Bab 14 🌸

410 10 0
                                    

Pintu wad Irene dibuka dari luar. Irene dan Firash yang sedang menonton tv di dalam bilik itu memandang ke arah pintu.

Dato Faizal, Datin Dahlia dan Fateen masuk ke dalam bilik itu. Firash mengangkat keningnya.

"Jom. Rene dah boleh balik" kata Fateen gembira. Irene tersenyum gembira. Yeayy. Firash tersenyum melihat isterinya tersenyum.

"Adik dengan Rene balik naik kereta Adik ye? Ibu, ayah dengan Fateen nak pergi jumpa kawan ayah kejap. Mungkin lewat malam baru balik" kata Dato Faizal. Firash mengangguk. Dia bangun dari duduknya lalu mengangkat barang Irene. Mereka semua keluar dari wad itu.

Setelah meletakkan barang Irene di dalam kereta, Irene dan Firash segera menaiki kereta Range Rover milik Firash.

"Awak nak pergi mana?" tanya Firash tersenyum. Kenapa dengan suami aku ni?

"Err mana mana jelah. Ikut awaklah. Saya ok je" kata Irene mendatar.

"Awak laparkan?" tanya Firash lagi. Aduhai suamiku, mestilah lapar.

"Haah, jom pergi makan. Saya nak makan, em em ha nak makan hm jap eh fikir dulu" kata Irene. Firash tergelak kecil melihat gelagat Irene. Macam budak budak.

"Makan dekat kedai tomyam jelah. Lama tak makan tomyam." kata Irene. Firash mengangguk lalu meluncur laju pergi ke tempat yang ditujui.

"Awak..." panggil Firash kepada Irene. Pelik, dari tadi asyik termenung je.

"Ha, eh ye?" kata Irene selepas tersedar namanya dipanggil.

"Saya nak minta maaf pasal saya keluar dengan Diana tu. Saya memang takde perasaan langsung dekat dia. Saya teman dia pun tak ikhlas. Dalam hati saya ni, cuma ada awak seorang je. Saya tahu saya selalu bersikap dingin dekat awak. Saya tahu saya banyak salah. Saya memang dah lama cintakan awak sejak 10 tahun yang lalu." kata Firash dengan lembut. Ya Allah Firash. Aku cair. Tolong buat aku cair lagi, lagi dan lagi!

"Saya dah lama maafkan awak. Saya pun nak minta maaf dekat awak. Sebenarnya saya rasa saya dah sedia untuk bagitahu awak hal ni. Saya dah lama nak bagitahu tapi takut awak tak terima" kata Irene memandang ke arah luar tingkap. Firash mengerutkan keningnya. Kenapa?

"Apa yang awak nak bagitahu saya?"

"Saya sakit"

Diana dan Haikal menuju ke rumah Diana. Ibu bapa Diana tiada di rumah kerana pergi ke US atas urusan kerja.

"Masuklah" kata Diana. Haikal mengangguk. Haikal tersenyum nipis.

"Sayang.. Please.." kata Diana. Haikal memegang leher Diana. Keadaan mereka sangat rapat. Terlalu rapat.

"Jom" kata Haikal sambil menarik Diana naik ke bilik. Diana telah pun khayal kerana minum air yang telah diletakkan ubat tidur. Haikal tersenyum kemenangan.

Diana dan Haikal melangkah naik ke bilik. Haikal mengangkat Diana dan diletakkan di atas katil. Haikal membuka kesemua baju dan seluar Diana. Kini dia hanya memakai bra dan spendernya.

Haikal membuka bajunya. Nafsunya melonjak naik. Akhirnya mereka berdua hanyut di dalam kenafsuan syaitan.

Diana bangun dari tidur. Terkejut kerana Haikal tidur di sebelahnya. Dia berasa perit di bahagian bawah. Dia melihat di sebalik selimut. Oh no Haikal!!!!

"Woi bodoh bangunlah sial. Apa kau dah buat dekat aku ni ha setan? Bodoh. Menyesal aku kenal kaulah sial." kata Diana sambil menarik selimut itu. Haikal bangun dari tidurnya.

Haikal tersenyum gembira.

"Dah kau yang tawarkan, lelaki mana yang nak tahan nafsu dia kan? So kau, dah jadi hak aku. Aku nak kau layan aku setiap malam, faham tak betina murahan?!" kata Haikal sambil menarik rambut Diana dengan kuat. Diana meraung kesakitan. Sungguh dia menyesal.

