"Kau kena jumpa dia juga. Kena cakap dengan dia pasal hal ni. Benda ni tak boleh pandang endah tak endah. Silap hari bulan kalau ikutkan hati jahat, boleh berbunuhan Fawwaz oi..." Bicara Saiful sambil mengelap aksesori-aksesori kamera yang ada. Ketika itu dia dan Fawwaz berada di Peektures Studio. Masa mereka masih lagi berbaki sementara tunggu waktu habis.
"Kalau aku cakap kau rasa dia nak terima ke? Ni soal hati weh. Aku tak rasa dia senang je akan terima apa yang aku nak kata ni." Balas Fawwaz pula. Matanya hanya memandang perlakuan Saiful yang membuat kerja itu. Dia tidak pula tidak membantu sebaliknya hanya menilik sesuatu di kamera DSLR Canon EOS 800D. Camera yang baru dibeli lagi yang berharga hampir RM5000 di mana akan menjadi kamera kesayangannya. Sempat dia merakam gambar Saiful yang membuat muka ketat itu. Jejaka itu tidak sedar langsung gambarnya diambil curi-curi oleh Fawwaz.
"Alah.. Belum cuba belum tahu. Tak salah kalau kau cuba. Mana tahu hati dia lembut. Lagi satu, kau kan pernah kata yang Izham tu walaupun dia boleh digelar sebagai penyondol. Dari segi perangai dia yang lain dia ambil berat gak kan dekat kau? Masa kau tinggal dengan bapak kau time kecil dulu dia layan kau jugak kan sebagai adik dia?" Pantas Fawwaz mengangguk. Satu kenyataan dia dia tidak boleh tipu. Daniel memang melayaninya dengan baik walaupun mereka bukan seibu.
"Aku ingat lagi masa aku kena bedal dengan mak dia dulu. Masa tu aku tak tahu apa salah aku. Kau bayangkan masa tu aku baru empat tahun. Aku kena bedal dengan batang paip yang tukang kebun dato tu guna nak siram pokok bunga. Boleh tahan besar, do. Tiba-tiba Am datang selamatkan aku. Dia peluk aku kuat-kuat sebab tak nak mak dia pukul aku. Mak dia macam kena rasuk. Tak sedar yang dia terpukul anak dia sendiri. Lepas dia sedar, tengok je Am. Dua-dua badan kami naik lebam.
Lagi mengamuk lah orang tua tu. Lagi teruk aku kena kerja. Dia kurung aku dekat bilik stor yang gelap, bau hapak tu weh. Dengan tak bagi makan dengan minum. Dia tak peduli masa tu aku nak pergi tandas ke apa ke. Izham! Aku mengaku dia baik dengan aku. Dia sanggup curi makanan dekat dapur. Nak bagi aku makan. Aku tak tahu mana dia dapat kunci stor. Rasanya dia ambil dawai besi apa-apa je untuk buka tombol tu. Kau bayangkan, Pul.
Aku dengan keadaan lapar dengan dahaga, menggigil tengok makanan. Betapa laparnya aku time tu sampai lembik. Dia suapkan aku. Dia lap air mata aku ni." Tanpa Fawwaz sedari air mata dia berguguran ke pipi. Cepat-cepat dia sapu air matanya. Siapa yang tak sedih bila ingat peristiwa hitam yang berlaku sendiri dalam hidup kita, kan? Jangan tipu kalau takde.
Saiful mengamati wajah Fawwaz yang merah itu. Dia dapat rasakan yang Fawwaz amat mengasihi Daniel Izham. Pertalian silaturahim antara adik-beradik takkan terputus biarpun dipisahkan dengan ajal. Biarpun Fawwaz bermusuhan dengan bapa dan ibu tirinya namun, dia yakin dalam hati Fawwaz masih ada juga sekelumit perasaan sayangnya kepada Tan Sri Iskandar. Sama juga sayangnya dengan Daniel. Namun, dia tidak salahkan Fawwaz kerana berpelakuan begini.
