Prepairation Day! Pt. 2 (31)

362 23 2
                                    

Hali: Ha- chuumm!!

Hali melepaskan bersinnya ke sisi kirinya. Selepas itu, dia sambung berjalan menuju ke mesin air yang berada di hadapannya.

Klik!
Klang!!

Hali mencapai air yang dibelinya dari peti mesin tersebut lalu membuka penutupnya. Dalam pada dia sedang menikmati air tersebut, dia ternampak kelibat seseorang yang amat dikenalinya sedang berjalan sambil membawa sekotak besar barang yang berisi kertas dan fail.

Hali termenung lama memandang orang itu. Selepas sahaja airnya habis, dia terus membuangnya masuk ke dalam tong sampah lalu mengejar orang tadi.

.
.
.

Hali: Gem!

Hali memanggil Gempa yang sedang berjalan mendahuluinya. Mendengar na dipanggil, Gempa terus menoleh dan melihat Hali sedang berjalan menghampirinya.

Gempa: Hi, Halilintar! Kenapa ni?

Hali: Ah, tak. Kau masih ada kerja lagi ke?

Hali melirik ke arah kotak yang berisi begitu banyak fail dan dan kertas. Setelah itu dia memandang ke arah Gempa semula. Gempa mengangguk kecil sambil mengukirkan senyumannya.
Gempa: Masih ada lagi. Lagipun hari festival kan dah nak dekat. Jadi aku kena banyak tolong kalau tak nak habiskan wang dari meminta tolong pekerja.

Hali terdiam seketika seolah-olah sedang berfikir. Namun seketikan kemudian, terus kotak yang berada di pegangan Gempa diambilnya dan diusunnya.

Gempa: Eh?! Ha-Halilintar kenapa kau ambil kotak aku?

Hali: Biarlah aku angkat. Kang nanti kau yang angkat sakit situ sini pula.

Gempa: Te-tapi..!!

Belum sempat Gempa mahu menghalang Hali, lelaki itu sudah terlebih dahulu berjalan meninggalkan Gempa sendirian. Gempa yang terpinga-pinga terus berlari-lari anak mengejar Hali yang berlalu meninggalkannya.

.
.
.

Yaya: Letakkannya di situ.

Yaya mengarahkan beberapa orang pelajar lelaki lain yang sedang mengusun sebuah meja dibawa ke satu sudut di atas padang sekolah. Di tangannya lengkap dengan senarai aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan sebelum festival mereka berlangsung.

Dalam kesibukan dan keramaian itu, Yaya ternampak Gempa bersama Hali sedang berjalan seiring sejalan bersama-sama mendekatinya. Gempa melambaikan tangannya mesra ke arah Yaya dan dibalas dengan hal yang sama oleh gadis itu.

Gempa: Hi, Yaya. Ini kotak yang kau minta tolong tu. Ada apa-apa lagi yang perlu dilakukan tak?

Yaya: Terima kasih. Hali, kau letak je kat sini.

Hali hanya sekadar akur sahaja dan meletakkan kotak yang diangkatnya di tempat yang Yaya sudah arahkan.

Yaya: Hmmm... Aku rasa dah takde kot. Korang nak masuk ke kelas pun dah boleh dah. Lagipun Gempa perlulah kejar balik apa yang nak dipelajari, kan? Kau dah banyak tertinggal, Gempa. Kesian aku tengok kau.

Gempa: Eheheh... Nak buat macam mana. Dah tanggungjawab aku. Tapi aku tak kisah, sebab aku kan boleh je pinjam nota kau?

Gempa tersenyum senget ke arah Yaya sambil memaparkan senyuman tidak bersalah nya. Yaya yang melihat hanya mampu menggeleng dan tertawa kecil.

Yaya: Ada-ada jelah kau ni. Oklah, aku ada banyak lagi nak kena uruskan ni. Bye!

Dan Yaya pun berlalu pergi selepas melambaikan tangannya kepada Hali dan Gempa. Gempa membalas lambaian Yaya manakala Hali hanya diam bersahaja. Gempa menoleh ke arah Hali.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now