"Kenapa muka kau muram je ni? Lepastu bibir kau macam pucat je?" Tanya Irene kepada sahabat baiknya Sarah Emeline.
"Takde apa apa uhuk uhuk" kata Sarah sambil terbatuk batuk. Batuknya semakin teruk. Sarah menekup mulutnya menggunakan kedua belah tapak tangan.
"Ehh, kau okey ke tak ni?" Tanya Irene kerisauan. Sarah meleraikan tangan dari mulutnya. Alangkah terkejutnya Irene melihat darah di tapak tangan Sarah.
"Darah! Aku bawak kau pergi hospital eh? Kejap aku panggil kakak aku" kata Irene bergegas masuk ke bilik kakaknya. Mereka berdua bergegas menghantar Sarah ke hospital.
Setelah menunggu beberapa lama, ahli keluarga Sarah tiba di hospital. Kelihatan ahli keluarganya tenang menghadapi ujian walaupun perit.
Ibu Sarah pergi ke arah Irene yang sedang duduk di kerusi.
"Aunty, Sarah sakit apa Aunty? Kenapa saya tak tahu? Salah ke kalau saya nak tahu Sarah sakit apa?" Tanya Irene mendatar. Ibu Sarah mengelap air mata Irene.
"Rene, Rene kena tabah ye. Sarah tu kuat. Dia pandai menyorok kesedihan dan kesakitan yang dia alami disebalik ketawanya." Kata Ibu Sarah.
"Aunty, please straight to the point!" Kata Irene sudah naik satu oktaf. Fateen menenangkan adiknya itu. Walaupun baru berumur 13 tahun, dia jugak berhak mengetahui hal sebenar.
"Sarah...Sarah.."
"Sarah apa Aunty?!"
"Sarah sakit kanser. Kanser hati tahap 4. Masa dah tak lama lagi. Tak tahu esok atau lusa. Tak mustahil juga akan berlaku harini" kata Ibu Sarah. hidupnya gelap. Irene jatuh terduduk di atas kerusi.
"Sabar ye Rene. Aunty tahu Rene sukar untuk terima berita ni. Tapi sukar lagi bagi Sarah yang menghadapinya. Rene tahukan yang Allah takkan uji umatnya lebih dari kemampuan kita sendiri" kata Ibu Sarah.
"Kenapa selama ni Rene tak pernah nampak yang dia tengah sakit? Why Aunty? Memang sengaja taknak bagi Rene tahu ke? Rene bodoh. Takpernah nak nampak apa yang dia hadapi. Rene terlalu ikutkan kata hati. Rene selalu marah dia Aunty.. Rene minta maaf Aunty" kata Irene sambil teresak esak.
"Rene pergilah jumpa dia, minta maaf dengan dia. Bukan dengan Aunty." kata Ibu Sarah. Irene bangun dan kuatkan diri untuk bertemu dengan Sarah. Pintu ICU ditolak perlahan.
Kelihatan banyak wayar di badan Sarah. Badannya putih pucat seperti tiada darah. Badannya kaku seperti mayat. Ya Allah Sarah.
Kenapa aku perlu bersedih? Sedangkan yang melalui ujian ini ialah Sarah. Sedangkan dia yang sakit masih boleh bergelak ketawakan sedangkan aku yang sihat menangis seperti kanak kanak tidak dapat aiskrim.
"Assalamualaikum Sarah. Ni Rene. Rene nak minta maaf sangat sangat atas dosa Rene dekat Sarah. Rene tak tahu yang Sarah sakit. Rene tahu Rene bodoh pergi suruh Sarah buat macam macam walaupun tengah sakit. Sarah, bangunlah. Rene nak Sarah yang dulu. Sarah yang selalu menceriakan hari hari Rene. Kalau Sarah takde, siapa yang nak teman Rene? Takpelah Sarah, Rene keluar dulu. Rene tak kuat tengok Sarah macam ni. Assalamualaikum Sarah Emeline" kata Irene sambil menangis. Tangisannya semakin kuat ketika melangkah ke arah pintu ICU.
"Rene.." panggil seseorang. Irene segera memandang ke belakang. Sarah?
"Ye?" kata Irene sambil mengesat air matanya.
"Sarah maafkan semua salah Rene. Rene takde salah pun dekat Rene. Rene, boleh tolong Sarah tak?" kata Sarah kepada Irene. Irene mengangguk boleh. Fateen dan Ibu Sarah hanya melihat melalui cermin ICU.
"Tolong belikan smoothie untuk Sarah boleh? Ala, macam yang Sarah suka tu." kata Sarah.
"Smoothie Strawberi? Boleh ke?" tanya Irene.
"Boleh. Belikan tau. Aku nak tidur kejap. Nanti dah beli, kejut aku. Aku tidur tak lama pun. Cepatlah aku mengantuk ni" kata Sarah. Irene mengangguk sambil menahan tangisannya.