Dari kecil hingga ke besar, Tan Sri Iskandar tidak pernah melayani Fawwaz seperti anaknya. Dia hanya mengambil Fawwaz duduk dengan dulu hanya kerana ingi sakitkan hati Puan Vita Mahyuni di atas permintaan Puan Sri Diana. Sungguh busuk hati seorang yang bergelar wanita itu. Dia sanggup buat apa saja asalkan hatinya puas. Seketika Saiful melepaskan nafas berat.
"Aku faham perasaan kau, Waz. Walaupun aku takde dekat tempat kau aku boleh rasa derita yang kau alami. In Sha Allah, kau percaya cakap aku. Dia sayangkan kau sebab kau ni adik dia. Masa kecil dulu dia rela kena pukul dengan mak dia. Tak mustahil sekarang dia rela juga lepaskan Sofea demi kau." Kata Saiful.
"Tapi, dia sanggup ke tengok aku dengan Sofea sebagai laki bini?"
"Dah tu, kau pula nak tengok dia jadi laki Sofea?" Balas Saiful kasar. Geram pula dengan Fawwaz. Orang dah bagi nasihat, nak susah hati apa lagi. Fawwaz terdiam. Sedikit tersentap dengan kata-kata dari Saiful.
"Aku... Aku cuba cakap dekat dia." Saiful tersenyum.
"Yelah.. Kau cuba dulu. Kalau dia hidup dengan Sofea pun tak guna. Sofea bukan suka dekat dia. Si Rayyan tu pun tak suka dia, kan? Aku pernah tanya dia suka kau ke Am. Dia cakap dia suka kau."
"Masa bila kau cakap dengan dia ni?"
"Hari tu masa kau bawa dia lepak studio. Aku saja borak-borak dengan dia. Ramah kemain." Balas Saiful acuh tak acuh. Dia menyambung kembali perkerjaannya tadi.
"Menyempat eh, kau tanya dia?"
"Dah tu, nak tanya apa je? Alah... Benda kecil takkan kau nak marah? Rayyan tu ke main puji kau. Naik jelous aku."
"Jelous apa pula?"
"Maunya tak. Aku tanya dia antara aku dengan kau mana lagi handsome. Dia boleh jawab kau lagi handsome sebab aku ni tak cukup tinggi macam kau. Dia nak cakap yang aku ni pendek tapi tak sampai hati. Harey!"
"Hahahha!" Fawwaz bantai gelak.
"Dengan budak pun nak sentap ke? Bodoh!" Fawwaz masih lagi ketawa. Rayyan... Rayyan... Betullah orang kata budak-budak ni lurus. Saiful menjongket hidung tanda tak puas hati.
"Tapi, mana ada aku pendek sangat.
Tinggi aku takat paras telinga kau je. Normal lah kan."
"Suka hati kau lah. Malas aku nak layan. Jom, nak solat asar jap. Aku belum solat lagi ni. Tapi, nak pergi masjid depan tu sebelum balik. Malas nak solat sini." Saiful hanya mengangguk manakala Fawwaz kembali menyimpan kamera ke dalam beg lalu digalas.
"Pergilah. Aku dah solat..." Fawwaz mengangguk. Sebelum kakinya mahu melangkah pergi. Suara Saiful bergema lagi.
"Wazz.. Aku harap kau dengar cakap aku tadi. Kau kena jumpa dengan Am.
Terangkan dengan dia baik-baik. Ingat satu je! Api tak boleh lawan dengan api. Kau kena sabar kalau dia marah-marah nanti. Seeloknya kau jumpa dia cepat-cepat. Kalau dia dapat tahu kau dah kahwin dengan Sofea nanti. Aku takut dia berdendam." Sempat lagi Saiful menasihati Fawwaz. Fawwaz tersenyum ikhlas.
"Thanks, Pul. Tengok malam ni atau pun esok aku jumpa dia. Kau doakan aku, ye? Jom. Aku balik dulu." Fawwaz melangkah laju ke muka pintu. Dalam hatinya sedikit berdebar macam mana reaksi Daniel nanti. Adakah semuanya akan selamat?
Sama-sama kita nantikan..
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomansaIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
