Bab 1

7.2K 382 52
                                    

Apa itu crush ? Crush bermaksud orang yang kita suka atau pun minat dalam diam. Berlainan pulak makna dengan jodoh. Apa itu jodoh ? Jodoh bermaksud jika perhubungan anda berkekalan, jika ada rezeki, jika tiada aral melintang maka bersatu juga lah anda.

Kelihatan seorang gadis berbaju biru tanda pakaian seorang pengawas sekolah sedang duduk di bangku kantin menantikan kehadiran seseorang.Di perhati sekeliling mencari kelibat seseorang.

" Ish mana dia ni ? Cakap nak jumpa dekat kantin sebelum masuk dewan ? " ngomel Adelia sendiri.

Gadis berumur 17. Diberi nama Nurul Nurin Adelia. Kini sedang mendudukki peperiksaan SPM.

" Bahhhhh ! " sergah seseorang dari belakang.

" Astagfiruallahalazim ! " melatah Adelia terkejut bukan kepalang. Haish nasib perkataan yang baik sahaja keluar. Kalau aku melatah benda lain macam mana ? Tak ke naya ?

Kedengaran suara orang ketawa berdekah - dekah kepada Adelia.Siapa lagi kalau bukan si tukang sergah lah.Ni hah kawan baik si Adelia punya kerja iaitu Naura Medina.

" Ish kau ni Naura. Kalau tak terkejut aku memang tak sah kan ? " bebel Adelia.

" Hahaha sorry lah babe..Hah ni kau buat apa dekat sini sorang-sorang? Tunggu siapa ? Tunggu kekasih hati ke kak ? " kata Naura.

Adelia tersenyum senget.

" Hahahaha tak ada maknanya aku tunggu kekasih hati lah...kekasih pun tak hado.." kata Adelia.

" Iya lah kekasih hati tak ada..tapi crush di hati ada kan ? " kata Naura tahu akan isi hati kawan baiknya, Adelia.

" Adelia ! " teriak seseorang dari jauh.

Mata Adelia dan Naura terus terarah ke arah seseorang yang sedang berlari menuju ke arah mereka. Seorang jejaka tampan yang mengenakan baju biru juga pada dirinya.Means pengawas sekolah juga lah.

" Hah tu crush di hati kau dah sampai.." bisik Naura.

Disiku terus Naura dengan Adelia.

" Sorry..Adelia..aku lambat tadi aku jumpa cikgu pengawas sekejap..mesti kau dah lama tunggu aku enn ? " kata Aman.

Adelia tersenyum lebar lalu menggeleng.

" Tak ada lah..tak lama pun.." nafi Adelia.

Eleh actually memang lama pun dia tunggu. Tadi punya duk membebel sendiri. Ni bila dah sampai depan mata baru nak nafikan bagai.

Aman atau nama penuh Muhammad Aman Syazmy. Ketua pengawas SMK Saujana Permai. Aman adalah ketua pengawas yang paling top dalam sekolah tersebut. Ketampanan dan kebijaksanaannya maka dia digilai dan disukai oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah mereka. Tak kira dari form 1 hingga lah ke form 5.

Untuk pengetahuan, Adelia juga merupakan penolong ketua pengawas a.k.a penolong Aman Syazmy la. By the way even ramai budak perempuan suka dan terkejar-kejarkan Aman tapi Aman just berkawan dengan Adelia.Dia paling rapat dengan budak perempuan di sekolahnya juga hanya dengan Adelia.

" Amboi..Aman..kau tegur Adelia aje kan ? Memang aku tak wujud pun dekat sini kan ? " tegur Naura akhirnya.

" Oppss sorry..aku ingatkan tiang kantin tadi.." kata Aman selamba.

Naura memandang tajam ke arah Aman. Aman hanya tersengeh seperti kerang busuk.

Adelia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng melihat telatah Naura dan Aman. Hmm act memang betul kata Naura. Aman memang crush Adelia. Keakraban yang terjalin di antara dirinya dengan Aman telah membuahkan satu perasaan suka terhadap Aman dalam diam.Sudah lama Adelia menyimpan perasaan ini terhadap Aman.

Crush Ke Jodoh ? Where stories live. Discover now