Irene melangkah keluar dari ICU, tiba tiba,
"Farisha Irene binti Abdullah" kata Sarah. Irene segera berpaling.
"Aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat sangat. Thanks untuk segalanya" kata Sarah.
"Aku sayang kau jugak Sarah Emeline!" kata Irene sambil keluar menuju ke kedai.
'Ala, ramai orang pulak'
Selepas selesai membeli smoothie, Irene terus melangkah laju untuk pergi ke ICU. Langkahnya terhenti melihat Fateen dan Ibu Sarah menangis tidak henti.
"Aunty..kenapani? Kenapa dengan Sarah?" kata Irene. Lengan Ibu Sarah digoncang kuat oleh Irene. Smoothie masih ditangan kiri Irene.
"Rene...Sarah...dia dah tak ada.." kata Ibu Sarah.
Smoothie di tangan Irene jatuh ke lantai.
"No! No! Aunty nak tipu saya kan? Kak, akak nak tipu jugakkan? Dah, stop berlakon. Sarah! Sarah!" kata Irene sambil masuk ke dalam ICU itu. Kelihatan Sarah sudah ditutupi dengan selimut.
Langkah Irene berat untuk diteruskan. Selimut itu diselak. Kelihatan badannya putih pucat. Tiada darah yang mengalir. Mukanya tampak tenang.
"Sarah.. Kau tipu aku kan? Kau kata kau nak selama lamanya dengan aku. Kau tipu Sarah. Kak! Baru je tadi Rene sembang dengan dia kak. Rene tak kuat kak. Sarahh" kata Irene menangis teresak esak.
"Sarah!"
"Hey? Hey? Rene, bangun" kata Firash mengejutkan Irene. Mimpi rupanya. Ya Allah rindunya aku dengan Sarah.
"Eh awak. Kita kat mana ni?" tanya Irene.
"Kita dekat rnr Tapah. Awak mengigau ni. Awak mimpi siapa? Siapa Sarah tu?" tanya Firash. Irene menunduk.
"Dah, jom keluar. Kita makan dulu. Nanti time makan, awak cerita lah" kata Firash. Mereka keluar dari kereta lalu menuju ke tempat makan. Fateen sudah awal awal lagi keluar untuk qada solat zohor.
"Tolong Kal, sakit Kal.." kata Diana merayu. Mukanya habis melecur akibat disiram air cerek panas oleh Haikal.
"Tolong? Heh" kata Haikal lalu berlalu pergi. Diana meraung kesakitan. Wajahnya yang cantik itu berubah hodoh.
'Nanti kau Haikal, suatu hari nanti aku akan balas dendam dekat kau'
"Kau buat apa lagi tu? Masakkan untuk aku cepat. Lapar ni" kata Haikal. Diana bangun terus pergi ke dapur.
"Awak..barang dapur habis.." kata Diana.
"Tunggu kejap, aku pergi beli barang dapur. Kau, tunggu sini. Jangan keluar. Kalau keluar , kau tengok apa yang aku buat dekat kau" kata Haikal lalu keluar. Dia mengunci semua tingkap dan pintu.
Syahirah dan Rayyan jalan bersama pergi ke mall. Eh Haikal? Apa dia buat dekat sini? Siap tolak troli bagai lagi ni.
"Yow bro" tegur Rayyan kepada Haikal. Haikal terkejut melihat Syahirah bersama Rayyan.
"Hey" balas Haikal sepatah.
"Kau dengan siapa ni? Sorang je ke? Wife kau mana?" tanya Rayyan kepada Haikal. Syahirah hanya duduk di belakang Rayyan. Malas mahu masuk campur hal orang lelaki.
"Ada dekat rumah. Aku tengah beli barang dapur." kata Haikal tersenyum. Haikal melihat Syahirah kepada dibalas dengan jelingan.
"Kau dengan Syahirah bila nak langsung?" tanya Haikal kepada Rayyan. Syahirah mengangkat kening.
"Lepas dapat result SPM, terus nikah" kata Rayyan. Haikal mengangguk.
"Oklah Ray, aku gerak dulu. Apa apa roger je. Jaga future wife kau elok elok. Chaw" kata Haikal. Rayyan dan Syahirah menghantar Haikal menggunakan pandangan mata.
"Jom. Lapar" kata Syahirah. Mereka berdua terus bergerak pergi ke kedai makan.
YOU ARE READING
Aku Yang Kau Cintai
RomanceSeorang gadis yang hidup bersama seorang kakak akibat kehilangan ibu bapa beberapa tahun dahulu kini dipaksa kahwin dengan seorang anak kawan ibu bapanya atas dasar janji. Berkahwin pada umur 17 tahun amatlah muda bagi mereka. "Kalau bukan sebab awa...