Irene, Firash dan Fateen sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.
"Rene, Kak. Apa kata lusa kita pergi balik kampung? Ala, dua hari je. Tak lama pun. Rindulah dekat opah. Lagipun kitaorang nak hilangkan stress study ni" kata Firash memberi cadangan. Irene mengangguk sekali. Macam best.
"Em boleh jugak. Bila nak bertolak? Akak on je" kata Fateen. Sungguh dia rindu rasa suasana kampung. Sewaktu ibubapanya masih ada, dia dan Irene sering pulang ke kampung. Tapi semuanya berubah selepas mama dan ayah meninggal dunia.
"Korang berdua ni layak mati je sama macam mak bapak korang tu. Tak layak langsung hidup dekat dunia ni" bentak Makngah. Fateen dan Irene sudah mengalirkan air mata.
"Sudahlah tu Fatma, diorang tu anak buah kau sendiri. Darah daging kau sendiri. Tak kesian ke dengan diorang? Diorang masih kecil, Fatma. Diorang masih perlukan kasih sayang. Mereka kehilangan ibu dan ayah, Fatma" kata Nenek memberi ketenangan. Fatma masih tidak mahu mengendahkan kata kata Nenek.
"Kalau bukan sebab diorang minta yang bukan bukan, adik dengan adik ipar aku tak matilah!" kata Fatma.
"Astagfirullahhalazzim Fatma!! Sedar tak apa kau cakap ni Fatma?! Diorang ni anak yatim Fatma. Kalau dah ajal, nak buat macam mana?" kata Nenek. Nenek memeluk kedua dua cucu perempuannya itu.
Fateen dan Irene hanya menangis teresak esak. Budak baru berumur 13 dan 8 tahun, mereka tahu apa?
"Dahlah mak, kalau mak jaga mereka ni, jagalah. Fatma taknak masuk campur. Pandai pandailah mak jaga mereka ni. Hey budak, kauorang ingat eh, aku taknak tengok muka korang langsung.!" kata Fatma lalu keluar dari rumah Nenek. Nenek mengusap lembut rambut cucu cucu perempuannya.
"Kak? Oh kak?" panggil Irene. Aku mengelamun rupanya.
"Kita bertolak esok pagi. Rasanya boleh dah kot nak packing barang barang" kata Firash. Fateen mengangguk.
"Ibu dengan ayah dah tahu ke?" tanya Fateen kepada Firash.
"Dah. Firash tanya ibu semalam." kata Firash sambil mengusap tangan Irene.
Fateen mengangguk lalu naik ke atas. Irene dan Firash saling berpandangan. Masingmasing mengangkat bahu masing masing sebelum kembali menonton tv.
"Nek.. Teen rindu kat nenek. Nenek sihat je kan? Nek nak tahu tak yang Teen ada rahsia yang besar yang nak bagitahu kat nenek ni. Teen rindu sangat dengan nenek. 10 tahun sejak Teen dengan Rene kena halau keluar dari rumah dengan Makngah. Walaupun Makngah kejam, tapi Teen tetap maafkan dia." kata Fateen sambil menangis teresak esak. Dia segera mengesat air matanya.
Dia kembali baring di atas katilnya lalu terlelap.
"Tolong, aku dah tak sanggup. Jangan buat aku macam ni" kata Diana. Dia dah tak sanggup didera dan diperlakukan keji setiap hari.
"Tolong? Amboi, dulu kau rampas kebahagian orang, takde pulak fikir perasaan orang. Ha sekarang ni biar aku pulak yang rampas kebahagian kau. Aku sakit hati tengok kau rapat rapat dengan Firash. Dia tu laki orang betina. " kata Haikal. Diana masih duduk di tepi dinding.
"Haikal..kita kahwin? Saya takut saya mengandung. Lepas kita kahwin, awak layanlah saya macam mana sekali pun. Saya tetap ikut kata awak. Please?" kata Diana merayu. Haikal berfikir sejenak.
"Kau? Kahwin? Memang tak layaklah. Tapi aku akan kahwin dengan kau. Tiap malam kau kena bagi aku habuan. Aku akan jadikan kau tak ubah macam pelacur, okey?" Kata Haikal. Diana mengangguk. Dia tidak tahu nasibnya bagaimana.
"Assalamualaikum" kata Dato Faizal dan Datin Dahlia. Firash segera bangun dari duduknya lalu membuka pintu.
