Fateen membuka pintu wad Irene bersama dengan Dato Faizal dan Datin Dahlia. Fateen sudah keluar dari hospital asalkan doktor datang merawatnya di rumah setiap hari.
"Akak!!!!" jerit Irene kegembiraan. Bahagia rasa hati melihat kakak kesayangan datang. Rasa sakit semua tolak tepi.
"Ye sayang" kata Fateen lalu duduk di tepi katil wad Irene.
"Akak, akak dah ok? Akak macam dah sihat je. Bukan macam Rene ni" kata Irene mendatar. Fateen melihat adiknya sayu.
"Akak dah ok. Rene jangan risau. Rene kena jaga kesihatan Rene." kata Fateen.
Dato Faizal dan Datin Dahlia duduk di sofa di dalam wad itu. Masing masing malas mahu masuk campur hal adik beradik itu.
Irene memandang ibu mertuanya.
"Ibu, nampak Firash tak? Tadi dia keluar dengan Diana. Tak balik balik lagi sampai sekarang" kata Irene. Dah pukul 5 ni. Lamanya.
'Diana? Perempuan tu?'
"Ibu tak tahulah Rene. Kenapa dia keluar dengan Diana? Rene bagi ke?" tanya Datin Dahlia. Tak percaya dengan anaknya yang keluar dengan perempuan lain.
"Rene bagi. Kesianlah tengok Diana ajak Firash tapi Firash taknak." kata Irene. Dato Faizal memandang Datin Dahlia. Budak ni takde rasa cemburu ke suami keluar dengan perempuan lain?
Fateen, Dato Faizal dan Datin Dahlia memandang ke arah Irene. Irene memandang pelik. Dah kenapa ni?
"Apa?" tanya Irene pelik.
Mereka menggeleng lalu memandang ke tempat lain. Fateen mula mengemas barang barang Irene.
Irene masuk ke bilik air. Tiba tiba pintu bilik air diketuk. Apa lagi?
"Apa lagi kak? Rene nak mandilah!" laung Irene dari dalam bilik air.
"Akak keluar dulu pergi check-out. Rene mandi dulu. Firash pun ada ni teman Rene" kata Fateen dari luar bilik air. Firash dah balik?
"Ok" kata Irene. Dia memyambung mandinya. Pintu bilik airnya diketuk lagi oleh seseorang. Siapa lagi? Rasanya ibu, ayah dengan kak Teen baru je keluar. Jangan jangan hantu tak?
Dia membuka pintu bilik airnya. Terbuntang matanya melihat Firash di depan pintu bilik air.
"Wow, ur body so nice" kata Firash sambil tersenyum nakal. Irene memandang ke badannya. Dia terus menutup pintunya. Ya Allah malunya aku. Firash yang diluar masih tergelak.
"Firash, stop it!" kata Irene dari dalam bilik air. Mukanya merah akibat malu. First time Firash melihat.
"If i don't, what do you want to do it huh?" kata Firash dengan sinisnya dari luar bilik air.
"Err alaa awak keluarlaa, saya nak pakai baju ni" kata Irene.
"Keluar je lah. Saya tak tengok" kata Firash. Pertama kali Firash menggunakan 'saya' kepada Irene. Hatinya berbunga.
Irene melangkah keluar dari bilik air. Tualanya menutup dari paras dada hingga lutut. Firash duduk di sofa sambil memain game di telefonnya.
"Pakai je, saya tak tengok. Saya tahu awak tak ready lagi. Dah ready, bagitahu" kata Firash sambil tersenyum nakal. Eee Firash!
Diana berjumpa dengan Syahirah dan Rayyan atas desakan Rayyan.
"Kau nak apa minah?" tanya Diana kepada Syahirah. Syahirah jelas tampak tak puas hati.
"Kau dengar sini eh betina sundal, kau tak layaklah nak dekat Firash tu. Dia tu dah ada bini. Setakat kau dengan seksi kau ni, boleh pergi mampuslah. Tak layak wujud. Perangai kau ni boleh menyebabkan rumahtangga orang bercerai berai tahu tak!" kata Syahirah dengan geram. Rayyan hanya memerhati kedua gadis itu berperang mulut. Jangan bergaduh tarik rambut tarik tudung sudahlah.
