Bab 5 🌸

579 24 0
                                    

"Tahniah anak ibu dan menantu ibu. Semoga bahagia hingga ke jannah. Jangan lupa bagi ibu cucu cepat cepat tau. Hihi takdelah. Jangan terkejut sangat. Ibu gurau je." kata Datin Dahlia.
Muka Firash dan Irene serupa orang tiada darah mendengar kata kata Datin Dahlia.

"Terima kasih bu, yang pasal cucu tu, Adik fikir tunggu lepas SPM." kata Firash selamba. Ibu hanya tersenyum. Irene pula menahan malu. Apalah nasib.

Tiba tiba Kak Teen dan Along datang ke arah mereka.

"Eh kak, ada apa apa ke dengan along?" tanya Irene sambil mengangkat kening. Firash tersenyum nipis.

"Eh manade. Tadi kitaorang terserempak lepastu kitaorang datanglah kat korang. Nak ucap tahniah. Mana Syahirah dengan Rayyan?" tanya Kak Teen.

"Oh, diorang tadi awal awal lagi dah balik. Kata nak pergi dating. Biasalah pasangan bercintakan?" kata Irene tergelak.

"Ini apa lagi pengantin tak tukar baju lagi ni. Dah pergi naik atas. Dah lewat dah ni. Ibu naik dulu" kata Ibu. Firash menarik tangan Irene naik ke atas meninggalkan Kak Teen dan Along.

"Ehhh awak. Kenapa tarik saya masuk bilik awak ni?" tanya Irene sambil melepaskan tangan yang dipegang oleh Firash.

"Alahai, wahai isteriku yang cantik, sekarang ni kau dah kahwin. Jadi apa maknanya?" tanya Firash.

"Err di sisi suami, ikut kata suami dan tidur sebilik dengan suami. Eh kita tidur sekali ke ni?" kata Irene.

"Yelah. Habistu takkan tidur dekat tandas pulak. Dah, pergi mandi. Lepastu aku pulak nak mandi" kata Firash sambil meletakkan beg baju Irene di tepi almarinya. Ya, kesian tengok Irene memegang beg baju beratnya itu.

"Er awak. Kakak saya tidur dekat mana?" tanya Irene kepada Firash yang sedang membuka butang baju melayunya.

"Tidur dekat sini. Mulai harini kakak kau tinggal dekat sini. Rumah lama kau tu, kau sewakan lah. Dapat jugak kakak kau duit tiap bulan. Lepas duit makan bulanan dekat U tu." kata Firash lalu masuk ke bilik air. Setelah Irene menghadam apa yang dikatakan oleh Firash, dia tersedar yang Firash dah masuk ke dalam bilik air dahulu.

"Hey saya masuk dululah!" laung Irene dari luar.

"Siapa suruh hadam sangat apa yang aku kata. Dah, pergi mandi bilik air bawahlah. Sibuk je kacau aku mandi" kata Firash dari dalam bilik air. Apa punya laki halau bini mandi bilik air bawah

Irene merengus lalu mengambil baju dan tudungnya lalu keluar dari bilik. Ketika melangkah ke ruang tamu ke bilik air, dia terdengar perbualan Dato Faizal dan Datin Dahlia.

"Biarlah mereka duduk sini abang sampai lepas SPM. Mereka tu baru remaja. Takkan abang nak suruh mereka tinggal berdua dekat rumah banglo abang yang besar tu. Bahayalah" kata Datin Dahlia kepada suaminya itu.

"Abang nak Firash tu berdikari. Sampai bila nak duduk dengan kita? Fariz pun duduk dekat sini sekali. Kalau suatu hari Irene dan Fariz tak pergi ke sekolah dan universiti, kan bahaya Firash tak ada. Boleh jadi fitnah" kata Dato Faizal perlahan takut didengari oleh anak menantunya.

"Saya tahu tu tapi biarlah Fariz yang pindah keluar. Lagi bagus. Bukan apa, Fariz dah besar, dah pandai berdikari." kata Datin Dahlia lagi. Dia tahu susah untuk memfahamkan suaminya itu. Kalau jawapannya A, A lah.

"Hm yelah. Nanti abang bincang dengan Fariz." kata Dato Faizal lalu bangun masuk ke bilik. Irene yang mendengar itu terus masuk ke dalam biliknya.

