Bab 2 🌸

777 23 0
                                    

"Hai future wife" tegur Firash kepada Irene. Irene terus memukul lengan milik Firash dengan sekuat hati.

"Irene, apa kau buat ni? Sakitlah" bentak Firash memarahi Irene. Irene hanya menjulingkan mata sahaja. Dia kacau orang, dia marah orang balik!

"Dah awak cakap ayat macam tu, saya pukul lah awak. Fikir ni rumah ke awak boleh main cakap lepas je macam tu? Nasib orang lain tak dengar, kalau orang lain dengar, macam mana?" Kata Irene panjang lebar.

"Uish garangnya. Eee takutlah nak kacau lagi lepasni" kata Firash lalu memandang ke hadapan. Risau pula dimarahi cikgu. Baru firstday sekolah dah kena marah pulak nanti.

Syahirah dan Rayyan menuju ke tempat duduk Irene.

"Hai Rene. Harini awak balik dengan siapa? Saya temankan awak balik boleh?" Tanya Rayyan kepada Irene. Rayyan Iman, jejaka gadis gadis, tetapi cinta hanya pada Irene.

"Er, saya balik dengan kakak saya. Harini kakak saya amik. Sorry, next time okey?" Balas Irene pula. Dia melihat ke arah Firash. Diam. Jeles ke?

"Ish korang ni. Dah suka tu, couple je lah. Takyah tunggu lagi. Eh, hai Firash. Saya Melissa Syahirah. Panggil Syahirah je." Kata Syahirah sambil memperkenalkan diri kepada Firash. Firash hanya mengangguk senyum.

"Err aku taknak couple ke bercinta semua buat masa sekarang ni. Aku nak single. Single is better, right?" Kata Irene kepada Syahirah.

Firash tersenyum kerana mendengar ayat itu keluar dari mulut Irene. Entah kenapa hatinya rasa sakit bila Rayyan dekat dengan Irene. Mungkin kerana Firash menyukai Irene sejak kecil?

"Aku Rayyan Iman, panggil Rayyan je. Ray pun boleh hehehe" kata Rayyan memperkenalkan diri kepada Firash.

"Eh korang, jom pergi rehat. Firash, awak pun joinlah kitaorang, ye?" Tanya Irene kepada Firash. Dia hanya mengangguk laju. Takde mulut dah ke?

"Firash, kau kenapa taknak cakap dari tadi? Senyap je" tanya Rayyan kepada Firash setelah membeli makanan.

"Er aku tak biasa lagi. Lagipun korang sembang tentang hal korangkan so buat apa aku nak masuk campur. Hehehe." terang Firash kepada Rayyan.

"Awak single ke? Ke dah berpunya? Kalau dah, melepaslah saya huhu" tanya Syahirah kepada Firash. Irene terus memandang ke arah Firash untuk mengetahui jawapannya.

"Saya dah berpunya. Dengan someone yang paling special dalam hidup saya." kata Firash dengan jujur. Irene terus tersentak.

'Someone special? Takkanlah aku.'

••••

"Ahh penatnya. Kan best kalau dapat mandi kolam tengahhari macam ni." kata Irene sambil baring di atas katil dengan lengkap berpakaian sekolah lagi.

Ting! Telefonnya berbunyi menandakan bunyi mesej masuk. Aduh! Nak apa lagi Firash ni?

Firash Danish
"Assalamualaikum. Siap cepat. Aku tunggu dekat luar rumah. Aku otw lagi 10 minit aku sampai. Cepat sikit!"

Firash , Firash. Nak pergi mana lagi ni? Kau tahu tak aku penat? Haih nasib bakal suami.

Future wife ♥️
"Waalaikumussalam. Okey. Saya minta izin dengan kakak saya dulu"

Firash hanya tersengih membaca mesej itu.

"Akak, Rene nak keluar kejap dengan Firash. Dia ajak keluar, bolehkan?" tanya Irene sebaik sahaja melihat kakaknya duduk menonton tv di ruang tamu.

"Amboi, pergilah. Balik jangan sampai lewat malam. Ni kenapa tak pergi mandi lagi? Nanti dia sampai, kesian dia tunggu panas panas." bebel Kak Teen. Ish akak ni lah .

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now