Bab 29 🌸

942 19 2
                                    

Pergilah kau wahai isteriku,
Tenanglah kau disana.
Aku harap kita dapat bersama di Syurganya.
9 bulan engkau menderita dan sengsara, akhirnya derita itu tamat.
Tiada ungkapan yang aku mampu katakan selain selamat tinggal bidadari hatiku.

Firash berdiri di sebelah kubur Irene yang masih merah. Dia bersama Syahirah dan Rayyan amat sedih dengan pemergian Irene terutamanya Firash. Pengebumian dilakukan selepas solat zohor kerana dia mengambil peperiksaan terpenting sekali dalam hidupnya.

"Dahlah Firash, dia dah takda. Kitaorang pun sedih. Tapi kalau kau terus macam ni, dia lagi sedih dekat sana" kata Rayyan menepuk belakang bahu Firash. Firash mengangguk.

Dia kembali mengcangkung di sebelah kubur Irene. Menggenggam tanah kubur itu.

"Sayang, saya balik dulu. Insyaallah, ada masa saya datang lagi. Sayang jangan risau, insyaallah, dah sampai masa, saya akan berjumpa dengan Sayang dekat sana. Saya balik dulu, assalamualaikum buah hati" kata Firash.

Syahirah yang tidak dapat menahan sebak itu terus memeluk Rayyan dengan erat. Sahabatnya, Farisha Irene, sudah kembali ke rahmatullah. Tenanglah kau disana wahai sahabat, jangan lupa untuk tarik aku ke syurga nanti.

Firash bangun dari cangkungnya. Air mata mengalir laju segera dilap.

"Jom, ada masa nanti kita datang lagi" kata Firash. Syahirah dan Rayyan hanya menurut.

Firash pulang ke rumah. Terdapat ramai tetamu yang hadir untuk majlis tahlil malam ini. Dirinya amat penat. Dia tidak melangkah masuk ke bilik dia dan Irene malah masuk ke dalam bilik tetamu. Baginya, bilik itu penuh dengan kenangan bersama isterinya yang tercinta.

Dia menolak pintu bilik dengan perlahan. Dia duduk di birai katil.

"Ha sayang!" Kata Firash sambil memaling ke belakang. Namun hampa, itu hanya tinggal kenangan. Sekarang, dia hanya terbayang kenangan manis bersama Irene.

Bergaduh, bermanja, bermesra.

Itulah yang dia kenangkan sekarang. Kehilangan seseorang yang dicintai bukan mudah untuk dilupai.

Tok tok!!

Pintu bilik diketuk perlahan. Tersembullah muka Fateen, kakak iparnya itu.

"Firash, janganlah terus sedih macam ni. Akak tahu kamu sayangkan dia. Tapi ini dah ketentuan ilahi. Dia sayangkan Irene. Siapa kita untuk menolak ketentuan dia." Kata Fateen.

"Tapi kak, Firash tak tahan. Firash terlalu rindukan dia. Kak, Firash nak akak bagitahu ibu, Firash nak pindah keluar dari rumah ni. Sekejap, tak lama pun. 3 tahun je. Rumah ni terlalu banyak kenangan Irene." Kata Firash. Fateen mengangguk.

Fateen ingin melangkah keluar tapi langkahnya terhenti,

"Akak sayangkan dia sama macam kamu sayangkan dia. Akak keluar dulu" kata Fateen. Pintu bilik ditutup rapat.

Firash berbaring di atas katil itu. Akhirnya, dia tertidur di dalam kepenatan.

Setahun kemudian,

Harini ialah hari yang paling gementar buat pelajar pelajar tingkatan 5 termasuklah Firash kerana mereka akan mengambil result SPM mereka.

"Woi Ray, cepat sikitlah! Nanti lambat!" Jerit Firash dari dalam kereta. Syahirah yang berada di tempat duduk belakang hanya tergelak kecil.

"Ye ye , sabarlah! Aku tengah pakai kasut ni, tak nampak ke?!" Balas Rayyan dengan kuat. Oi mak, bingit telinga.

"Eh tak, tak nampak. Ingatkan tadi tengah masak nasi goreng. Lapar ni" kata Firash dengan nada perli.

Rayyan bingkas bangun selepas siap dari memakai kasutnya lalu membuka pintu sebelah penumpang di hadapan. Kereta BMW milik Firash bergerak laju di atas jalan menuju ke sekolah mereka.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now