Bab 19 🌸

368 11 0
                                    

"Bangun!" kata Opah mengejutkan mereka berlima. Setelah Irene dan Firash masuk ke bilik, mereka kembali keluar tidur di ruang tamu akibat panas. Misha, Azrin dan Fateen turut sertai tidur di ruang tamu.

Mereka berlima kelam kabut bangun kecuali... Azrin?

"Woi Yen bangun! Takreti nak bangun ke ha? Kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Matahari dah terpacak kat atas pun tak reti nak bangun lagi ke?!" kejut Firash dengan kuat.

"Ahhh kacau lah kau. Aku nak tidur pun susah" kata Azrin. Firash menepuk dahinya. Apalah nasib dapat cousin macam ni.

Opah datang dari dapur dengan memegang sudip kayu. Perlahan lahan opah datang ke arah Azrin.

Pakk!!

"Aduh Firash! Kau gila ke apa ketuk kepala aku guna sudip opah ha?" tanya Azrin dengan mata separa terbuka. Irene dan Misha yang sudah mandi itu tergelak kecil.

"Apahal kau nak marah aku? Cuba kau buka mata kau tu luas luas sikit. Tahu nak tuduh aku je" kata Firash. Azrin membuka matanya besar besar. What?

"Op--opah?!" kata Azrin terus bangun dari duduknya. Dia segera masuk ke dalam bilik air. Mereka bertiga tergelak. Opah hanya tersenyum.

"Siapa nak teman opah masak?" tanya Opah. Irene dengan Misha mengangkat tangan dengan serentak.

"Kalau semua tolong opah masak, Firash nak buat apa?" tanya Firash. Opah memandang ke belakang ke arah cucunya itu.

"Cuci reban ayam dengan itik" kata Opah.

"What??!"

Fateen yang duduk rehat di dalam bilik akibat masalah perempuan dan senggugut itu hanya berbaring mengiring sahaja. Tiba tiba seseorang menelefonnya.

"Hello?"

"Hai. Ni Adam. Still remember?"

"Ofcourse. So, why call me?"

"I nak ajak U hangout nextweek. Boleh?"

Fateen terus bangun dari baringnya.

"Boleh boleh."

"Okey good. Hari selasa pukul 2 petang I ambik U"

Talian dimatikan. Kenapa dengan aku ni? Suka sangat dengan Adam tu ke?

"Opah lama lagi ke ni? Firash dah penat dah ni. Berapa kali nak suruh Firash basuh ni? Yen tak basuh pun" kata Firash melompat lompat. Irene dan Misha tergelak. Yen tersenyum sinis. Padan muka kau Rash!

"Cuci sampai bersih. Yen, tolong Firash basuh. Kalau tak, dua dua opah siram dengan baja taik ayam ni, nak?" Kata Opah. Yen yang duduk ni tepi itu segera bangun dari duduknya.

"What? Firash pun kena?" Kata Firash.

"Opah tak kira, dua dua mesti kena." Kata Opah. Misha mendapat idea. Dia mengambil baja itu. Niat ingin menyimbah ke arah abangnya. Irene berdiri di belakang Opah.

Firash dan Azrin segera membuat kerja mereka. Tiba tiba Misha hilang keseimbangan

Splashh!

Baja taik ayam itu tersimbah ke Irene.

"Arghh! Busuklahh!!! Awakk!!!" Jerit Irene melompat lompat kegelian disitu. Misha meraup wajahnya. Opah segera masuk ke dalam mengambil tuala untuk Irene.

Firash dan Azrin membulatkan matanya. Firash memandang Misha tajam.

"NUR AMISHA!!!" kata Firash lalu mengejar Misha. Irene dan Azrin tergelak. Opah yang melangkah keluar itu memberhentikan langkahnya. Tangan sudah dipinggang. Misha yang ternampak Opah itu memberhentikan larinya. Firash terlanggar badan Misha dan menyebabkan dua dua jatuh ke tanah dan dia atas... Taik ayam!

"FIRASH DANISH , NUR AMISHA MASUK DALAM SEKARANG!!" kata Opah. Tuala diberikan kepada Irene. Irene sudah berlari masuk ke dalam rumah dengan gelak tawa masih bersisa. Azrin jugak masuk ke dalam rumah.

Firash dan Misha kelam kabut masuk ke dalam. Singa sudah mari!

Diana tersedar. Dia segera bangun. Haikal disisinya. Aik?

Haikal mengangkat kepalanya. Diana dah sedar.

"Congratslah, kau akan jadi ibu tak lama lagi" kata Haikal. Diana terkejut. Aku..mengandung?

"Tak payah terkejut sangatlah. Dah, kau rest dulu. Aku pergi beli makanan" kata Haikal lalu keluar dari bilik itu. Sejak bila Haikal cakap lembut ni?

"Hai anak mummy" kata Diana sambil mengusap perutnya. Dia mula terfikir akan orang tuanya. Bagaimanakah reaksi mereka apabila anaknya itu? Sudah berkahwin dan mengandung? Sudah berbulan lamanya tidak pulang akibat 'hilang'.

"Mummy, daddy, I miss u guys so much" kata Diana sambil mengalirkan air mata.

Irene , Firash, Fateen, Azrin, Amisha dan Opah duduk makan di meja makan. Masing masing menikmati makan tengahhari selepas bertungkus lumus membersihkan reban ayam puii.

"Bila kamu bertiga nak balik KL?" Tanya Opah kepada Firash.

"Esok pagi opah, kenapa?" Tanya Firash semula.

"Takde apalah. Bilalah kamu nak datang sini lagi ye lepasni" kata Opah sayu. Semua berhenti dari menyuapkan nasi ke mulut.

"Kami janji, ada cuti, kami terus balik sini. Lagipun kamikan nak exam opah.. Tu susah sikit tu" kata Irene. Firash mengangguk.

"Ni Rene, dah berisi ke belum? Opah tengok pagi tadi kamu muntah." Kata Opah. Irene memandang ke arah Firash. Semua memandang ke arah Irene.

"Err, tak lagi Opah. Er kamikan belajar lagi." Kata Irene. Opah mengangguk. Pelik. Muntah.

Opah masuk ke dalam bilik Irene dan Firash untuk mengemas katil. Tiba tiba terjumpa satu surat. Surat apa ni?

Opah membacanya dengan teliti. Setelah di baca barulah opah terkejut. Patutlah muka Rene asyik pucat.

"Yen, pergi buatkan air panas. Dah siap, letak dekat pondok depan." Kata Opah menyuruh Azrin menbuat air setelah keluar dari bilik Irene dan Firash. Apa? Fikir aku tak reti buat air ke? Ni Yen la.

Sorry bab ni pendek sebab saya kekangan masa untuk menaip. Lagi lagi sekarang ni penggal cuti pertama. Saya perlu study dan membuat kajian kes. Come on dude, saya pelajar.

Saya harap awak semua faham. Minta vote and komen please. And teruskan support karya saya ini walaupun agak tunggang langgang sikit jalan cerita.

#firashirene

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now