Hali sedang duduk termenung di meja kelasnya sambil melihat di luar tingkap. Pandangannya kosong dan agak kelihatan kecewa.
Hali: Haiih...bosannya...
Hali merebahkan kepalanya di atas meja belajarnya. Baru sahaja dia dan classmatenya selesai memperkenalkan diri masing-masing dan memilih ahli jawatan kuasa untuk kelas mereka.
Untungnya Hali, memandangkan dia arif dalam seni mempertahankan diri dan di dalam pembelajaran. Selepas beberapa soalan kuiz dan sesi berlawan sahaja dia dengan mudah mendapat gelaran President Kelas Ketenteraan.
Tak seperti kelas lain, kelas ketenteraan kalau nak dapat jawatan, mereka wajib jawab beberapa soalan yang menguji minda dan mereka juga wajib menggunakan ilmu seni mempertahankan diri dan gunakannya sebagai demo sekiranya ada musuh menyerang sewaktu mereka tiada alat dan senjata.
Hali yang merupakan pemegang utama pingat, piala dan tali pinggang kelab seni mempertahankan diri seperti karate, taekwondo dan silat dengan mudah dan adil mendapatkan jawatan presiden.
Hali sudah biasa mendapat pandangan tinggi dari orang ramai kerana sudah lama dia ceburi bidang seni mempertahankan diri. Sejak sekolah rendah lagi. Dan berkat sokongan kembarnya, diikuti sokongan 'extra kasih sayang' Gempa, Hali dapat mengimbangkan aktiviti kokurikulum dan akademiknya. Lebih-lebih lagi Math. Terbaiklah Hali.
Cikgu: Baiklah, kelas kamu semua yang seterusnya ialah teras kedua yang kamu pilih. Kamu boleh beredar ke kelas masing-masing mengikut jadual individu yang telah kamu dapat.
Hali bangun dari duduknya lalu memikul beg galasnya. Dia berjalan keluar dari kelasnya lalu menuruni tangga untuk ke bangunan tingkat 2. Di situ akan dia masuk ke dalam kelas Prinsip Akaun yang dia memang sengaja ambil kerana dia terlintas langsung untuk meneruskan legasi KokoTiam Tok Aba.
Kreaakk!
Hali membuka pintu kelas teras tersebut. Dan dia memandang pelajar di dalam kelas tersebut. Semua memandangnya takut. Namun Hali mengendahkan mereka dan terus sahaja masuk untuk belajar.
Cikgu: Ok, memandangkan salah seorang dari pelajar kita sekarang tengah sibuk dengan hal dia. Cikgu nak minta tolong salah seorang dari kamu tolong catatkan nota untuk dia ya?
Yaya: Err...Cikgu! Saya boleh tolong catatkan.
Cikgu: Baiklah Yaya. Terima kasih.
Yaya: Sama-sama!
Hali hanya menjeling ke arah Yaya yang berada di belakang kanannya. Dia kemudian menoleh ke depan dan terpandang Gopal di depannya.
Gopal: Dey, aku tak tahu pun kau ambil kelas ni.
Hali: Jadi?
Gopal: Kuat juga jodoh korang ni. Dey, Yaya! Kau tak nak cakap apa-apa dekat Hali ke?
Hali menoleh ke belakang melihat ke arah Yaya yang kebetulan memandang mereka sebaik sahaja dia dipanggil oleh Gopal.
Yaya: Apa?
Gopal: Tak nak cakap hi dekat Hali ke?
Yaya: Oh..uhhh..hai Hali! 😅
Hali hanya rolling eyes sebelum dia memandang ke depan semula untuk fokus ke depan. Tak nak layan Gopal dan Yaya kerana baginya tak penting.
Yelah, dia bukan Taufan atau Blaze mahupun Gempa yang baik dan sudi layan sahabat mereka. Hanya dengan Gempa sahaja Hali menunjukkan sifatnya yang sebenar. Orang lain, dia tidak berminat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hali berjalan menuju ke meja guru yang mengajarnya akaun. Dia menghantarkan kertas soalan kuiz yang diberikan oleh gurunya itu sebentar tadi.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...