Bab 25 🌸

377 10 0
                                    

   Setelah 2 minggu exam, akhirnya mereka tamat juga exam awal tahun.

"Fuh, nasib dah habis exam, kalau tak, makin parah otak aku nak kena hadam apa yang masuk masa study" kata Rayyan. Syahirah mencubit lengan Rayyan. Semua tergelak.

"Jom, lepak. Aku belanja" kata Firash. Irene menarik lengan Firash dan ditarik ke tempat jauh sikit. Syahirah dan Rayyan mengerutkan dahi mereka.

"Apa ni tarik tarik lengan saya ni?" tanya Firash lembut.

"Awak dah lupa ke yang lepas je habis sekolah, saya kena pergi buat kemotherapi?" kata Irene. Firash menepuk dahinya. Macam mana pulak boleh lupa ni?

"Er, awak call doktor Sabrina. Kemo awak tu tunda esok. Harini kita have fun lah sayang" kata Firash. Irene mengeluh. Memang dalam kepala otak dia nak have fun je ke?

"Ish yelah" kata Irene lalu kembali semula kepada Syahirah dan Rayyan. Syahirah memgangkat keningnya.

"Harini, hari first aku kena buat kemo. Tapi takpelah, aku tunda esok." kata Irene lalu masuk ke dalam kereta Range Rover milik Firash. Firash yang baru sampai di hadapan Syahirah dan Rayyan itu hanya menunjuk ke arah Irene yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Er, kita jumpa dekat Starbuck" kata Firash lalu masuk ke dalam kereta.

Firash masuk ke dalam Range Rover itu lalu memandang ke arah Irene.

"Awak.. Sorry, saya bukan sengaja taknak bawak awak pergi kemo tu. Esok pun bolehkan?" kata Firash. Irene memandang Firash.

"Saya takut. Lebih baik tak payah buat. Nanti rambut saya akan gugur, muka saya pucat. Badan saya jadi lemah. Biarlah saya macam ni. Saya lagi rela makan ubat daripada buat kemo." kata Irene. Matanya berair.

"Shhh, saya tak kisah semua tu. You're my angel. You're my wife. Tak kisahlah rupanya awak macam mana sekalipun, saya tetap sayang awak" kata Firash. Irene ditarik dalam pelukan.

"Dah, jom kita pergi Starbuck." kata Firash. Irene mengangguk. Perjalanan diteruskan.

"Awak nak apa datang sini ha? Maaf, bukan saya taknak ikut awak, saya dah terseksa hidup dengan awak!" kata Diana kuat dari dalam rumah. Haikal diluar pagar rumah hanya menunggu Diana keluar.

"Aku janji aku akan jaga kau elok elok. Kita mulakan hidup baru. Kita akan jadi family bahagia bersama bakal anak kita" kata Haikal dari luar rumah.

Boleh percaya ke dia ni? No Diana, no!

"Tak kisahlah awak nak kata apa sekalipun, saya tetap takkan ikut awak. Bagi saya, awak ni dayus!" kata Diana lalu menutup pintu dengan rapat. Haikal meraup wajahnya. Plan kali ni gagal!

"Kau tunggu Diana, kau tunggu." kata Haikal lalu menaiki keretanya semula. Diana yang sedang menyorok disebalik tirai tu kembali melihat ke luar. Nasib dia dah pergi.

"Baby, mummy janji mummy akan jaga baby bila baby dah keluar nanti." kata Diana sambil mengusap perutnya yang masih leper itu.

"Mana adik dengan Rene, abang?" tanya Datin Dahlia. Sudah pukul 5 petang masih belum balik.

"Diorang pergi lepak dengan Syahirah dan Ray. Ray call tadi" kata Dato Faizal.

"Harini Rene kan ada kemo, kenapa pergi lepak pulak?" kata Datin Dahlia lagi.

