AFTER SCHOOL! (20)

1.5K 95 23
                                    

Ani: (jalan masuk ke dalam scene) Ok! Kepada siapa yang dah baca part Worst.. or Sweet Fever tu korang dah boleh sambung baca part ni!

Harru: Chapter ni adalah sambungan chapter yang lepas tu. Kiranya selepas chapter HaliGem dah berbaiklah.

Ani: Hmm.. kalau dulu Mama asyik mengelat dari Papa, sekarang macam mana?

Harru: Tak payah nak tanya banyak-banyak dah. Layan je.

Ani: Ok! Jom layan! XD

.

.

.

Di bilik rawatan, kelihatan Hali sedang mengemas beg sekolahnya lalu memikulnya di belakangnya dan bersedia untuk pulang ke rumah.

Gempa: Kau betul-betul dah ok?

Gempa berjalan mendekati Hali. Di wajahnya jelas memaparkan kerisauan kepada Hali yang mana di mukanya masih dipenuhi luka dan lebam. Tidak lupa juga yang Hali masih tidak sembuh dari demamnya.

Hali hanya sekadar mengangguk menjawab. Dia melihat sahaja wajah kerisauan Gempa.

Hali: Kau tak payah risaulah. Hari ni pun kelas taekwondo aku dibatalkan. Aku boleh balik rehat.

Gempa: Uhm.. ok. Tapi aku jalan bersama kau, ya?

Hali: Huh?

Gempa: S-sebab... aku masih risau akan keadaan kau. //////

Hali tersenyum mendengar pengakuan dari mulut Gempa. Terlihat juga kemerahan di wajah Gempa yang sudah cukup membahagiakan si pengendali element petir itu.

Hali: Ok.

.
.
.

Di waktu perjalanan pulang, kelihatan Hali dan Gempa sedang berjalan seiringan dalam keadaan senyap. Namun, tangan mereka hangat bergandingan antara satu sama lain. Sedang berpegangan tangan saja sudah cukup sebagai perantaraan komunikasi baharu mereka berdua.

Gempa menjeling ke arah Hali. Kelihatan Hali sedang tersenyum seperti dalam keadaan good mood.

Gempa: Halilintar?

Hali: Hn?

Gempa: Tersenyum, senyum tu... kenapa? 😶

Hali ketawa kecil melihat wajah polos Gempa yang melentokkan kepalanya ke sisi sambil memandangnya. Hali mengusap wajah Gempa dengan tangan kanannya lalu mencubit pipi tembam Gempa kuat. Membuatkan yang dicubit meringis kesakitan.

Gempa: A-aarhh~! Sya-syakhit Hahihinthaaarr~!! QAQ

Hali: Hehehe! Tulah, lain kali jangan tunjuk sangat innocent tu.

Hali melepaskan cubitan 'ketam'nya dari wajah Gempa lalu mengusap sikit bahagian merah di pipi Gempa. Main kasar nampak Hali ni~ >:v

Gempa: Eish... aku tak innocent pun lah!

Hali: Oh? Ok~ kalau macam tu, bagitahu aku, apa sebabnya aku selalu nak tarik kau masuk bilik aku setiap malam?

Gempa: Eh? Uuhh...

Gempa membuat pose sedang berfikir. Jari mulusnya mencubit dagu kecilnya. Iris emasnya pula dijengkilkan menandakan yang dia sedang ligat berfikir. Gempa menggigit bibirnya menahan geram kerana tidak menjumpai jawapan.

Gempa: Hmm.. aku tak tahulah! Aku rasa... kau nak cubit atau pukul aku sebab aku degil dan keras kepala?

Hali: Hm, sedar pun. Tapi tak pun.

Gempa: Eh? Habistu?

Hali: Ade lah... (smirk)

Hali menjeling ke arah Gempa dengan senyuman bermaknanya. Dia melihat Gempa seolah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hali. Jadi Gempa mengembungkan pipinya sambil jari telunjuknya dilipat dan dilekatkan di bibir delimanya.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now