Otak Irene masih ligat berfikir tentang mesej yang dia dapat semalam. Siapa D tu? Dari mana dia dapat nombor aku?
"Hey" tegur seseorang. Irene yang duduk di ruang tamu itu pantas menoleh ke arah tersebut. Fariz?
"Ye along? Nak apa? Nak makan? Minum? Saya boleh tolong buatkan." kata Irene tersenyum manis.
"Boleh tolong layankan aku? Kau ni cantiklah. Sama macam kakak kau. Tapi malangnya, kau dah berpunya so tinggal kakak kau je lagi. Kakak kau takde kan? So apakata kau je gantikan kakak kau untuk layan aku, boleh?" kata Fariz sambil menolak Irene yang tadi berdiri ke arah sofa. Fariz tersenyum nakal.
'Firash, tolong saya Firash'
"Eee along ni kenapa? Apa salah saya dengan kakak saya?" kata Irene sambil menutup mata. Tak mahu diperlakukan kejam sebegitu.
"Sebab kakak kau dah menyusahkan aku. Aku tergila gilakan dia sepenuh hati tapi dia? Dia cuma bagi harapan palsu dekat aku. Sebagai ganti, suami kau belum rasmikan kau kan? Biar aku yang rasmikan kau" kata Fariz. Dato Faizal, Datin Dahlia dan pembantu rumah mereka Lily, turut keluar ke rumah pergi membeli barang dapur.
"Firash, tolong!!" jerit Irene. Firash yang berada di bilik terus melangkah turun ke bawah.
"Hoi!" jerit Firash lalu menolak Fariz ke belakang. Muka Fariz ditumbuk bertalu talu oleh Firash. Muka Firash nampak sangat berang. Fariz yang berlumuran darah itu duduk seka darah.
"Kenapa dengan kau ni? Aku tak sangka aku ada abang yang bernafsu kuda. Aku benci kau Fariz. Sanggup kau memperkosa isteri adik kau sendiri? Mana hormat kau sebagai abang ipar? Sumpah aku kata, memang aku benci kau sampai bila bila. Kau datang melutut merayu dengan aku pun jangan haraplah aku akan maafkan kau, binatang sial!" kata Firash dengan marah.
"Habistu, kau tak tanya dia kenapa aku sanggup buat macam ni?" kata Fariz dengan nada sinis.
"Aku percaya bini aku tak macam yang kau sangka"
Firash menoleh ke arah Irene. Gadis itu menggigil ketakutan. Dia masih trauma dengan apa yang jadi.
Dato Faizal dan Datin Dahlia segera masuk ke rumah. Mereka berdua segera menuju ke arah Fariz.
"Adik, kenapa dengan muka along ni? Irene kenapa ni?" kata Dato Faizal melihat anak menantunya. Datin Dahlia segera menolong Firash membawa Irene naik ke atas.
"Nanti adik cerita" kata Firash ringkas lalu naik ke atas.
Setelah Irene tertidur, Firash turun ke bawah menceritakan apa yang berlaku. Sungguh Dato Faizal dan Datin Dahlia terkejut dengan apa yang diceritakan. Muka Dato Faizal tampak sangat marah. Ibu bapa mana yang tak marah jika anak lelakinya mahu memperkosa isteri orang lain.
"Ayah tak ajar anak ayah jadi anak tak guna. Ayah menyesal dengan apa yang jadi. Sekarang ni kamu keluar dari rumah ni. Jangan pernah datang sini lagi!" kata Dato Faizal.
Fariz keluar dari rumah dan terus meluncur laju menaiki keretanya.
"Irene macam mana?" tanya Dato Faizal.
"She's fine ayah. Oh, Firash naik atas kejap. Takut kalau Irene terbangun ke apa ke. Susah pulak nanti" kata Firash lalu naik ke atas.
Pintu bilik dibuka dan ditutup perlahan lahan takut tidur Irene terganggu.
'Kenapalah kau jadi mangsa abang aku? Aku berjanji Rene, aku akan protect kau sampai bila bila. Itu janji aku'
Irene membuka matanya. Dia terlihat susuk tubuh yang sedang tidur di tepinya. Apa yang dah jadi? Dia mengingati semula. Kemudian dia menjerit
"Arghh" jerit Irene dengan kuat. Dirinya masih trauma pasal tengahhari tadi. Firash terus bangun dari tidurnya. Dia menenangkan isterinya itu.