"Waalaikummussalam" jawab Firash dan Irene.
"Bila nak bertolak balik kampung? Pakngah dengan Paklong dah tunggu dah tu. Tak sabar nak jumpa anak buahnya ni" kata Dato Faizal. Firash dan Irene tersenyum.
"Esok pagi. Kak Teen pun ikut sekali tau ayah" kata Irene. Dato Faizal mengangguk. Dato Faizal dan Datin Dahlia naik ke bilik mereka.
Firash mengajak Irene untuk mengemas beg pakaian mereka.
"Awak, kita nak bawak baju apani?" Tanya Firash kepada Irene. Seriously tak tahu??
"Tak tahu ke?" Tanya Irene semula. Pelik.
"Tak. Tak pernah balik kampung. Opah saya je selalu datang sini. So, setelah 17 tahun hidup ni, baru ni first time saya balik kampung" kata Firash.
"Awak bawak baju yang perlu je. Jangan lupa bawak segala jenis barang barang peribadi awak tu. Eh, awak kata tak pernah balik kampung, tahu ke jalan pergi sana?" Tanya Irene semula. Haihlah isteri.
"Ada fon, apa susah. Fon canggih tapi taknak guna" kata Firash. Ok fine.
Mereka mula mengemas baju mereka. Hari sudah melonjak petang. Mereka berdua turun untuk pergi ke mall.
"Ibu, adik dengan Rene nak pergi mall kejap. Nak beli keperluan Rene" kata Firash. Dato Faizal dan Fateen memandang mereka berdua.
"Pergilah. Jangan balik lewat sangat" kata Datin Dahlia. Firash dan Irene menyalami tangan mereka bertiga lalu keluar menaiki kereta Range Rover milik Firash.
Ting! Telefon Irene berbunyi menandakan mesej masuk. Eh Syahirah?
Syahirah
"Kau kat mana? Jumpa kat mall jom. Ajak Firash sekali. Ray ada benda nak cakap"Ireneeeee
"Aku dengan Firash otw pergi mall. Jumpa korang dekat sana"Syahirah
"Ok"Firash memandang Irene. Oh dia nak tahu sesuatu lah tu.
"Syahirah. Dia chat saya supaya kita jumpa dia dekat mall. Ray ada benda nak cakap dekat kita" kata Irene. Firash membuat mulutnya 'ooo'.
"Aku terima nikahnya Diana Humaira binti Rafiq dengan mas kahwin rm80 tunai"
"Sah?"
"Sah, sah, sah"
Akhirnya Diana selamat menjadi isteri kepada Haikal tanpa pengetahuan keluarga mereka sendiri. Diana mengalirkan air mata. Tak sangka kehidupannya sebegini.
"Kau dah sah jadi isteri aku. Ingat! Aku takkan layan kau macam isteri kat luar sana dan kau tu jadi perempuan simpanan aku je. Kau tak layak nak kongkong aku dengan siapa, faham!" Kata Haikal sedikit kuat. Diana terkejut.
"Terima kasih kahwini saya" kata Diana perlahan. Dia tahu nasibnya macam mana. Akhirnya dia dibawa oleh Haikal ke apartmentnya.
"Buatkan aku air. Aku haus. Kalau tak sedap, siap kau nanti aku kerjakan" kata Haikal. Diana angkuh dengan arahan. Mukanya teruk dikerjakan Haikal. Setiap kali dia melawan, pasti akan diseksa dengan teruk tak ubah seperti tawanan.
"Korang tahu tak apa jadi dekat Diana sekarang ni?" kata Rayyan. Irene, Syahirah dan Firash memandang ke arah Rayyan.
"Kenapa?" tanya Irene.
"Kenapa?" tanya Syahirah pula.
"Kena--" belum sempat Firash menghabiskan ayatnya.
"Kau cakap lagi kenapa, siap kau" kata Rayyan kepada Firash. Firash mengangkat tangannya. Irene dan Syahirah tergelak.
"Diana dengan Haikal. Haikal lepaskan nafsu dekat Diana haritu. Sekarang ni diorang dah nikah. Dengar cerita, masa sebelum nikah ni, Haikal buat macam macam dekat Diana. Sekarang ni Haikal dah jadi suami Diana, aku tak tahulah apa yang jadi" kata Rayyan.
Irene, Syahirah dan Firash membulatkan mata mereka. What?!
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...