Bab 22 🌸

359 9 0
                                    

   Harini Irene sudah dibenarkan keluar dari wad. Opah, Azrin dan Misha berada di dalam wad sementara menunggu Irene mengemas pakaiannya.

"Rash, Pakngah dengan Makngah mana? Tak datang ke?" tanya Azrin sambil memakan lolipop. Umur dah 17 tapi perangai macam budak umur 7 tahun.

"Kejap lagi la tu diorang sampai" kata Firash sambil baring di atas katil hospital. Sedapnya baring atas katil orang sakit.

"Rene, cepatlah. Aku malas dah ni nak tunggu tunggu ni. Penat, panas" kata Azrin dengan selamba. Opah cubit paha Azrin.

"Sabarlah. Tak reti sabar dah ke? Kalau tak reti sabar, pergilah balik" kata Irene tiba tiba. Firash mengusap lembut belakang Irene. Azrin tersentak. Beraninya dia kata macam tu.

"Kalau aku tak reti sabar pun kenapa? Ada masalah dengan kau ke?" tanya Azrin dengan kuat. Dia dari duduk terus bangun. Lolipop yang di makannya dibuang dalam tong sampah. Irene yang sedang membetulkan tudung terus bangun dari duduknya juga. Mata bertentang mata.

"Ada. Memang ada masalah dengan aku. Masalah aku ialah kau lah! Dahlah tak reti sabar. Kau fikir kau dingin buat muka tu fikir bagus sangat lah tu? Pi mampus je lah" kata Irene. Yang ada di dalam bilik itu hanya menyaksikan aksi perang mulut itu.

"Aku pi mampus? Sepatutnya kau lah yang pergi mampus. Tak padan dengan sakit kanser kau tu, nak suruh aku pergi mampus." kata Azrin. Irene terus menampar pipi putih milik Azrin. Dadanya turun naik menahan marah.

Mereka semua di dalam bilik itu terkejut termasuklah Dato Faizal dan Datin Dahlia yang baru sampai.

"Kau kalau tak suka aku bagitahu jelah! Itupun susah ke?!" bentak Irene. Irene sudah mahu menumbuk muka Azrin namun ditahan oleh Firash. Azrin melangkah keluar dari wad itu diikuti Opah.

"Dahlah, biarkan dia tu. Awak tu jangan layankan sangat dia tu. Ingat, awak tu sakit" kata Firash menenangkan isterinya. Dia tahu Irene pantang dicabar oleh seseorang.

"Dah, adik, Rene, jom balik" kata Dato Faizal. Irene dan Firash mengangguk serentak. Firash mengangkat beg lalu turun ke lobi.

"Yen! Kenapa tengking Irene macam tu? Tahulah dia sakit tapi janganlah sampai nak jatuhkan maruah dia macam tu. Dia ada hati, ada perasaan. Dia bukan anak patung,Yen" kata Opah menarik lengan Azrin yang tinggi lampai itu.

"Opah, Yen memang tak suka dia masuk dalam keluarga kita ni. Dia pura pura je tu baik sebab tu Allah bagi dia sakit kanser macam tu!" kata Azrin sedikit kuat. Opah terus menampar pipinya.

"Opah tak ajar cucu opah cakap tak beradap macam ni. Baik kamu pergi minta maaf dengan dia" kata Opah lalu pergi meninggalkannya.

'Disebabkan kau, aku kena semua bala. Shit!'

"Eh Yen, kenapa dekat sini lagi? Jom balik" ajak Datin Dahlia. Dia hanya sekadar mengikuti belakang Makngahnya itu.

Irene di belakang hanya dia jeling. Masing masing tidak puas hati lagi.

  "Drive elok elok Faizal, Dahlia. Firash pun sama. Jaga Rene elok elok" kata Opah. Berat hati ingin melihat anak cucu pulang ke bandar semula.

"Mak pun sama. Jaga kesihatan tau. Yen, Misha. Jaga opah. Siap korang kalau Pakngah tahu Opah sakit" kata Dato Faizal. Azrin yang dibelakang Opah hanya mengangguk lalu menyalami tangan Pakngah dan Makngahnya. Muka Irene tidak dilihatnya langsung.

