Di dalam bilik sakit yang disediakan dalam sekolah, kelihatan Gempa dengan wajahnya yang suram dan penuh kerisauan sedang memandang Hali yang masih lagi belum sedar dari pengsannya.
Tok tok tok!
Yaya: (intai) Gempa? Kau tak nak keluar makan sikit dulu ke?
Gempa menoleh ke arah kanan dan mendapati Yaya serta Fang dan Ying sedang melangkah masuk ke dalam bilik sakit tempat Gempa berada.
Gempa: Hm, takpe. Aku nak tunggu Halilintar sedar dulu. Korang kalau nak balik korang balik la.
Fang: Takpe ke? Kalau Hali tak sedar macam mana?
Gempa tersenyum lalu menoleh ke arah Hali semula. Diusapnya wajah kekasihnya yang masih tidak terbuka matanya itu dengan lembut seperti membelai sebuah harta yang bermakna.
Gempa: Takpe. Halilintar ni kuat. Aku yakin tak lama lagi dia akan sedar dari pengsannya.
Ketiga-tiga sahabat Gempa saling memandang antara satu sama lain sebelum akhirnya mereka terpaksa mengangguk pasrah.
Ying: Ok lah kalau macam tu. Kau dah bagitau yang lain ke belum?
Gempa: (angguk) Dah. Aku suruh diorang bertenang dan tunggu dekat rumah je. Apa-apa aku akan hubungi diorang jadi korang jangan risau.
Yaya: Ok lah kalau macam tu. Kitorang balik dulu, ya? Bye.
Gempa: Bye.
Sebaik sahaja melihat kawan-kawannya hilang dari pandangan, Gempa pun mengalihkan tumpuannya kepada Hali semula. Ditatapnya wajah yang tenang itu seolah-olah dia tidak pengsan sama sekali dan hanya lena dibuai mimpi yang lama.
Gempa: Haih... susah betul kalau sehari tak risaukan aku, hm?
Gempa mengusap-usap kepala Hali dengan lembut manakala wajahnya bertongkat dengan tangan yang satu lagi.
Hali: Urgh...
Apabila terdengar suara erangan daripada Hali, Gempa cepat-cepat bangun dari tempat duduknya dan mendekatkan dirinya pada Hali untuk melihat keadaannya.
Gempa: Halilintar? Halilintar, buka mata.
Hali: Uuhh...
Beberapa kerlipan mata dilakukan sebelum mata Hali akhirnya sepenuhnya terbuka. Iris rubynya melilau melihat keadaan sekelilingnya yang serba putih dan dihuni dengan aroma menyengat dari ubat.
Gempa: Halilintar, kau ok? Ada sakit mana-mana tak?
Hali: Uuhh... aku kat mana ni?
Gempa: Kau ada dekat bilik sakit sekolah sekarang. Kau ingat tak apa yang jadi tadi?
Hali terdiam seketika. Matanya mengerling dan memandang wajah Gempa yang nampak tenang namun masih mempunyai bait kerisauan pada masa yang sama. Hali merenung wajah Gempa lama.
Gempa: Halilintar?
Hali: ...siapa ya?
Mata Gempa membutang. Mulutnya terbuka dan badannya tiba-tiba menjadi kaku.
Tunggu. Adakah Hali-
Hali: Pfft- HAHAHAHAHAAH!!
Bagai tersedar dari hipnosis, mata Gempa kembali terkebil-kebil memandang kekasihnya. Wajah Gempa kini sungguh sukar ditafsirkan kerana perasaannya sekarang bercampur-baur dengan rasa keliru, hairan, sedih, marah dan tertanya-tanya.
Hali: Hahahahaah! Aduh, aduh sakit perut gelak! Gem patut tengok muka Gem tadi! Kelakar betul!
Gempa: H-huh...?
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...