Worst or..Sweet Fever? (17)

2.3K 120 40
                                    

Hali: Haih... pening pula kepala aku ni.

Di waktu awal pagi itu, Hali berjalan keseorangan ke sekolah. Jam masih belum masuk ke pukul 7 pagi namun Hali sudah tiba di perkarangan sekolah. Dia membuat keputusan untuk berehat seketika di taman belakang sekolah.

.

.

.

Thorn: Mama, hari ni Thorn nak jalan dengan Mama pergi sekolah boleh?

Gempa yang barusan sahaja selesai mengikat kasutnya mendongak. Dia ternampak Thorn yang masih dengan wajah mengantuknya walaupun sudah siap dengan baju sekolah lengkap. Tidak lupa dengan topi!

Gempa: Thorn, kau masih nampak mengantuk. Masih awal lagi ni. Kau tidurlah dan pergi ke sekolah dengan yang lain.

Thorn: (geleng) Tak nak! Thorn nak berjalan dengan Mama! Thorn nak luangkan masa dengan Mama.

Gempa tersenyum. Dia mengusap kepala Thorn yang berlapikkan topi dengan lembut. Namun topi masih bergerak membuatkan rambut Thorn serabai kembali.

Thorn: Aaahh...! Mama dah buatkan rambut Thorn tak cantik balik! 😭

Gempa: Eh?! M-maaf Thorn! Biar aku betulkan balik ya???

Gempa segera meletakkan beg sekolahnya ke lantai. Dia menghampiri Thorn lalu mendongakkan diri untuk membetulkan kembali rambut Thorn. Satu tangan Gempa memegang topi Thorn manakala 1 lagi membetulkan kembali rambut Thorn.

Thorn melihat wajah Gempa yang lagi rendah darinya dengan jarak yang dekat. Dan dengan perlahan Thorn semakin menjatuhkan kepalanya sehingga ia hinggap di bahu kanan Gempa.

Gempa: T-Thorn?

Thorn: Thorn nak... tidur kejap.

Gempa: Eh, Thorn! J-jangan! Susah aku nak betulkan rambut kau!

Thorn: Thorn nak... peluk Mama.

Tangan Thorn melingkar di pinggang Gempa dan menarik Gempa lebih rapat. Dia membenamkan wajahnya pada bahu Gempa. Menghirup aroma di leher Gempa.

Hembusan nafas Thorn dapat dirasai oleh Gempa. Di setiap hembusan membuatkan Gempa terkaget lalu tersontak menggenggam bahu Thorn.

Gempa: T-Thorn... hentikan... //////

Thorn: Selesa...

Gempa: ... //////

Gempa melepaskan genggamannya. Dia mengalihkan tangannya ke kepala Thorn lalu mengusap lembut rambut Thorn. Gempa tersenyum melayan telatah manja Thorn. Sambil-sambil itu Gempa juga membetulkan balik rambut Thorn. Dan setelah selesai, Gempa mengejutkan Thorn kembali.

Gempa: Thorn, sudah siap. Jom ke sekolah?

Thorn: Nngh.... nak tidur.

Gempa: Itulah, kan baik kalau Thorn tidur je dekat sofa tu?

Thorn semakin mengeratkan pelukannya kepada Gempa.

Thorn: Nnhh... tak nak. Nak bersama Mama.

Gempa terkedu seketika mendengar kata-kata Thorn. Namun kemudian dia tersenyum lalu menepuk-nepuk kepala Thorn.

Gempa: Thorn, kalau kau bangun cepat dan kita ke sekolah sekarang, nanti aku belanja ais-krim. Nak tak?

Thorn terus angkat kepalanya. Matanya bersinar-sinar memandang Gempa.

Thorn: Betul keeeee???

Gempa: Betul!

Thorn: Yaayy!! Jom ke sekolah sekarang!

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now