Bab 10 🌸

518 13 0
                                    

"Arghhhh!" jerit Fariz di dalam penjara. Kini dia di tahan di penjara sebelum hari kes mahkamah tiba.

"Oi oi diam sikit boleh tak? Semaklah dengar suara kau" kata seseorang di penjara sebelah. Semak orang sebelah ni

"Diamlah sial."

"Aku ke kau yang sial? Dahlah nak rogol adik ipar sendiri, lepastu nak bunuh pulak adik sendiri. Memang kau langsung takde otak"

"Macam kau tahu ha sial?!" bentak Fariz lalu bangun ingin menumbuk Amir.

"Wo wo, lek bruh. Segala tentang kau semua aku tahu. Semua simpan dalam poket aku. Alah setakat kau ni, celah gigi aku jelah" kata Amir. Fariz terdiam. Siapa dia ni?

"Aku nak melawat Firash. Kau duduk sini. Apa apa kau inform dekat aku" kata Diana dengan sinis.

'Irene, aku akan pastikan Firash jadi hak milik aku, dan bukannya hak milik kau. Sebab kau memang langsung tak penting'

Kereta Diana terus meluncur laju di atas jalan. Setelah tiba tiba hospital, dia tercari cari nombor bilik Firash. Aduh, mana pulak nak cari ni. Eh kejap, macam kenal je...

"Aunty!" laung Diana melihat susuk tubuh Datin Dahlia.

"Eh Diana, datang dengan siapa? Siapa sakit?" tanya Datin Dahlia. Ya, dia tahu tentang hubungan Diana dengan Firash dahulu. Tapi sekarang jika Firash menyukai Diana semula, sudah tentu dia akan menolak mentah mentah.

"Diana datang sorang. Diana datang nak melawat Firash" kata Diana tersenyum manis.

"Oh, dia takda dekat wad dia. Dia ada dekat wad Irene" kata Datin Dahlia dengan sayu. Kenapa dengan Irene? Nampaknya inilah masanya untuk aku rapat dengan Firash.

"Ouh, maaf aunty tak boleh bagitahu dia sakit apa. Aunty pergi dulu ye." kata Datin Dahlia terus berlalu pergi. Belum sempat dia memanggil untuk bertanya wad Irene, Datin Dahlia sudah hilang dari pandangan. Cepat betul orang tua ni hilang? Guna ilmu hitam ke apa?

Kaki terus melangkah di hadapan wad. Kelihatan Firash baru keluar dari wad itu dengan berpakaian hospital dan memegang air yang dicucuk di tangannya. Dengan laju langkahnya menuju ke arah Firash.

Lengan Firash di pegang seseorang. Firash terus menoleh. Firash terus melepaskan pegangan itu.

"Kau nak apa lagi? Oh, jangan sentuh aku. HARAM. Kau kenapa erk selalu muncul balik dalam hidup aku sejak akhir akhir ni? Aku peliklah. Dulu kau sendiri yang suruh aku pergi dari hidup kau, tapi kenapa sekarang kau datang cari aku balik? Balak kau dulu yang kau agungkan sangat dulu tu mana? Dia dah tinggalkan kau ke? Baguslah. Karma is real. Cepat atau lambat kena kat kau balik. And now! Now its a time. Oh, cepatlah bertaubat ye. Dah, aku pergi dulu" kata Firash dengan sindiran. Masakan datang balik?

Diana merengus kecil sambil menghentakkan kaki.

'Tak guna kau Firash. Sekarang kau buang aku, tapi suatu hari nanti kau akan melutut dekat aku'

Diana memandang ke arah pintu wad Irene. Dia membuka pintu wad itu perlahan lahan. Kelihatan Irene sedang membelek telefonnya.

"Hai" sapa Diana.

"Eh hai. Awak siapa ye?" tanya Irene dengan pelik. Telefonnya disorok di dalam selimut.

"Aku Diana. Diana Humaira. Ex girlfriend suami kau, Firash." kata Diana dengan sinis

Irene terus mendail nombor Firash. Firash menjawab tapi hanya mendengar apa yang akan dicakapkan lagi oleh Diana.

"Aku datang ni nak melawat kau sekaligus bagi peringatan dekat kau. Aku datang ni nak melawat Firash alang alang aunty bagitahu kau sekali sakit so, biarlah aku lawat kau. Oh yeah, Firash dah tak suka dekat aku. Kesiannya aku.."