Haikal bangun dari katil dan tinggalkan Diana yang sedang meraung itu. Padan muka kau betina!

"Kenapa selama ni awak tak cerita dekat saya yang awak sakit? Awak dah stage 3. Awak tahu tak saya risau dekat awak?" kata Firash dengan nada sedih. Selepas makan, mereka terus pulang ke rumah.

"Saya minta maaf. Saya minta maaf... Saya takut..takut kalau awak tinggalkan saya. Saya ni sakit." kata Irene sambil mengalirkan air matanya.

"Saya janji, saya sanggup hidup susah dengan awak demi kesihatan awak. Saya sanggup. Demi awak, sayang" kata Firash mengelap air mata Irene.

"Awak, please jangan terlalu berharap yang saya akan selalu ada dengan awak ye?" kata Irene sayu. Firash menggeleng.

"No, saya akan pastikan awak sihat semula. Saya nak hidup bahagia dan bakal anak anak kita suatu hari nanti. Please?" kata Firash. Irene mengalirkan air matanya deras. Rambut Irene yang terjuntai itu Firash selit di belakang telinga Irene. Wajah gadis itu tampak pucat.

"Why awak terlalu berharap tentang sesuatu yang mustahil akan terjadi? Saya ni sakit wak.. Stage 3. Cepat atau lambat saya akan mati jugak awak.. Saya tak pasti bila tapi saya tak yakin. Please.. Please jangan terlalu berharap. Ini sebabnya kenapa saya taknak bagitahu awak.." kata Irene sambil menangis teresak esak. Irene ditarik ke dalam pelukan Firash. Sungguh hangat pelukan mu wahai suami.

Mereka berdua berbaring di katil. Akhirnya mereka terlelap. Mereka di buai mimpi yang indah sambil dipeluk insan yang tersayang. Sungguh dia mahukan saat ini.

"Akak masak apa ni? Sedap je bau" kata Irene menegur Kak Teen yang sedang memasak di dapur. Dato Faizal dan Datin Dahlia awal pagi lagi sudah keluar menuju ke penjara. Walaupun perbuatan Fariz itu keji, namun itu tetap anaknya.

"Masak nasi goreng je Rene. Eh Rene, tolong akak. Buatkan air jap." kata Fateen kepada Irene. Irene mengangguk.

Firash yang baru turun itu terus menuju ke dapur.

"Wahh sedapnya bau. Siapa masak ni?" tanya Firash. Matanya memandang ke arah Irene.

"Eh bukan sayalah. Kak Teen yang masak" kata Irene. Firash mengangguk lalu menarik kerusi duduk di meja makan itu. Irene meletakkan air yang dibuatnya di atas meja tersebut. Dengan pantas Firash menuang di dalam cawan.

"Amboi Firash, kenapa rajin sangat ni?" usik Fateen.

"Sajalah kak. Kenapa, dah tak boleh dah? Tak boleh takpelah" kata Firash mendatar.

"Ha mula la tu merajuknya. Ha Rene nanti pujuk laki kamu ni." kata Fateen dengan ketawanya. Firash memuncungkan bibirnya. Ya Allah Firash, u look so cute lah!

"Ala awak ni. Kak Teen main main jelah. Terasa kenapa?" tanya Irene tersenyum. Firash turut tersenyum. Fateen menghidangkan makanan di atas meja. Irene mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng di atas pinggan. Firash merasa nasi goreng itu. Sedap!

"Sedapnya kak!" kata Firash. Irene tergelak macam macamlah.

"Eleh, tadi orang tu merajuk lepastu sekarang ni nak puji masakan kita. Podah!" kata Fateen. Mereka melepaskan tawa bersama sama. Bahagia sungguh.

"Ahhh aku tak kira, malam nanti aku balik, kau dah ready. Kau tak ready memang nahas kau nanti" kata Haikal kepada Diana. Dia mengangguk laju. Haikal kini melayan Diana tak ubah seperti perempuan simpanannya. Diana kini berasa di kondominium mewah milik Haikal. Hari hari dia akan diseksa dan diperlakukan perbuatan keji di situ.

"Haikal.." panggil Diana dengan bersisa..

"Apa lagi betina?" tanya Haikal dengan dingin.

"Saya lapar..." kata Diana lemah. Hari hari dipukul, diseksa.

"Lapar? Nampak tak tong dekat dapur tu? Ha kau pergi cari makanan dekat situ" kata Haikal lalu keluar mengunci pintu rumah itu. Tong sampah itu dipandang sekilas oleh Diana.

#firashirene

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now