Irene dan Firash mula menyalami tangan Opah.
Selepas itu, mereka mula beredar dari situ. Banyaknya kenangan. Mandi sungai, main kejar kejar. Bila lah dapat lagi macam ni?

  Diana duduk di sofa rumah itu. Besar. Lawa.
Dia ingin melangkah ke dapur tiba tiba ada orang yang menekan loceng di luar. Dia hanya mengintai dari tingkap rumah itu sahaja. Tak mungkin Syahirah dan Rayyan.

Alamak, Haikal! Macam mana dia tahu ni? Call Syahirah lah.

"Hello Syahirah. Haikal ada dekat depan rumah ni, macam mana ni?" tanya Diana dengan gelisah.

"Nanti aku call Ray suruh dia datang rumah sana. Jangan risau, nanti aku upah bodyguard jaga rumah tu" kata Syahirah.

"Cepat sikit. Aku takut ni" kata Diana dengan ketakutan. Peluh mula mengalir di dahi. Penghawa dingin di rumah itu terasa seperti panas walaupun dipasang pada suhu 19°c.

Tiba tiba kereta BMW hitam diparkir di belakang kereta Haikal. Itu Ray ke?

Kelihatan Rayyan sedang menuju ke arah Haikal.

"Kau buat apa datang sini?" tanya Rayyan kepada Haikal. Tiada senyuman buat lelaki itu.

"Aku dengar cerita, bini aku duduk dekat rumah ni. So, aku datang nak amik dia lah. Apa lagi" kata Haikal. Rayyan tersenyum sinis.

"Apadia? Bini? Siapa? Diana? Wow, aku pun dah lama tak jumpa dia, ada hati kata dia duduk dalam rumah aku ni. Hey, aku pun takkan terimalah dia duduk dekat rumah ni atas perbuatan dia tu. Kau carilah tempat lain. Dah, tepi. Aku nak masuk. Syahirah, ex kau tu tengah tunggu dalam kereta tu. Nak masuk. Panas. Lagi panas aku duduk dengan ahli neraka macam kau ni" kata Rayyan lalu melanggar Haikal. Haikal yang berbadan sedikit kecil itu terdorong ke belakang.

Haikal mendengus kegeraman. Kereta BMW itu terus masuk ke halaman rumah. Syahirah keluar lalu menjeling tajam ke arah Haikal.

'Nanti kau Rayyan. Kau tak kenal aku siapa.'

  Di dalam kereta, Irene mendiamkan diri. Hatinya masih panas tentang pagi tadi. Tak guna betullah.

"Masih marah tentang pagi tadi ke?" tanya Firash tiba tiba. Irene mengangguk.

"Siapa suruh awak layan dia?" tanya Firash lagi. Irene terdiam. Alamak. Dingin dia dah mari.

"Dah makan ubat?" tanya Firash dengan lembut. Alamak Firash, tolong jangan buat jantung aku berdegup laju macam ni.

"Belum." balas Irene sepatah. Firash menggeleng. Lupa la tu.

Mereka berhenti di RnR Rawang. Jauh lagi nak sampai ni. Berhenti dulu lah.

"Jom makan" ajak Firash. Irene mengangguk. Amboi perempuan, ajak makan laju je.
[Eleh author pun sama]

Kerera Range Rover milik Firash dan kereta Audi TT milik Dato Faizal juga berhenti parkir disitu.

"Awak, saya nak makan tu. Mengidam hehe" kata Irene tersenyum malu sambil menggoncangkan tangan Firash.

"Mengidam? Pregnant ke Rene?" tanya Datin Dahlia sambil tersenyum.

"Eh manade. Hm tak mustahil jugakkan?" kata Irene. Mereka tergelak. Kalau betul? Hm.

"Dah dah jom, jangan bersembang tengah jalan. Kita sembang dekat sana nanti" kata Dato Faizal lalu menarik tangan isterinya dan menantunya.

"Hey, kalau ayah dah pegang tangan ibu dan Rene, tangan adik sapa nak pegang?" kata Firash terpinga pinga di belakang.

"Adik pegang tangan sendiri jelah" kata Dato Faizal. Firash terus mengejar isterinya itu.

Perangai macam budak budak. Ish ish ish.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now