Irene dan Firash jalan seiringan setelah selesai makan. Tiba tiba mata Irene tertancap pada suatu tubuh yang dikenalinya. Fateen yang di belakang Irene juga melihat ke arah tubuh itu. Nenek!
Irene terus melepaskan pegangan Firash lalu lari ke arah Neneknya itu.
"Eh awak, jangan lari nanti jatuh!" kata Firash. Namun sia sia. Bagai mencurah air ke daun keladi je.
"Nenek!!!" kata Irene. Wanita tua itu memusingkan badannya.
Fateen juga menjerit memanggil Neneknya.
"Rene? Fateen?" kata Nenek itu. Irene dan Fateen terus memeluk Nenek.
"Nenek, i miss you" kata Irene dan Fateen serentak.
"I miss you too. Rene dengan Fateen sihat?" kata Nenek sambil mengelap air mata. Bertahun lama tak jumpa akhirnya berjumpa juga.
"Rene dengan Kak Teen sihat je. Nenek sihat? Nenek datang sini dengan siapa?" tanya Irene. Firash hanya berdiri di belakang Irene sambil tersenyum.
"Nenek sihat. Nenek datang dengan Makngah. Siapa belakang Rene tu?" tanya Nenek kembali.
"Oh, ni Firash Danish. Suami Rene." kata Irene. Firash menyalami tangan Nenek.
"Suami Rene? Alhamdulillah. Sini Nenek nak cium peluk sikit. Nenek ni dari Sabah. Jarang pergi sini. Hampir 4 tahun tak jumpa dengan Rene dan Fateen ni" kata Nenek. Firash tersenyum. Akhirnya jumpa jugak.
Dato Faizal dan Datin Dahlia datang lalu menyalami tangan Nenek.
"Ini siapa pulak?" tanya Nenek kepada Dato Faizal dan Datin Dahlia.
"Saya Faizal. Ayah Firash. Dan ni isteri saya, Dahlia. Ini nenek Irene ye?" kata Dato Faizal.
"Iye, saya nenek--" belum sempat habis seseorang telah potong percakapan nenek.
"Mak, jom" kata seseorang. Irene memandang gerangan tersebut.
"Makngah!" kata Irene lalu memeluk Makngah dengan erat. Makngah meleraikan pelukan tersebut.
"Oh kau rupanya. Kau siapa nak peluk peluk, panggil aku Makngah ni? Kau tak layak tahu tak nak panggil aku Makngah! Kau dah menyebabkan adik aku mati. Faham tak?!" kata Makngah.
Irene ditarik ke dalam pelukan Firash.
"Kenapa Makngah nak benci sangat dekat kitaorang? Sedangkan ajal maut semua tu di tangan tuhan. Makngah siapa nak kata kitaorang ni macam macam? Cukuplah makngah, Fateen penat tahu tak macamni. Penat. Fateen nak keluarga kita yang dulu." kata Fateen. Dato Faizal dan Datin Dahlia mengusap lembut belakang Fateen.
"Aku takkan jadi macam ni kalau adik aku tak mati. Dah terang lagi adik aku mati sebab korang nak rumpai laut sangatkan. Sedangkan dekat pasar ada, korang berkeras jugak nak yang dekat laut. Kalau korang tak minta, mesti tak jadi macam ni!" kata Makngah.
Pakkk!!
Pipi Makngah ditampar kuat oleh Firash. Semua membulatkan mata. Firash tidak boleh menahan geram lagi.
"Makngah sedar tak apa makngah cakap ni? Sedar tak?!" kata Firash dengan kuat. Nasiblah mereka berada jauh dari orang ramai.
"Kau siapa nak tampar aku? Oh Irene, pandai eh kau sekarang. Dah pandai bawak jantan, dah pandai peluk peluk. Fikir bagus sangat ke buat macam ni depan nenek?" kata Makngah. Tangan masih lagi mengusap pipinya itu. Perit.
"Makngah tanya saya siapa? Saya suami Irene yang sah. Saya bukan jenis jantan yang makngah katakan tadi. Saya takkisah kalau makngah nak tengking saya, tapi ingat! Jangan sesekali tengking isteri saya!" kata Firash.
"Nenek, Irene balik dulu ye. Insyaallah, ada masa Irene datang sana. Irene balik dulu ye. Oh, ini ada nombor Rene. Apa apa call je. Assalamualaikum" kata Irene lalu menyalami tangan Nenek. Nenek tidak mampu berkata apa apa. Hanya tangisan sahaja yang mengalir dipipinya.
