak pergi kat kedai seberang jalan. Masa kemalangan tu, saya hilang ingatan sepenuhnya tapi sekarang ni dah ingat sikit sikit. Saya ingat masa saya umur 5 dengan 6 tahun je" cerita Irene panjang lebar. Firash hanya mengangguk sahaja.

"Kita kenal sebelum ni masa umur berapa eh? And macam mana kita boleh kenal? Awak boleh tolong ceritakan?" tanya Irene kepada Firash pula.

"Er-- ha cikgu dah sampai dah tu. Ada masa aku cerita ye" kata Firash lalu bangun memberi salam kepada cikgu.

'Dia macam taknak bagitahu aku je pasal aku dengan dia dulu.'

"Firash!" jerit Rayyan dari belakang. Firash segera menoleh ke belakang.

"Kenapa Ray?" tanya Firash kepada Rayyan.

"Irene-- dia-- kat belakang sekolah kena buli. Baik kau tolong dia cepat!" kata Rayyan. Firash segera lari ke belakang sekolah dengan cepat. Risau pula bakal isterinya itu diapa apakan. Esok dahlah hari nikah!

Setelah sampai di belakang sekolah, Firash melihat tiada siapa disitu. Sedang dia pusing ke belakang untuk patah balik tiba tiba

"Surprise!! Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Firash Danish, happy birthday to you!!" nyanyian lagu hari jadi itu dinyanyikan oleh Irene, Syahirah dan Rayyan. Patutlah tadi dia tak datang sekali dengan Firash rupanya dia dalang semua ni!

"Ya allah. Sumpah aku tak ingat birthday aku sendiri. Thankyou guys. I'll appreciate this!" kata Firash sambil menitiskan air mata. Kek yang dipegang oleh Irene ditiupnya perlahan.

"Happy birthday future husband" kata Irene sambil tersenyum. Ingatkan dalangnya si Rayyan rupanya si Irene.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now