"Shh, ni aku. Dah, jangan takut. Aku ada" kata Firash. Irene yang duduk berpeluk lutut itu memandang ke arah Firash lalu dipeluk. Sungguh dia masih trauma.
"Fariz... Di.. Dia..nak rogol saya! Tolong...saya takut." kata Irene.
"Dah jangan takut, dia dah takda. Aku je ada sekarang ni. Pergi mandi dulu ye?" kata Firash. Irene yang masih dalam pelukan Firash itu melepaskan pelukannya.
"Man..mandi?"
"Ye. Sekarang ni dah malam. Kau tidur lama sangat. Lepasni kita turun makan malam. Jangan takut, Fariz dah takda. Dia kena halau dengan ayah" kata Firash tenang. Dia membuka tudung Irene. Sungguh cantik. Kali pertama dia melihat rambut gadis itu.
Irene melangkah masuk ke bilik air dengan badan yang menggigil. Selepas mandi, Firash dan Irene turun melangkah ke bawah. Irene memegang lengan Firash. Nampaknya ibu dan ayah masih menonton tv menunggu mereka.
"Bu.." kata Firash meleret. Irene yang berada di belakang Firash terus menggenggam lengan Firash.
"Eh Irene. Mari sini duduk dengan ibu." kata Datin Dahlia memanggil menantunya itu. Irene memandang ke arah Firash lalu dia pergi ke arah Datin Dahlia.
Irene segera memeluk tubuh Datin Dahlia. Sungguh dia masih takut. Muka Dato Faizal langsung dia tidak pandang. Hanya seorang lelaki sahaja yang dia mahu iaitu Firash.
"Rene jangan takut. Itu ayah. Ibu dengan ayah ada." kata Datin Dahlia. Kesian melihat menantunya itu dalam keadaan trauma akibat anaknya sendiri.
"Kejap lagi Kak Teen balik. Rene jangan risau" kata Dato Faizal pula. Irene masih lagi memeluk tubuh Datin Dahlia.
Irene melepaskan pelukan tubuh Datin Dahlia. Dia memandang ke arah Firash. Dia cuba untuk bercakap sesuatu.
"Fariz..di..dia..kata..nak rogol..saya sebab aw..awak tak..sentuh saya lagi. Saya..takut. Dia buat..macamtu..sebab nak balas..dendam dekat..kak Teen..Kak Teen tak balas..cinta dia." kata Irene tergagap gagap. Mereka disitu terdiam dengan mata terbeliak. Muka Firash nampak marah
"Ya allah. Anak aku!" kata Datin Dahlia. Sungguh dia menyesal sangat. Tapi kita siapa untuk menghalang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
'Tak guna kau Fariz. Aku tak hamak nak ada abang perosak macam kau lah sial. Menyesal aku kenal kau Fariz Daniel'
"Dah, jom kita makan. Irene dari tengahhari tak makan lagi. Pasal Fariz tu, Adik tahu lah nak buat apa" kata Firash lalu menarik tangan Irene dengan lembut. Irene hanya mengekori.
Setelah selesai makan, Syahirah dan Rayyan datang ke rumah mereka.
Tok...tok...tok...
"Assalamualaikum" kata Syahirah. Rayyan melangkah masuk ke rumah yang gah itu. Dia bersalaman dengan Firash. Syahirah terus meluru ke arah Irene. Irene kelihatan takut melihat Syahirah dan Rayyan.
Rayyan mengangkat kening kepada Firash.
"Eh Rene, ni aku lah. Kenapa kau takut semacam je ni? Apa yang dah jadi?" tanya Syahirah memandang ke arah Firash.
"Dia hampir kena rogol dengan abang aku tengahhari tadi. Sampai sekarang dia masih trauma terutama dengan lelaki" kata Firash menarik tangan Rayyan duduk di sofa.
"Haa?!" kata Syahirah dan Rayyan serentak. Firash menceritakan apa yang terjadi.
"Awak.." panggil Irene. Firash, Rayyan dan Syahirah segera menoleh ke arah Irene.
"Dekat telefon saya tu, ada orang hantar mesej semalam. Awak tengoklah. Saya takut. Tapi kat akhir mesej tu, dia tulis huruf D. Siapa?" kata Irene. Dia sudah boleh bercakap tanpa rasa takut.
Firash segera mengambil telefon milik Irene. Dia membaca mesej tersebut. Dia sudah tahu angkara siapa.
"Apa?" tanya Rayyan. Firash memberi telefon Irene kepada Rayyan.
"Diana"
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...