Yay! Sports Festival!! (10)

1.3K 105 21
                                    

Bhoom! Pow!!

Bunyi beberapa das dan letupan adalah permulaan segalanya bagi hari ini. Dan ternyata, di sekolah menengah tinggi itu sedang mengadakan Festival Sukan peringkat sekolah yang menjemput para hadirin ibu bapa dan orang ramai untuk menyaksikan serta menyokong anak-anak dalam penyertaan sukan.

Pada festival sukan kali ini lain daripada yang lain. Kerana ia menggabungkan Hari Koperasi Sekolah yang mana sebaik sahaja segala aktiviti sukan selesai pada hari itu, keesokkan harinya adalah hari koperasi.

Braakk!!

Di dalam tempat latihan karate, kelihatan beberapa peserta karate ikut bertanding untuk memenangi pertandingan seni bela diri tersebut. Dan di pertandingan pertama adalah, menumbuk papan.

Blaze: Omaigaaaddd! Papan tu tebal dan keras kot! Macam mana diorang tu boleh tumbuk dalam sekelip mata je?! 😨

Taufan: Diorang ada ilmu kebal ke apa? 😅

Solar: Aku tak rasa...sebab Hali kan masuk karate juga... 😐

Kini mata BTS itu melilau-lilau mencari kelibat Hali. Katanya Hali akan masuk pertandingan ini juga. Tapi mana dia?

Ani: Sekarang, dipersilakan Halilintar untuk menunjukkan aksi tumbuk papan yang jumlahnya 7 keping! Mohon hadirin berikan tepukan!

BTS: 7?!!!

Taufan: Lelaki ni tangan besi ke apa!?

Blaze: Hai Ani~!!

Solar: Ntah...

Dan sebaik sahaja pengumuman diberikan, Hali melangkah masuk ke dalam area pertandingan dan berjalan menghampiri para pengadil di hadapan. Hali menundukkan badannya separuh lalu bangkit kembali.

Hali berjalan menghampiri tempat yang terdapat beberapa keping papan dan ia sudah tersusun dengan rapi. Hali duduk sesuai dengan cara untuk menumbuk dengan meletakkan salah satu lututnya di atas lantai dan tangannya di atas kepingan papan tersebut. Hali menarik nafas panjang.

Hali: HHAAHHHH!!!

BHAM!! KRAAKK!!

Dengan sekali hentakkan, terus 7 kepingan papan tersebut pecah. Taufan, Blaze dan Solar yang melihat aksi tersebut terus tercegang.

Blaze: WTFFF!!!

Solar: ...ingatkan aku untuk elakkan diri dari penumbuk Hali...

Taufan: Aku pun...

Ketiga-tiga muka mereka sudah pucat lesi seperti tidak makan 3 minggu.

Setelah selesai, Hali bangkit kembali. Dan dia terus masuk ke belakang tabir sambil mengeluarkan telefonnya.

Hali: Helo..Gem.
.

.

.

Gempa: Halilintar?

Di luar dewan karate, kelihatan sebuah taman yang indah dan sunyi dan membunyai 1 pondok kecil yang agak tertutup kerana pokok-pokok hiasan di sekeliling.

Hali telah membuat panggilan untuk Gempa supaya menemaninya di area belakang tersebut yang mana tiada sesiapa yang tahu akan kewujudannya.

Gempa berjalan masuk ke dalam pondok dimana terdapat Hali sedang duduk sambil merehatkan dirinya. Sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil, Hali pun mencelikkan matanya dan melihat Gempa tiba di situ.

Gempa: Macam mana? Kau menang?

Hali: Hn...

Gempa mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now