Diana berjalan di sekeliling ceruk celah dinding di dalam wad itu. Entah apa yang dia cari. Cicak kot. Firash di dalam talian itu hanya mendengar. Irene sudah ketakutan.

"Tapi aku akan pastikan dia jadi milik aku balik. Bukan mudah untuk aku lepaskan dia setelah dapat tahu dia dah jadi suami orang" kata Diana.

"Siapa suruh awak tinggalkan dia dulu? Kalau bukan sebab awak ada orang lain, dia pun takkan kahwin dengan saya. Dahlah miss Diana, please keluar dari wad saya. Saya tengah sakit dan perlukan masa untuk berehat. Dahlah saya nak tidur. Oh nanti keluar jangan lupa tutup pintu, takut awak lupa tutup macam awak lupa tutup rambut awaktu" kata Irene terus berbaring menarik selimut. Firash tersenyum bangga. Tak sangka isteri dia pandai berkata kata.

Diana terus keluar dan menghempas pintu dengan kuat. Tercabut pintu tu, aku taknak ganti.

"Wah pandainya isteri aku ni berkata kata." kata Firash dalam telefon. Irene hanya tergelak.

"Oklah bye"

Diana pergi ke keretanya. Lesen pun takde ada hati nak bawak kereta. Mujur tak kena tangkap dengan polis. Dia membuka keretanya lalu masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dia kunci.

"Arghhh! Tak guna. Laki dengan bini sama sial je lah! Kau tunggu Irene, satu hari nanti aku akan buat kau merana!" kata Diana.

"Aku ni dah lama perhatikan kau. Aku ni hacker kau dah lama. Kau ingat tak dulu masa kau bawak kereta tapi hampir masuk gaung? Kau fikir kereta kau hilang kawalan kan? Padahal aku yang hack kereta kau sebab aku tak puas hati" kata Amir dengan tergelak.

Fariz baru pulang dari Universitinya pulang ke rumah. Tiba tiba kereta yang dipandunya hilang kawalan.

"Apahal pulak dengan kereta ni?" kata Fariz sendiri sambil mengawal keretanya itu.

Kerana susah ingin dikawal, akhirnya kereta yang dipandu Fariz itu hampir masuk ke gaung.

"Tak guna kau!!" jerit Fariz. Amir hanya diam. Malas mahu bergaduh.

"Hey hey diam." tegur seorang polis yang sedang mengawal itu.

Fariz merengus dengan nada marah.

"Ibu , Teen rindu dekat Irene. Boleh tak bawak Teen keluar? Dahlama dah Teen tak keluar sejak Irene masuk wad balik. Teen bosanlah" kata Fateen merengek. Walaupun Datin Dahlia itu mak mertua adiknya, dia tetap memanggil Datin Dahlia dengan panggilan 'ibu'.

"Teen kan tak sihat lagi. Teen perlukan rawatan yang bagus, baru cepat sihat. Teen tahukan keadaan Teen macam mana? Banyak organ Teen yang hampir rosak macam hati. Teen taknak sihat semula macam dulu?" Tanya Datin Dahlia.

"Teen nak, tapi Teen tak mampu tahan rindu Teen dekat Rene. Teen pun nak Rene sihat macam dulu balik. Tapi apakan daya, kehendak-Nya kita tak mampu nak halang" kata Teen sambil mengesat air mata.

Sudah seminggu Firash dan Irene tidak bersekolah. Semua masih tertanya tanya kenapa mereka tidak bersekolah. Bila ditanya kepada Syahirah dan Rayyan, mereka hanya menjawab tidak tahu.

Hari ini Firash akan keluar dari hospital setelah lama di hospital. Irene juga merayu mahu keluar dari hospital dengan syarat perlu memakan ubat setiap hari. Sampai ke harini Firash masih tidak tahu tentang Irene.

"Kak, Rene balik dulu ye? Ada masa Rene datang melawat. Rene nak kena pergi sekolah. Banyak subjek Rene tertinggal. Tahun ni Rene SPM, takut tak sempat je." Kata Irene. Ayatnya mampu membuatkan semua sedih. Apa maksud Rene ni?

Maaf Firash, aku sayang kau, tapi aku tak mampu nak beritahu tentang keadaan aku. Cukuplah aku je yang risau tentang kau.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now