Bab 24 🌸

360 8 0
                                    

  Harini hari peperiksaan bagi ujian awal tahun. Irene dan Firash awal pagi lagi sudah sampai di sekolah. Kelihatan Syahirah dan Rayyan juga sudah sampai.

"Yow bro, dua hari balik kampung, apa cite?" Tanya Rayyan.

"Oklah jugak. Not bad. Tapi yang bad newsnya, bini aku gaduh teruk dengan Azrin cousin aku tu" kata Firash. Rayyan mengerutkan keningnya. Gaduh? Tarik rambut ke? Tarik tudung?

"Kenapa?" Tanya Rayyan sepatah.

"Azrin cari pasal dengan Irene. Kau tahu jelah kan kalau orang dah cari pasal dengan Irene tu macam mana" kata Firash. Rayyan membuat mulut 'o'.

"Rene, kau dah ok?" Tanya Syahirah. Irene hanya mengangguk.

"Jom masuk kelas. Cikgu dah panggil tu. Dah nak exam" kata Firash dan Rayyan yang tiba tiba lalu disebelah Syahirah dan Irene.

Irene dan Syahirah hanya mengikuti Firash dan Rayyan hingga ke depan kelas.

"Goodluck. Ingat, kita buat yang terbaik ye?" Kata Firash. Irene mengangguk lalu tersenyum lebar. Nasiblah tempat duduk Firash dan Irene dihadapan dan dibelakang. Nasiblah nama sama huruf F.

"Ala, kenapa susah sangat ni? Tulah kau Rene, tak study sejarah sangatkan, ha amik" rungut Irene sendirian.

Tiba tiba seseorang menendang kerusinya dari belakang. Irene merengus kuat. Jap, belakang aku Firashkan?

Irene pusingkan kepalanya ke belakang sedikit. Nasiblah cikgu tengah pandang lain.

"Apa?" bisik Irene tapi kuat untuk Firash dengarkannya.

"Dapat tak jawapan tu?" tanya Firash kembali. Irene menggeleng.

"Jawapan dia B. Negara Malaysia penuh dengan sumber kekayaan rempah ratus seperti lada hitam..."

"Shhh, dah. I know." kata Irene lalu pandang ke hadapan semula. Ada ke dia kata panjang lebar gitu time exam? Mahu dapat markah 0.

Firash tergelak. Nasiblah dia sempat study sejarah malam semalam.

"Fuh habis jugak exam harini." kata Syahirah. Firash, Rayyan dan Irene tergelak. Betullah tu. Belum sejarah kertas 3 lagi. Rasanya budak SPM tahulah kot peritnya jawab sejarah kertas 3 ni.

"Eh korang, nantikan ada cuti awal tahun, jom pergi bercuti nak?" kata Irene memberi cadangan.

"Exam baru hari first, kau dah cerita pasal cuti. Lambat lagi weh cuti tu" kata Rayyan. Semua tergelak.

"Eh eh, daripada kita duduk gelak dekat sini, baik kita pergi study. Esok dahlah exam account dengan sains." kata Firash. Semua mengangguk lalu pergi ke kereta masing masing.

Telefon Syahirah dikeluarkan dari poket lalu menelefon Diana di rumah.

"Hello Diana"

"Hello, kenapa call aku ni Syahirah?" tanya Diana.

"Aku balik lambat sikit sebab nak pergi study. Kau okey tak duduk rumah sorang sorang?" tanya Syahirah kembali.

"Aku okey je." kata Diana. Panggilan dimatikan. Diana merengus. Sorang sorang lagilah dia harini.

"Saya dah call Diana. Dia kata dia okey je duduk rumah" kata Syahirah. Rayyan mengangguk lalu keluar dari perkarangan sekolah.

"Awak, best tak bawak kereta?" tanya Irene tiba tiba. Aik, apahal ni?

"Best. Kenapa? Teringin nak bawak kereta ke? Bawak motor tak best?" tanya Firash dengan sengaja.

"Ish bukan macam tu lah. Yelah, macam syok je bawak kereta. Tapi tu lah, saya belum birthday lagi" kata Irene. Firash mengangguk. Selama ni dia tidak tahu pun bila birthday Irene.

"Birthday awak bila?" tanya Firash.

"Bulan 9. 8 haribulan 9." kata Irene. Firash mengangguk. Time SPM rupanya birthday dia.

"Dah, jom turun. Syahirah dan Rayyan dah tunggu dah tu" kata Firash. Irene memandang ke luar tingkap.

"Patutlah awak rancak sangat bersembang, rupanya dah sampai" kata Irene menggaru perlahan. Firash menggelengkan kepala dengan perlahan.

