Irene tersedar dari pengsannya. Aik kenapa aku ikut baring dekat sini sekali?. Perutnya sudah berkeroncong lapar meminta makanan.
Dia bangkit dari perbaringan dan cuba mengingati apa yang terjadi. Aku pengsan? Bukan tertidur ke?Sewaktu mereka bertiga melangkah pergi ke cafe hospital, Irene menerima panggilan bahawa keadaan Firash kritikal.
"Hello?"
"Hello Rene, keadaan Firash sangat kritikal sekarng ni. Doakan yang baik baik ye?" kata Dato Faizal.
Irene melepaskan telefonnya. Telefonnya retak. Irene yang tiba tiba pengsan itu disambut oleh Rayyan. Syahirah segera menyuruh Rayyan mengangkatnya pergi ke wad Firash.
"Eh kenapa dengan Irene ni?" tanya Datin Dahlia yang baru keluar dari wad Fateen sambil menolak Fateen menaiki kerusi roda. Harapan si kakak itu mahu berjumpa dengan adiknya. Tapi lain pula yang jadi.
"Dia pengsan lepas dapat call dari Uncle yang keadaan Firash sedang kritikal. Jom aunty kita pergi ke sana" kata Syahirah cemas.
Mereka bergegas menuju ke wad Firash. Sekumpulan jururawat dan doktor menyuruh Rayyan meletakkan Irene di atas katil itu.
Irene dimasukkan ke emergency untuk pemeriksaan. Setelah dua jam di dalam situ, doktor keluar dari emergency.
"Dia tak apa apa, cuma badan dia takda tenaga and kurang air dalam badan. Badan dia nampak lemah. Saya harap semua boleh bagi dia ruang untuk berehat. Saya pergi dulu" kata Doktor itu
"Eh Rene. Dah sedar? Sorrylah aku tertidur tunggu kau. Em Firash dah sedar. Kalau kau nak melawat dia, kau kena makan dulu." kata Syahirah yang terbangun dari tidurnya.
"Firash dah sedar? Mesti dia marah sebab bukan aku orang yang pertama depan mata dia" kata Irene mendatar. Syahirah berasa sayu. Irene, kau kena tabah Rene.
"Eh tak mungkinlah. Kau kan pengsan. Takkan dia nak marah. Dahlah, ni ada makanan sikit, kau makan dulu. Aku nak pergi ambil kerusi roda" kata Syahirah lalu meletakkan nasi dan melangkah keluar untuk mengambil kerusi roda.
"Adik nak jumpa Rene. Adik tak kira!" bentak Firash tiba tiba.
"Luka adik tu tak sembuh lagi. Adikkan baru sedar. Rehatlah dulu" kata Dato Faizal.
"Ahh tak kira. Kalau adik kata adik nak jumpa, nak jumpalah! Salah ke adik nak jumpa isteri sendiri?!" kata Firash dengan suara sudah naik satu oktaf.
"Adik, janganlah macam ni. Nanti ibu bawak adik jumpa dia ye. Dia tak sedar lagi tu" kata Datin Dahlia memujuk anak lelakinya itu.
Kring! Kring! Telefon Datin Dahlia berbunyi. Firash dan Dato Faizal memandang ke arah Datin Dahlia. Firash mengangkat keningnya.
Datin Dahlia membuat isyarat senyap."Hello?"
"Ha? Dah sedar? Alhamdulillah. Ha yelah. Aunty tunggu. Ye dia ada ni. Ok ok"
Datin Dahlia mematikan panggilan.
"Siapa?" satu perkataan keluar dari mulut Firash. Mesti isterinya.
"Syahirah. Dia call ibu, dia kata Irene dah sedar. Dia tengah makan. Kejap lagi Rene datang sini" kata Datin Dahlia. Firash tersenyum lebar.
"Betul ke ibu?! Aduh aduh" jerit Firash sambil mengadu kesakitan. Tu la jerit lagi kan dah sakit.
"Ye. Eh eh adik okey ke tak ni?" tanya Datin Dahlia. Dato Faizal segera ke arah anaknya.
"Okey okey"
Syahirah menolak masuk kerusi roda ke dalam wad Irene. Jelas gadis itu sudah makan dan memakai tudungnya. Syahirah melangkah ke katil lalu mengeluarkan dua pil ubat.
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...