Ketika Fateen dan Syamila menuju ke dewan, tiba tiba Fateen terlanggar belakang seseorang.
Gedebushh!
"Auchh! Sakitlah!" kata Fateen sedikit kuat.
"Eh err, sorry. Tapi awak langgar belakang saya" kata lelaki itu. Fateen melihat gerangan lelaki itu. Adam?!
"Eh Adam. Sorry, saya ingatkan siapa tadi. Sorry!" Kata Fateen sambil memandang ke belakang. Ya Allah malunya!
"Its okey. Eh ni nak pergi mana? Jom pergi dewan nak?" Kata Adam. Syamila di sebelah Fateen sudah menolak nolak bahu Fateen supaya mengikuti Adam.
"Okey. Kitaorang pun nak pergi sana jugak" kata Fateen lalu jalan beriringan dengan Adam. Syamila hanya berjalan di belakang Fateen sahaja.
"Irene, awak dah boleh keluar. Minggu depan jangan lupa datang lagi. Untuk kemo yang pertama ni, akan ada kesan sampingan seperti muntah muntah dan rambut akan mula gugur. Tapi jangan risau, itu effect apabila kita buat kemo" kata Doktor Sabrina. Irene mengangguk perlahan.
"Thanks doktor." Kata Firash. Doktor Sabrina keluar lalu Syahirah dan Datin Dahlia menuju ke arah Irene yang di atas katil itu.
"Macam mana? Ada rasa okey tak?" Tanya Syahirah.
"Not bad lah. Cuma rasa pening peninglah" balas Irene perlahan. Syahirah mengangguk. Firash mengangkat beg lalu keluar daripada wad itu. Irene pula duduk di atas kerusi roda lalu ditolak oleh Datin Dahlia.
Di dalam kereta, Firash hanya mendiamkan diri. Hanya bunyi dari corong radio sahaja yang berbunyi memecah kesunyian.
"Kenapa senyap je?" Tanya Irene lemah. Firash diamkan diri. Kenapa ni? Badmood ke?
Irene membuang pandangan ke luar tingkap. Air mata mula mengalir. Firash memandang ke arah Irene. Terbit rasa bersalah. Kenapa dengan aku ni?
"Rene" panggil Firash. Irene segera mengelap air matanya. Dia memandang ke arah Firash.
"Sorry." Kata Firash. Irene mengangguk. Firash terus memandu ke rumah.
"Assalamualaikum" kata Firash lalu memulas tombol pintu bilik mereka. Irene yang dibelakang Firash hanya mengekori sahaja.
"Awak nak makan apa?" Tanya Firash kepada Irene.
"Saya taknak makan. I just want to get a rest now" kata Irene perlahan. Firash mengangguk perlahan. Selimut ditutup sehingga ke paras dada Irene.
Firash terus keluar dari bilik lalu duduk di ruang tamu. Tangan ralit menekan remote tv. Takde cerita best sikit ke? Study je lah.
Firash bangun lalu kembali masuk ke dalam bilik. Rindunya nak tengok kau sihat macam dulu balik.
7 bulan kemudian..
Uwerk..uwerkk.
"Sayang, okey?" Tanya Firash. 7 bulan sudah berlalu, keadaan Irene kelihatan semakin teruk. Rambut sudah mula gugur dan botak. Hanya memakai skraf sahaja untuk menutup kepalanya.
"Saya okey" balas Irene perlahan. Firash memimpin Irene menuju ke katil.
"Awak, kalau tak okey, jangan paksa sangat diri tu." Kata Firash. Irene tersenyum nipis.
"Awak jangan risau tentang saya. Dah, awak pergi sana. Esok, saya nak awak buat yang terbaik. Esok adalah hari penentu kemana arah awak akan pergi lepas ni" kata Irene. Firash mengangguk. Firash menggenggam tangan Irene.
Luluh hatinya melihat keadaan Irene itu. Sel kanser sudah merebak ke tempat lain. Sudah tiada cara untuk merawat.
"Awak" panggil Irene. Firash memandang ke arah Irene.
"Ye sayang?" kata Firash.
"Andai saya pergi dulu nanti, tolong cari pengganti saya. Saya tak sanggup nak pergi tinggalkan awak sorang sorang kat sini" kata Irene. Firash mengelap air matanya.
"So what? Perlu ke saya kena ada pengganti awak? Awak tahukan saya sayang awak sorang je" kata Firash.
"Saya tahu. Saya minta maaf. Saya tak dapat bagi awak zuriat untuk ada kenangan dengan saya. Saya tak mampu" kata Irene. Firash menunduk.
"Saya tak berharap sangat, tapi saya berharap sangat Allah panjangkan umur awak dan terus hidup bersama saya. Saya janji akan jaga awak sampai akhir nafas saya" kata Firash. Irene memeluk Firash dengan erat.
"Irene?" Panggil Doktor Sabrina. Mereka terus meleraikan pelukan.
"Ye?" Kata Irene.
"Dah tiba masanya Rene. Mari" kata Doktor Sabrina. Firash memandang ke arah Irene lalu mengangguk perlahan.
"Saya doakan awak berjaya. I love you" kata Firash. Irene tersenyum. Dia ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.
Beberapa hari lepas, seorang gadis telah berniat untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Irene.
5 jam berlalu
Firash yang menunggu diluar bilik pembedahan. Lampu pembedahan masih lagi terpancar.
Dato Faizal, Datin Dahlia dan Fateen turut menunggu disitu. Syahirah dan Rayyan sudah pulang ke rumah kerana esok mereka bakal menghadapi peperiksaan besar.
Lampu pembedahan dimatikan menunjukkan pembedahan sudah selesai. Firash hanya menanti doktor keluar daripada bilik itu.
Kelihatan seorang doktor perempuan keluar daripada bilik pembedahan itu. Keluar dengan berita baik atau buruk. Itu yang merisaukan Firash.
"Dok, macam mana dengan isteri saya doktor?" Tanya Firash. Yang lain hanya berdiri di belakang Firash sambil menunggu jawapan yang sama.
"Maaf Encik Firash, kami tak dapat selamatkan Puan Irene. Pemindahan buah pinggang gagal. Maafkan kami. Kami dah cuba yang terbaik."
Dum!
Sukar untuk dia menyatakan bagaimana perasaannya sekarang. Sedih? Ya, dia baru sahaja kehilangan isteri kesayangannya.
"Astaghfirullah, adik!" Kata Fateen. Datin Dahlia memeluk Fateen dengan erat. Sukar untuk menerima berita ini.
"Kalau tak ada apa apa, saya minta diri dulu." Kata doktor itu lalu berlalu pergi. Firash tidak dapat menerima takdir. Tiba tiba, dia rebah di lantai.
'_____
I'm back!
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...