Gempa: Halilintar!
Hali menoleh ke belakang. Kelihatan Gempa sedang berlari menghampirinya. Hali hanya diam menunggu kehadiran Gempa dalam mendekatinya. Sebaik sahaja Gempa tiba di sebelah Hali, mereka pun mula berjalan menuju ke sekolah seriringan.
Gempa: Awal betul kau sejak dua menjak ni. Kau sempat sarapan tak?
Hali: Hn.
Hali hanya jawab bersahaja. Namun dia dalam diam sempat melirik ke arah Gempa. Melihat senyuman manis Gempa di pagi hari. Ooohh~ bahagianya~
Gempa: Kau ada dapat hadiah apa-apa tak dari kawan-kawan kita?
Gempa berpaling ke arah Hali. Hali hanya mendengus.
Hali: Tak.
Gempa: O-Ohh...
Sunyi.
Namun Gempa tetap bersikeras mahu teruskan perbualan. Dia kembali memandang ke arah Hali.
Gempa: Hey, aku ada dapat hadiah dari Fang Dan Yaya tempoh hari! 😄
Gempa menyeluk saku seluar sekolahnya lalu mengeluarkan seutas rantai perak yang mempunyai logo tanah.
Gempa: Tengok! Yaya bagikan aku logo tanah ni. Fang pula rantai ni. Cantik kan?
Gempa tersenyum senang sambil menunjukkan rantai tadi kepada Hali. Hali hanya sekadar melirik kearahnya. Tak kuasa pula nak tengok rantai tu.
Hali: Oh... Jadi?
Gempa: Eerr... Ehehe... 😅
???: Gempa!
Tidak lama mereka berjalan, kedengaran seseorang memanggil Gempa dari belakang. Serentak Hali dan Gempa berpusing badan dan ternampak Taufan sedang berlari menghampiri Gempa dengan senyuman mesranya. Fang juga turut berada di sisi Taufan.
Gempa: Taufan! Awalnya kau bangun pagi hari ni!
Taufan: Eheheeh! Aku dah janji dengan Fang nak jalan sama-sama hari ni. Tak sangka pula kebetulan kita berjumpa. 😆
Gempa dan Taufan sama-sama tertawa mesra. Manakala Hali dan Fang hanya memandang mereka berdua.
Taufan ternampak tangan kanan Gempa sedang memegang rantai yang pernah Gempa pakai tempoh hari.
Taufan: Eh, ini ke hadiah yang Gempa cakap Fang dan Yaya bagi?
Gempa: Oh? Ha'a! Yang nilah! Kan Fang? 😄
Fang hanya mengangguk sambil tersenyum. Lalu mereka bertiga pun berjalan seiringan menuju ke sekolah. Tidak sedar pula yang mereka sudah melupakan seseorang.
Hali merenung mereka bertiga sambil berpeluk tubuh. Di dalam hatinya dia seolah-olah dapat merasakan 1 kehangatan dan kesakitan. Iris rubynya merenung mereka bertiga dengan penuh amarah.
Hali: Tsk, rantai je pun.
.
.
.
Taufan: Yaya~!! Selamat pagi! 😆
Yaya yang kebetulan sedang menjalankan tugasnya iaitu menjaga pagar sekolah. Taufan melompat-lompat kegembiraan sambil mengheret Gempa bersamanya menghampiri Yaya.
Yaya: Selamat pagi Boboiboy, Fang. 😊
Fang: Pagi.
Taufan: Yaya! Kau kan yang buat logo tanah ni?
Taufan menyuakan logo tanah kepada Yaya. Yaya tertawa kecil sebelum mengangguk mengiyakan pertanyaan Taufan.
Yaya: Mestilah. Aku buat ni selama 1 minggu kot.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...