👊 Ťe Amoŕ ⚡ Part 4 💕 (23)

1.3K 90 11
                                    

Kini hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum party hari lahir para kembaran Boboiboy bakal berlangsung. Kesemua kawan-kawan terdekat dan classmate mereka dijemput untuk pergi ke party itu nanti.

Dan semakin mendekat hari itu, aktiviti harian Gempa semakin padat. Gempa banyak kali keluar masuk kelas kerana sering dipanggil ke bilik guru dan pejabat. Tidak lupa juga beberapa orang pelajar tertinggi yang ingin berjumpa dengannya.

Ditambah pula, Gempa membuat belian online dan diletakkan alamat sekolah, jadi setiap kali barang sampai, pasti akan ada pengumuman untuk Gempa datang ambil.

Dan di sepanjang kesibukkan Gempa itulah, Hali semakin lama semakin kerap memandang Gempa dan mengambil tahu akannya dalam diam. Setiap kali dia ternampak Gempa, iris rubynya takkan pernah lari dari melihat Gempa.

.
.
.

Hali: Hari ni pun sama ke, huh..?

Hali melihat Gempa dari tingkap atas bangunan sekolah. Di telinganya dia sedang mendengar lagu dari earphone nya manakala matanya ligat melihat pergerakan Gempa di sebalik topi hitam yang dipakainya.

Dari jauh Hali memerhatikan Gempa. Melihat senyum tawa Gempa dan telatah kecuaian Gempa di saat melakukan sesuatu. Kadang-kadang Hali akan tersenyum sendirian kerana telatah Gempa yang tidak pernah dilihatnya.

???: Oi, Hali.

Hali yang seolah-olah biasa mendengar suara tadi terus membetulkan posisinya. Dia cuba mengalihkan pandangannya dari ketahuan kerana sedang memerhatikan Gempa. Namun orang yang menegur Hali jelas sekali dapat menangkap Hali sedang memerhatikan Gempa.

Hali menjeling ke arah orang yang menegurnya tadi.

Hali: Kau nak apa Taufan?

Taufan berdiri di sebelah Hali lalu menyandarkan dirinya di dinding tingkap. Taufan menjeling ke belakang. Ternampak Gempa sedang tersenyum sambil membantu seorang pelajar perempuan membawa sebuah kotak besar.

Taufan tersenyum.

Taufan: Aku pelik lah dengan kau ni.

Hali: ....

Taufan: Oi, kau masih tak nak mengaku ke?

Hali membalas jelingan Taufan. Dari situ Taufan jelas memahami bahawa Hali tidak memahami maksudnya sama sekali.

Taufan: Heh, kau masih tak faham ke apa aku cakap?

Hali: Aku takde masa nak faham apa yang kau cakap.

Taufan: Hmm~ rupanya kau pun 'slow' juga. (grin)

Hali: Kau jangan buat aku sakit hati, Taufan.

Hali menjeling Taufan dengan menahan amarah. Namun Taufan sama sekali tidak terkesan dengan pandangan itu. Mungkin dia sudah agak akan hal itu.

Taufan: Heh, baiklah. Biar aku katakannya.

Hali mengurangkan volume lagu yang didengarnya. Dia memfokuskan pendengarannya dengan apa yang bakal Taufan katakan nanti. Dia pun sendiri tidak tahu, kenapa selama ini dia lebih kepada Gempa daripada biasa.

Taufan: Kau.. dah jatuh cinta pada Gempa, kan?

Deg!
Dub dab..
Dub dab..

"Huhh...?"

Taufan's POV

Melihat dari reaksi Hali, aku tahu Hali terkedu mendengarnya. Aku juga perasan, wajah Hali perlahan kemerahan dan telinganya juga sama.

Aduh, Hali ni. Memang betul-betul tak boleh harap.

Hali: A-apa yang kau mengarut ni, hah Taufan?

Hali sedikit mengeraskan suaranya. Jelas sekali sedang menahan diri dan cuba mengawal emosinya. Aku tergelak kecil sahaja mendengar kata-kata Hali.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now