Pintu bilik dibuka perlahan lahan. Irene melangkah masuk dan mencari kelibat Firash. Tak ada. Dalam bilik air lagi kot. Eh, kan aku nak mandi tadi. Ish otak ni pelupa. Ish ish ish.

Irene melangkah ke meja laci Firash. Sebuah kotak kecil diatas meja diambilnya. Dia buka kotak itu perlahan lahan. Gambar seorang kanak kanak lelaki dan perempuan sedang berdiri. Kanak kanak perempuan itu dia, kanak kanak lelaki tu siapa? Takkanlah Firash. Memang betul ke aku pernah kenal dengan Firash?

Pintu bilik air dibuka. Irene segera menyimpan gambar itu di dalam kotak.

"Buat apa tu? Simpan macam lipas kudung" kata Firash.

"Err takda apalah. Dahla, tepi saya nak mandi." kata Irene menolak Firash yang lengkap berpakaian itu ketepi.

"Kan aku suruh kau mandi dekat bawah" kata Firash mendatar.

"Malas. Malu. Penat" itu jawapan Irene. Haih lah isteri.

••••

Irene melangkah turun ke dapur pada pagi ini. Nampaknya Dato Faizal belum turun lagi. Firash pula sedang bersiap. Entahlah nak pergi mana.

"Eh Rene dah turun? Firash mana?" tanya Datin Dahlia yang sedang memasak nasi goreng.

"Ada dekat atas. Tengah bersiap. Tak tahulah nak pergi mana. Irene nak tolong boleh tak ibu?" kata Irene.

"Tak payahlah. Maid dah sediakan semua. Irene pergi panggil Firash turun cepat." kata Datin Dahlia. Irene mengangguk lalu naik ke atas.

Irene menolak pintu perlahan lahan. Firash cakap dengan siapa tu?

"Kalau awak nak tahu, saya bersyukur sangat awak jadi isteri saya. Tapi saya ego. Susah sangat nak layan awak baik baik. Tapi rasa macam seronok pulak. Awak..kalau boleh suatu hari nanti, dah tiba masanya saya nak pulihkan ingatan awak tu. Saya janji. Bukan saya taknak cerita tentang kita dulu. Tapi saya dah sedia lagi. Masa awak kata awak hilang ingatan tu, saya rasa macam hilang separuh jiwa saya. Yelah, awak dah tak ingat siapa saya. Sedangkan saya hari hari teringatkan awak. 10 tahun saya tunggu awak, akhirnya awak jadi milik saya. I'm swear i took care you more than i care about myself Farisha Irene"

"Dia cakap pasal aku? Jadi betullah kita pernah kenal. Ya Allah pulihkanlah ingatan aku Ya Allah." kata Irene di dalam hati.

Pintu bilik diketuk oleh Irene. Firash kelam kabut menyimpan gambar itu takut dinampak oleh Irene.

"Kenapa?" tanya Firash dingin. Hek eleh mamat ni, kejap suka usik orang, kejap dingin. Apa nak jadilah.

"Nak ajak awak makan kat bawah. Semua dah tunggu awak kat bawah. Jom" kata Irene mengajak Firash.

"Aku tahulah turun sendiri. Dah sana turun shuh shuh" kata Firash. Amboi kau, fikir aku kucing ke?

Irene dan Firash melangkah turun bersama. Itu pun sebab Irene berpatah balik dan jalan bersama Firash takut ibu dan ayah nampak. Tak manis pulak.

"Wah pengantin baru kita turun sama samalah." usik Dato Faizal. Irene hanya tersenyum. Firash menayangkan muka ketat. Kalau boleh ketat lagi.

"Dah jom makan. Ibu tunggu dari tadi lagi. Alongz, hulurkan pinggan tu kat ibu kejap" kata Datin Dahlia. Fariz menghulurkan pinggan tersebut ke arah Datin Dahlia.

"Wah, sedapnya ibu masak!" kata Irene teruja. Kak Teen awal awal lagi sudah keluar katanya ada hal yang perlu dilakukan.

"Heheh. Terima kasih" balas Datin Dahlia.

Selepas makan, Irene duduk di koridor biliknya. Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Unknown
"Kau jangan fikir kau dah kahwin dengan Firash, kau akan bahagia. Never Farisha Irene.
-D-

Gulp!

5 orang terawal yang komen dan vote saya akan followback.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now