"Yow, lama dating dalam kereta. Lama tahu tak kitaorang tunggu" kata Syahirah lalu duduk di sebelah Rayyan. Minah sorang ni takleh jauh dengan si Rayyan tu.

"Biarlah kitaorang nak dating ke apa, daripada korang tu duk berkepit je, pebenda? Tengok tu, duduk pun sebelah sebelah." kata Firash selamba lalu duduk disebelah Irene. Dia mengeluarkan ubat Irene lalu diletakkan di atas meja.

"Tak makan ubat lagi ke?" Tanya Rayyan. Irene menggeleng.

"Awak kejap, saya nak pergi tandas." Kata Irene lalu berlari ke arah tandas. Syahirah juga turut menuju ke tandas.

   Uwerkkk uwerkkkk

Kedengaran suara orang muntah. Suara itu suara Irene.

"Rene, kau okey tak ni?" Kata Syahirah menepuk perlahan belakang Irene.

"Okey okey, maybe aku tak makan tengahhari lagi kot. Lagipun aku belum makan ubat" kata Irene sambil mengelap mulutnya.

Syahirah memimpin Irene keluar daripada tandas. Kelihatan Firash sudah memesan air dan makanan untuknya.

"Nasi goreng ayam ni, siapa punya?" Tanya Syahirah yang baru duduk itu.

"Rene punya. Aku nak bagi dia makan dulu. Awak okey tak Rene?" Tanya Firash kepada Irene. Irene mengangguk. Pinggan itu ditarik lalu diberikan kepada Irene. Irene makan dengan selera.

"Weh korang, aku dengan Syahirah nak pergi kedai sebelah kejap. Korang tunggu sini eh" kata Rayyan. Firash hanya mengangguk sambil memerhatikan isterinya itu makan.

Irene memandang ke arah Firash. Keningnya diangkat.

"Tak makan?" Tanya Irene. Firash menggeleng.

"Makanlah. Nah, amik nasi saya ni. Banyak sangat ni" kata Irene. Firash mengangguk lalu berkongsi makanan itu bersama Irene.

Banyak mata mata disitu memandang ke arah mereka berdua. Mungkin kerana mereka memakai baju sekolah? Mungkin kerana mereka lelaki dan perempuan yang berkongsi makan? Atau kedua dua sekalinya?

"Dik.." Tegur seseorang. Firash dan Irene segera memandang ke arah gerangan tersebut.

"Ye?" Kata Firash dengan lembut.

"Maaflah, pakcik bukan nak kacau ke apa, tapikan tak elok kalau duduk berdua duaan dekat sini. Tak baik lagi lagi lelaki dengan perempuan." Kata Pakcik itu. Firash tersenyum.

"Maaflah pakcik, kami ni suami isteri. Kami kahwin muda. Kalau pakcik nak tengok kad nikah kami, saya boleh tunjukkan" kata Firash lalu mengeluarkan kad nikah itu daripada dompetnya lalu dihalakan kepada Pakcik itu.

Pakcik itu melihat kad itu dengan teliti. Pakcik itu tersenyum

"Maaflah, pakcik bukan apa. Pakcik taknaklah ada berlakunya zina dekat tempat awam. Lagi lagi budak sekolah dan berduaan macam ni. Pakcik minta maaf ye" kata pakcik itu lalu beredar.

Firash menghembuskan nafasnya. Fuh lega.

"Awak, dah habis makan?" Tanya Firash. Irene mengangguk. Ubat dikeluarkan lalu diberikan kepada Irene. Irene makan ubat itu lalu ditelannya dengan cepat. Eee tak sedap!

"Mana pulak diorang ni? Lamanya" kata Firash.

"Tu" kata Irene lalu tunjuk kepada Syahirah dan Rayyan yang sedang berjalan ke arah sini.

"Syok dating?" Tanya Firash dengan perli. Rayyan tersenyum lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lain kali pergilah lama lagi, biar kitaorang kena tangkap lagi tadi" kata Irene. Mereka berdua mengerutkan dahi. Tangkap? Tangkap apa?

"Dah, jangan buat muka buruk. Ada pakcik tu, dia fikir aku dengan Irene ni bukan halal sebab nampak aku dengan Irene kongsi makanan. Pastu aku tunjukkanlah kad nikah, terus diam pakcik tu" kata Firash. Rayyan dan Syahirah menahan ketawa. Mana tidaknya, orang yang dah kahwin kena tangkap.

"Jom study" ajak Rayyan. Mereka bertiga mengangguk.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now