Dato Faizal dan Datin Dahlia turut menyalami tangan Nenek lalu beredar dari situ.
"Awak dahlah tu, janganlah asyik nangis je. Saya faham apa yang awak rasa" kata Firash ketika sedang memandu. Irene hanya duduk diam berpeluk tubuh. Tali pinggang pun dia tidak pakai.
"Kenapa makngah kata saya macam tu? Kenapa? Apa salah saya? Perlu ke saya kena teruk macam tadi tu. Perlu ke? Betul apa yang saya rasa, baik saya mati je!" Kata Irene dengan kuat.
"Farisha Irene! Watch your mouth Irene. One word you tell, is mean a doa!" Kata Firash pula. Irene hanya mendiamkan diri.
"I'm sorry, saya tak berniat nak tinggikan suara dekat awak. Saya minta maaf" kata Firash. Irene memandang Firash.
"Its okey. Saya yang tak dapat kawal perasaan sedih saya ni" kata Irene.
Diana hanya duduk di sofa berdiam diri. Dirinya masih takut untuk keluar dari rumah itu. Nasiblah ibu Syahirah membenarkan Syahirah duduk di rumah itu bersama Diana buat seketika.
"Tadi, apa yang korang cakap dekat dia?" Tanya Diana. Dia juga ingin tahu apa yang terjadi.
"Aku cakap kau tak ada kat sini. Aku suruh dia cari kau kat tempat lain" kata Rayyan.
"Thanks. Kalau takde korang, mungkin aku dah mati dikerjakan oleh Haikal tu" kata Diana.
"Kau rindu dekat parent kau tak?" Tanya Rayyan. Diana menunduk. Lama dia tak jumpa dengan parentnya.
"Sorry, aku tak berniat nak tanya soalan tu." Kata Rayyan. Diana tersenyum.
"Takpe, lagipun apalah reaksi diorang tengok keadaan aku sekarang ni. Mesti diorang jijik. Yelah, aku dah kahwin senyap senyap. Mengandung. Dengan muka aku macamni. Aku dah jijik, hina" kata Diana. Air matanya diseka perlahan.
"Ada masa aku dengan Syahirah hantar kau balik rumah parent. Kat sana lebih selamat. Aku yakin kalau kau cerita benda sebenar, parent kau boleh terima" kata Rayyan. Diana mengangguk perlahan.
"Awak naiklah atas dulu. Saya angkat barang kejap." Kata Firash setelah sampai dirumah. Bantal love dipeluk oleh Irene menampakkan dia lebih comel.
"Em awak" kata Irene berpatah balik. Firash mengangkat keningnya.
"Saya dah fikir, saya nak buat kemotherapi tu, hari sabtu dengan ahad. Takde ganggu hari sekolah. Bolehkan?" Tanya Irene. Firash berfikir sejenak.
"Boleh. Pastikan awak jaga kesihatan awak elok elok" kata Firash. Irene mengangguk lalu naik ke atas. Irene, kau kena kuat. Aku nak hidup dengan kau sampai bila bila.
"Firash! Irene! Fateen! Mari turun makan" panggil Datin Dahlia. Firash dan Irene yang sedang study itu terus meluru ke dapur.
"Ishh, tepilah! Ni tempat Rene!" Kata Irene berebut tempat dengan Firash mahu duduk di hadapan ayam masak merah.
"Ni tempat Firashlah! Tepilah Rene!" Kata Firash pula.
Mereka terus bergaduh berebutkan tempat. Datin Dahlia menepuk dahinya. Fateen pula tergelak melihat gelagat adik dan adik iparnya itu.
"Hey! Sudah! Biar ibu yang tentukan siapa yang duduk dekat situ. Biar ayah duduk dekat situ" kata Datin Dahlia. Irene dan Firash terus duduk berhadapan. Masing masing masih membuat muka cemberut.
Setelah selesai makan, Irene dan Firash terus naik ke dalam bilik. Irene terus berlari masuk ke dalam bilik air. Firash pula hanya menunggu di hadapan bilik air.
"Rene, awak okey?" Tanya Firash.
"Saya okey" kata Irene. Muntah darah? Sudah menjadi perkara biasa.
"Goodluck for tomorrow, i know you can do it" kata Firash. Irene tersenyum lalu menarik selimut.
"Goodnight Firash Danish" kata Irene.
"Goodnight too Farisha Irene" kata Firash. Akhirnya mereka tertidur jugak.
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...