Setelah air diletakkan di pondok, Opah mula duduk bertentangan dengan Irene dan Firash. Mereka memandang sesama sendiri.
"Kenapa rahsiakan hal yang tak sepatutnya dirahsiakan? Tahu tak kalau jadi apa apa, orang lain boleh turut susah sekali?" Kata Opah. Firash sudah agak apa yang opah akan katakan.
"Er opah, bukan macam tu. Rene taknak orang lain susah. Cukuplah Firash, akak, ibu dengan ayah je yang susah untuk Rene" kata Irene. Firash mengusap lembut tangan Irene.
"Opah tahu, tapi janganlah sampai nak kena rahsiakan hal macam ni. Bahaya" kata Opah lagi. Irene menunduk.
"Opah bukan nak buat kamu sedih, tapi kamu tahukan perasaan orang lain kalau dah tahu keadaan kamu jika sesuatu berlaku terjadi?" Kata opah. Irene terus memeluk opah.
"Rene minta maaf, Rene salah tak bagitahu. Sebenarnya Rene takut nak bagitahu. Rene taknak orang lain risau. Itu je" kata Irene sambil menangis. Opah memeluk Irene. Belakang badan Irene diusap lembut.
"Err dah, lap air mata tu. Apa kata kita pergi air terjun nak? Kita picnic dekat sana. Alang alang tu kita boleh release tension sikit" kata Firash memeriahkan kembali keadaan.
"Ha jom, aku pun nak join dengan adik aku" kata Azrin.
"Lagi ramai lagi bagus. Kejap, opah siapkan bekal untuk makan dekat sana" kata Opah lalu bangun.
"Rene nak tolong, tunggu Rene opah!" Kata Irene lalu lari mengejar Opah. Azrin mendekati Firash lalu berbisik,
"Bini kau like a childish" kata Azrin lalu masuk ke dalam. Firash mendengus. Ada ada jelah.
"Yeay dah sampai" kata Misha terlompat keriangan.
"Jangan macam budak kecil boleh tak? Menyampah aku tengok. Umur dah 15 tahun pun still perangai budak budak" kata Firash. Misha menunjukkan penumbuknya.
"Ala, sama jugak dengan orang tu, umur dah 17 tapi main kejar kejar dengan opah. Tak kemana pun la" kata Azrin. Irene yang sedang menurunkan pakaian itu memandang tajam ke arah Azrin. Azrin mengangkat tangannya tanda tak bersalah. Heh.
"Dah dah, mari sini. Jangan nak bergaduh je. Rene pukul semua nanti" kata Irene tergelak.
"Aku pun kena kena ke?" tanya Azrin.
"Ehh taklah, kambing kena sekali, kenapa?" kata Irene dengan nada perli. Huh takguna sedara ipar.
"Dah jom, makan dulu. Nanti nak mandi air terjun tu, bolehlah mandi" kata Opah. Bahagia melihat anak cucu.
Setelah makan, mereka berlima segera pergi mandi di air terjun. Masing masing berebut mahu mandi dibawah terjunan air.
Sedang mandi tiba tiba kaki Misha tidak terasa di atas pasir. Air mula naik ke paras hidung.
"Ab--abang, t-to--tolong!!" jerit Misha. Firash dan Azrin segera mengejar Misha. Irene yang berada di tepi air terjun itu hanya berdoa. Opah kelihatan panik melihat cucu cucunya mula mendekati paras air terjun itu.
Azrin dan Firash menarik Misha ke darat. Misha diletakkan di atas pasir.
"Bangun Misha, bangun" kejut Opah. Mukanya sudah kelihatan biru. Irene yang berada sedikit jauh itu sudah menggigil ketakutan.
Firash segera mendapatkan isterinya itu. Muka Irene turut pucat sekali. Trauma melihat Amisha lemas.
"Akak, cepatlah. Rene dah tak sabar dah ni" jerit Irene di sungai berdekatan rumah mereka sewaktu mereka berumur 13 dan 19 tahun.
"Ye sabarlah Rene. Kejap akak letak makanan ni dulu" kata Fateen. Lumrah budak bila terjumpa tempat mandi manda macam ni, mesti tak sabar nak mandi.
"Sini kita makan dulu" panggil Fateen. Irene segera berlari ke arah kakaknya.
