•°•♥◆◇Waktu Sekarang◇◆♥•°•<<
Thorn: Waahh~ tahniah Mama dan Papa dah bersama~ 😄 (tepuk tangan)
Gempa: Eheh... Err... T-terima kasih.
Hali: ...
Taufan dan Solar saling mengerling antara satu sama lain apabila mereka berdua perasan yang Hali hanya diam sahaja. Masing-masing berprasangkakan sesuatu yang mereka yakin ada makna disebaliknya dan itu merupakan salah satu dari kebenaran.
Solar: Hali, apsal kau diam je?
Hali: Takde apa.
Blaze: Hmm... Ais kata korang ada gaduh. Jadi apa yang menyebabkan korang berdua bergaduh?
Serentak Hali dan Gempa diam bersama. Gempa menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir manakala Hali hanya diam tidak berkelip dari pandangan dinginnya.
Solar: Apsal diam? Woi, Hali. Kau seharusnya tahu kan tentang semua ni?
Hali: Apsal kau asyik tanya aku je hah?
Solar: Sebab kau yang seksa Gempa, kan?
Hali: Itu bukan seksa lah!!
Solar: Habis tu apa?! Ais sendiri kata kau pukul Gempa kan!?
Hali: Kalau ya pun apa kaitannya dengan kau?!
Solar: Itu sebab-!!
Solar terhenti dari berkata-kata. Dia nyaris terlepas sesuatu yang dia takuti. Hali mengerutkan dahinya tidak faham apa yang ingin Solar sampaikan namun Taufan mengerti. Dia menepuk bahu Solar lembut.
Taufan: Maksud Solar ialah itu sebab Gempa adalah saudara kami yang kami sayang. Kami juga tertanya... (silangkan kaki) ... Apa salah Gempa yang baik dan suci ni di mata kau sampai kau sanggup pukul dan deritakan dia?
Taufan melemparkan pandangan dingin dan sinis ke arah Hali dan hanya Hali yang menyedarinya. Hali mula menggenggamkan kedua belah tangannya geram. Giginya diketap menahan diri dari amarah yang kian membangkit.
Hali: Kau ingat aku boleh kawal ke diri aku pada waktu tu?
Ais: Kenapa? Kau cemburu buta lagi?
Hali menundukkan kepalanya kesal setelah mendengar suara dan pertanyaan sinis Ais. Jika diikutkan hati, mahu saja dia aktifkan kuasa halilintarnya dan menyerang Taufan, Ais dan Solar yang seolah-olah tidak habis-habis memperendahkannya.
Hali: I-itu aku...
Gempa: Maafkan Halilintar korang. Tapi aku tak rasa kesemuanya salah Halilintar. Aku yang banyak buat silap dan membuatkan Halilintar marah.
Semua mata tertumpu pada Gempa. Gempa menundukkan kepalanya dari terus bertentang mata kepada yang lain.
Gempa: Aku patut tahu... Yang aku dan Halilintar ni bersama. Tetapi aku hanya mengabaikan sahaja perasaan Halilintar dan terus layan semua sama rata.
Taufan: Apa maksud kau..?
Gempa: Selepas kejadian malam tu, aku semakin banyak terlibat dalam hal Majlis Perwakilan Pelajar. Dan aku juga kerap balik lambat. Paling teruk... A-aku selalu banyak luangkan masa dengan korang dan kawan-kawan kita dan Halilintar... Aku tidak pedulikan dia langsung.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanficStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...