"Kemo tu ditunda esok. Adik yang suruh. Biarlah, bagi mereka happy dulu." kata Dato Faizal lalu menyambung membaca surat khabarnya di koridor rumah.

Pin!! Pin!!

"Ha siapa pulak tu?" kata Dato Faizal. Datin Dahlia mengangkat bahu lalu pergi ke pintu. Kelihatan sebuah kereta Audi terparkir di hadapan pagar rumah.

Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan berdiri di hadapan pagar. Dato Faizal dan Datin Dahlia segera pergi ke arah lelaki itu.

"Ye dik, cari siapa ye?" tanya Datin Dahlia lembut. Lelaki itu tersenyum.

"Saya Naim. Naim Naufal. Abang sedara Farisha" kata Naim. Macam mana dia tahu rumah Irene dan Firash? Sebab masa dekat hospital, Naim yang merawat Irene.

"Oh, masuklah dulu" jemput Dato Faizal.

"Eh takpelah, dia ada? Saya nak bagi hadiah ni dekat dia" kata Naim sambil menghulurkan sebuah kotak kecil.

Datin Dahlia menyambut huluran itu..

"Dia tak ada. Dia keluar dengan suami dia. Nanti dia balik" kata Naim. Suami? Ingatkan tipu rupanya betul.

"Lelaki yang bawa dia ke hospital haritu tu, suami dia? Means bukan kawan dia lah?" kata Naim terkejut.

"Ye, bukan kawan dia. Tu suami dia. Mereka dah berkahwin 2 bulan." kata Dato Faizal sambil tergelak kecil.

Naim tertunduk ke bawah. Farisha, abang dah lama suka Farisha.

"Er takpelah, saya balik dulu. Kirim salam dekat dia dengan suami dia. Assalamualaikum" kata Naim lalu masuk ke dalam keretanya semula.

Dato Faizal dan Datin Dahlia masuk ke dalam rumah semula.

"Awak nak makan apa?" tanya Rayyan kepada Syahirah. Firash dan Irene hanya memerhari pasangan dua sejoli itu. Kalah orang yang sudah berkahwin itu.

"Apa apa je. Makan hati awak pun boleh" kata Syahirah tergelak. Firash dan Irene sudah buat muka mahu muntah. Eee pleaselah.

"Eee korang, kalau nak bersawit tu, pergi duduk jauh jauh sanalah. Semak sini je" kata Firash menghalau mereka.

"Entah, kitaorang dah kahwin ni pun takdelah nak bersawit bagai" kata Irene. Syahirah dan Rayyan sudah membuat muka. Fikir lawa dengan hensem ke buat muka macam tu?

Makanan yang dipesan oleh Firash dan Irene yang diorder 25 minit tadi sudah sampai. Tapi Rayyan dan Syahirah masih lagi memilih makanan. Masalah betul dua ekor ni.

"Wahh sedapnya bau makanan kau Rene!" kata Syahirah melihat makanan Irene.

"Dahtu, orderlah. Nak pening apa lagi" kata Firash.

"Taknaklah. Ha miss, give one chicken chop with blackpaper sauce and one apple juice" kata Syahirah. Pelayan itu terus pergi setelah mendapat pesanan.

"Complicatednya kau" kata Irene sambil menyuap mee di dalam mulutnya. Firash menggeleng sambil menyuapkan nasi di dalam mulut.

"Biarlah, kan awak?" kata Syahirah. Rayyan hanya mengangguk. Layan ajelah bakal isteri nak makan apa. Lebih baik dia minta makanan dari minta benda lain.

"Thanks korang lepak dengan aku dan Irene." kata Firash. Syahirah dan Rayyan tersenyum lalu mengangguk.

"Aku doakan kau dipermudahkan esok. Esok cutikan? Aku teman kau ye dekat hospital" kata Syahirah. Irene mengangguk. Mereka berpelukan sebelum pulang ke rumah.

Aku Yang Kau Cintai Where stories live. Discover now