"Kak, Rene dah habis makan. Rene pergi makan dulu eh?" tanya Irene. Fateen hanya mengangguk.
"Hati hati Rene!"
"Baik kakk!"
Malangnya keseronokan tidak lah seperti yang disangka.
"Kak , tolong Rene kak!" jerit Irene apabila kakinya tidak merasa pasir dibawah kakinya lagi.
"Ya allah adik aku!! Rene tunggu situ Rene!" kata Fateen. Orang ramai mula melihat adegan itu. Tapi tiada siapa yang mahu menolong.
Mujur Fateen boleh berenang, dia pergi menyelamatkan adiknya itu. Irene ditarik.
Fateen segera membuat CPR. Akhirnya Irene sedar jugak. Muka Irene kelihatan pucat.
Azrin segera membuat CPR kepada Amisha. Setelah seberapa lama, akhirnya dia tersedar juga.
"Uhuk uhuk" air mula keluar dari mulut dan hidung Amisha. Alhamdulillah dia selamat. Irene dibelakang masih lagi trauma. Firash memeluk Irene dari belakang.
"Jom. Bawak Misha dengan Irene balik dulu. Fateen dengan Opah kemas sini dulu" kata Opah. Azrin dan Firash mengangguk.
"Awak okey?" Tanya Firash. Cengkaman Irene di baju Firash semakin kuat.
"Shh, awak trauma lagi ni. Kita balik, awak rest dulu okey?" Kata Firash. Irene mengangguk. Kereta Range Rover dan kereta BMW bergerak laju menuju pulang ke rumah Opah. Fateen dan Opah pulang menaiki kereta Opah iaitu kereta Axia. Jangan kata opah takde kereta.
"Yen, kau bawak Misha masuk dulu. Aku nak bawak Irene pergi klinik. Muka dia pucat sangat ni" kata Firash. Azrin mengangguk.
"Eh jap Rash!" panggil Azrin kembali. Firash patah balik ke arah Azrin.
"Aku rasa bini kau tak makan ubat lagi. Yelah, lepas makan tadi bini kau tak makan ubat pun aku tengok, lepastu masa mandi tadi pun muka dia dah pucat. Better bawak dia pergi hospital terus" kata Azrin. Aku tersentak. Belum makan ubat? The hell? Dah berapa lama tak makan ubat ni? Kenapa aku tak ambik kesah pun? Arghhh.
Kaki segera melangkah ke arah kereta. Kelihatan Irene sedang terbatuk batuk. Wait, wait. Bukan batuk biasa, tapi
Batuk berdarah!
Rayyan menuju ke rumah Syahirah. Kelihatan tertutup je. Takde orang ke?
"Assalamualaikum" kata Rayyan memberi salam. Pintu dibuka. Seorang wanita lingkungan 40an keluar.
"Waalaikummussalam, ye cari Syahirah ke?" tanya wanita tua itu. Rayyan mengangguk.
"Kamu ni siapa? Makcik perhatikan kamu selalu keluar dengan Syahirah sampai lewat malam. Kamu berdua pergi mana?" tanya wanita tua itu. Rupanya ibu Syahirah.
"Oh, kami pergi melawat kawan kami berdua. Dia sakit kanser. Tiba tiba pulak haritu, mak kawan kami tu minta Syahirah jagakan sekejap. Sebab itulah kami balik lambat. Maaf ye makcik" kata Rayyan lembut.
"Baiklah. Ni, nak ajak Syahirah pergi mana?" tanya wanita tua itu lagi.
"Nak ajak Syahirah beli buku rujukan. Kamikan nak exam lusa." balas Rayyan tersenyum. Senyumannya dek lekang dari bibirnya.
"Oh kejap makcik panggilkan Syahirah. Syahirah!" laung Ibu Syahirah. Uuu bingit. Nyaringnya suara.
"Ye ye mama, kejap. Irah tengah pakai kasut ni. Eh Ray, awak dah sampai? Kejap ye" kata Syahirah. Rayyan memerhati sahaja gerak geri Syahirah. Comel.
"Dah siap. Jom. Ma, Irah pergi dulu tau. Irah janji tak balik lambat lagi" kata Syahirah sambil membuat tanda promise.
"Yelah, hati hati" kata Ibu Syahirah. Mereka segera melangkah keluar dari rumah itu dan menaiki Audi R8 milik Rayyan.
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
Roman d'amourSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...