"Fikir kau tu bagus sangat ke perempuan? Aku tak kira, aku tak dapat Firash, Rayyan aku akan pastikan dapat. Kau jangan fikir aku tak berani. Sedangkan Haikal pun aku boleh dapat dengan petik jari je, apatah lagi Firash atau Rayyan" kata Diana dengan sinis. Syahirah terdiam. Haikal? Lelaki yang pernah dia sayang dahulu.
"Awak kat mana? Saya dah ada dekat Pavilion ni." kata Syahirah kepada Haikal.
"Kejap. Nanti saya call awak balik" kata Haikal. Syahirah mengeluh. Kenapa setiap akhir akhirni awak selalu takda masa untuk saya? Saya ni dah tak penting ke?
Syahirah menunggu di dalam Mall itu sambil memegang sebuah beg kertas. Isinya ialah sebuah jam mahal. Dia ingin memberikan jam itu kepada Haikal kerana hari jadi Haikal.
Sudah 2 jam berlalu, Syahirah masih setia menunggu. Hari sudah melonjak petang. Mana Haikal ni?
"Hello awak? Saya dah lama tunggu awak" kata Syahirah dengan nada biasa. Air matanya dia tahan. Kemana kau wahai kekasih hatiku?
"Aku ada hal lah. Sabarlah. Tak reti sabar betul" kata Haikal. Syahirah tersentak. Ya Allah..
Syahirah bangun dari kerusi kayu itu. Dia ingin menuju ke tandas. Apabila melalui di hadapan kedai makan, dia terlihat Haikal bersama seorang perempuan. Siapa dia tu?
Syahirah dngan beraninya melangkah masuk ke dalam kedai makan itu menuju ke arah Haikal.
"Awak! Sanggup awak buat macam ni dekat saya. Awak tahu tak saya sayang dekat awak? Rupanya sibuk awak tu, sibuk dengan perempuan lain!" kata Syahirah. Semua di dalam kedai itu memandang ke arah Syahirah.
"U, siapa perempuan ni?" tanya gadis itu.
"I tak kenal. Dahlah Syahirah. Kita putus. Selamani aku memang takde perasaan dekat kau. Dahlah, tu hadiah untuk aku ke? Buang je la. Kesian membazir duit kaukan? Nah aku ganti balik" kata Haikal sambil membaling 10 keping not Rm50 ke muka Syahirah. Syahirah memejamkan matanya. Sanggup kau Haikal!
"Kal, kalau Kal nak tahu, Syahirah sayang sangat dekat Kal. Takde siapa boleh ganti tempat Kal dalam hati Syahirah ni. Takpelah, semoga Kal bahagia dengan dia" kata Syahirah sambil menangis.
Air matanya tak dapat dibendung lagi. Hadiah jam tangan itu diletakkan di atas meja makan itu. Syahirah terus melangkah keluar dari kedai makan itu dengan hati yang patah. Tak sangka kau Haikal Aiman!
"So kau nak ungkitlah ni? Kau tu pun sama lah sial! Dah rampas hak orang masih tak reti nak sedar. Dasar betina sundal lah kau ni!!" kata Syahirah tidam boleh menahan amarahnya. Rupanya Diana yang merampas Haikal daripadanya. Patutlah macam pernah nampak.
Diana tersenyum sendirian. Syahirah melangkah pergi dari tempat itu bersama Rayyan.
Di dalam kereta, Syahirah tidak habis menangis. Rayyan yang memandu itu hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membuat apa.
Syahirah hanya menangis. Kisah lamanya bersama Haikal diungkit oleh perempuan yang merampas haknya dulu! Dasar tak guna kau Diana.
Akhirnya kereta yang dipandu Rayyan tiba di depan rumah Syahirah.
Syahirah turun dari kereta dengan mata merah. Nama dia dipanggil oleh Rayyan.
"Ye?" kata Syahirah.
"Lupakan segala kenangan dengan dia. Tinggalkan kenangan manis je. Jangan risau, Insyaallah saya akan jaga awak. Ini janji saya" kata Rayyan. Syahirah mengangguk. Hati Syahirah berbunga. Ya Allah Ray, hatiku sudah cair!
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...