Hembusan angin bayu di pagi hari menyapa wajah seseorang yang sedang termenung di tingkap koridor sekolah. Dia sedang termenungkan sesuatu yang membuatkan wajahnya sayu. Kadang, dia akan menarik dan menghembus nafas kecewa. Kadang membenamkan wajahnya di tangannya yang dilipat bersama di atas koridor itu. Segala kerunsingannya diperhatikan oleh seseorang.
Orang itu berjalan menghampirinya. Dibetulkan sedikit cermin matanya untuk meyakinkan sedikit dirinya.
Fang: Taufan?
Taufan: Hn?
Taufan menoleh. Dia ternampak Fang sedang berdiri di sebelahnya dengan jarak yang agak jauh. Tak sangka suara panggilan Fang tadi cukup didengari oleh Taufan.
Fang berjalan lebih dekat.
Fang: Uuhh..itu...kau ok?
Taufan memandang Fang lama. Fang sudah kalut sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Malu untuk bercakap lama pada Taufan di hadapannya.
Taufan: (senyum) Aku ok Fang.
Fang memandang Taufan dalam. Adakah betul apa yang dikatakan oleh Taufan?
Fang: Taufan, kalau kau ada masalah share lah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke?
Taufan: Heheh! Terima kasih Fang! Tapi...aku tak rasa kot kau boleh tolong. Lainlah kalau itu masalah aku, kan?
Fang: Huh? Kenapa? Siapa punya masalah?
Taufan: Itu...Hali dan Gempa.
Fang berjalan mendekati Taufan dengan pandangan terkejut. Kenapa? Sebab Hali dan Gempa kan cukup terkenal dengan attitude mereka yang sekiranya tiada yang mencari masalah, mereka tidak akan mulakan apa-apa masalah.
Ditambah pula perwatakan Gempa yang sentiasa tenang dan sabar. Sudah tentu AMATLAH mustahil untuk Gempa bertengkar dengan sesiapa. Paling kuat membuktikan hal itu adalah kerana Halilintar dan Gempa saling menghormati antara satu sama lain. Mereka sering berpendapat yang sama dan bersetuju di tempat yang sama.
Fang: Jadi...macam mana mereka?
Taufan: Macam tulah. Kau faham tak Fang? Ship kau yang kau sayang selama ni dah rosak. Macam nak tenggelam di dasar laut macam tu.
Fang memandang Taufan dengan sweatdrop. Melampau betul dia punya kecewa ni.
Fang: Jangan risaulah. Mesti diorang berbaik semula nanti.
Taufan: Tapi berapa lama ya? Diorang paling lama gaduh pun 3 hari je. Aku takut kalau esok lusa masih di situasi yang sama.
Fang menepuk kepala Taufan sambil tersenyum. Taufan memandang ke arah Fang.
Fang: Jangan risau. Aku yakin pasti ada caranya.
Taufan: (senyum) Terima kasih, Fang! Terbaiklah kau.
Taufan memeluk Fang erat. Fang yang menerima pelukan tersebut terus kemerahan wajahnya. Jantungnya berdegup kencang apabila Taufan berbuat demikian.
.
.
.Waktu rehat, Solar berjalan bersama Thorn. Itupun disebabkan permintaan Thorn. Kerana Solar tahu, mood Thorn tidak berapa baik sejak 2 menjak ni. Disebabkan hubungan HaliGem yang tiba-tiba dingin, habis semua penghuni rumah di dalam rumah kembar 7 itu tidak ceria seperti biasa.
Solar: Kau...masih risaukan Mama dan Papa?
Thorn memandang Solar. Dia mengangguk kecil.
Thorn: Thorn takut. Kalau Mama dan Papa dah tak bersama macam biasa. Papa pun dah macam asyik mengelak dari duduk rumah.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...