"Diana"
Irene berfikir. Siapa Diana? Macam mana dia boleh dapat no aku?
"Siapa Diana?" tanya Syahirah tiba tiba.
"She's my ex-girlfriend. Tu je" kata Firash pendek. Malas mahu cerita lebih. Tapi ni demi kebaikan isteri dia jugak. Ahh.
"Are you sure Firash? You're not lying, right?" tanya Rayyan pula. Irene hanya memerhati. Malas mahu masuk campur.
"Arghh, tak guna tak guna! Kau ingat eh Irene, kali ni kau terlepas. Tapi jangan ingat ada suami kau, kau akan terlepas lagi. Never Irene. Kesian kau kan? Kakak kau punya pasal, kau jadi mangsa. Tapi kesian lagi kakak kau sekarang ni, aku seksa dia cukup cukup." kata Fariz sambil pisau meleret di sekeping gambar Irene.
Fateen yang di ikat di kerusi hanya mampu berserah dan berdoa agar Fariz tidak mengapa apakan dia. Ya Allah.
"Umphh..umphh" jerit Fateen sambil mulut disalotip.
"Apa? Nak cakap eh? Kejap eh aku buka dulu" kata Fariz lalu membuka salotip ni mulut Fateen.
"Argh, sakitlah. Bodo perlahan lahan tak boleh ke?!" jerit Fateen.
"Tu baru sikit. Padah tak terima cinta aku." kata Fariz sambil tergelak besar.
"Tak terima cinta sanggup memperkosa adik ipar sendiri? Macamtu?!" kata Fateen naik satu oktaf.
"Diam kau!" kata Fariz lalu melempang muka Fateen bertalu talu.
Muka Fateen kini mulai lebam dan luka luka.
"Kesian kau kan, muka lawa tapi sayang, dah buruk. Maaf." Kata Fariz.
"Aku tak tipu. Buat apa aku tipu. Dosa je dapat" kata Firash mendatar.
"Hmm ok lah aku dengan Ray balik dulu. Aku datang pun sebab melawat korang je" kata Syahirah untuk pulang.
"Jaga Irene elok elok. Makesure next week dia datang sekolah, keadaan dia macam biasa semula" kata Syahirah sambil menunjuk ke arah Irene. Sayang betul dengan Bff.
Irene tergelak. Setelah mereka pulang, Firash mengajak Irene untuk tidur. Irene memegang tangan Firash. Firash mengangkat keningnya.
"Kakak saya tak balik lagi. Kita tunggu dia boleh?" kata Irene mendatar.
Firash mengangguk lalu kembali duduk di sofa. Tangan sibuk membelek telefonnya. Kepala asyik memikirkan tentang mesej yang diterima oleh Irene. Serabut.
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Irene sudah tertidur di atas paha Firash. Kak Teen masih tidak pulang ke rumah. Hatinya berasa tidak sedap. Dia mengambil keputusan untuk tidur dahulu. Firash mengangkat Irene naik ke bilik. Berat baru 39 kg, ringan apa.
Dia meletakkan Irene di atas katil. Dia selimutkan Irene sampai paras dada. Tudung dibuka. Dia berbaring ke sebelah Irene. Akhirnya dia terlelap juga.
••••
Irene keluar dari bilik tidurnya. Dia melangkah menuju ke bilik kakaknya. Tiada. Kosong. Dia mula melangkah turun ke bawah. Ruang tamu juga kosong. Kereta milik kakaknya tiada. Di dapur hanya ada Datin Dahlia.
"Ibu?" panggil Irene. Datin Dahlia segera pusing ke belakang.
"Ye Rene. Rene dah ok?" tanya Datin Dahlia. Irene hanya mengangguk.
"Ibu, ada nampak Fateen?" tanya Irene kepada Datin Dahlia.
"Kakak kamu? Ibu tak nampaklah. Eh bunyi telefon siapa tu?" tanya Datin Dahlia. Irene segera mengangkat telefonnya itu. Eh kak Teen call.
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...