Forgive me..? ...nope! (15)

1.4K 97 19
                                    

Sudah masuk 1 minggu setelah pergaduhan antara HaliGem. Keduanya masih dalam keadaan yang dingin dan tidak berinteraksi antara satu sama lain sama sekali. Ditambah pula dengan Hali yang sudah mula menggiatkan diri dalam aktiviti berkawad tentera dan bekerja sambilan. Serta Gempa yang jadualnya saban hari semakin sibuk dengan banyak program sehingga Gempa jarang pulang ke rumah.

Taufan menyimpan bukunya di dalam loker bawah mejanya. Wajahnya semakin kerisauan. Mengingat kembali situasi rumah yang semakin lama semakin dingin.

Flashback

Solar: Blaze! Taufan! Kembalikan buku aku!!

Taufan: Sorry, Solar! Kami terpaksa~!!

Solar berhenti dari mengejar 2 makhluk pembikin masalah. Dia bercekak pinggang di samping mendengus kesal dalam kelelahan berlari mengejar duo itu.

Solar: Apa yang korang terpaksa sangat tu hah?!

Blaze: Hehe! Terpaksa pisahkan kau dengan bukulah!

Solar: Hah?! Apsal pulak?!

Taufan: Kan tak elok baca buku selalu? Eh, kau tak tahu ke Solar? Boleh jadi gila tau kalau bijak sangat!

Solar: Teori hipotesis mana kau pakai ha lahanot?!

Blaze: Ish ish ish...inilah manusia. Suka sangat ikut hal ehwal semasa dan viral, tapi tak tahu apa-apa di belakang tabir!

Taufan: Haish~ arwah sinaran 'cahaya' tu bijak orangnya.

Aura Solar semakin membara. Terkesan dengan segala kata-kata Blaze dan Taufan. Manakala Thorn pula sedang asyik bermain pokoknya di sebelah Ais yang sedang tidur sambil air liur meleleh.

Thorn: Mari cik pokok! Kita main pok anai-anai! Tepuk anai-anai-

Ais: Thorn...tepuk amai-amai lah...

Thorn: Eh? Tapi Tok Aba kan ajar kita pok anai-anai?

Ais: Kalau kau bijak kau akan sebut tepuk amai-amai...

Thorn: ...

Ais: ...ops.

Thorn: Ho, jadi Ais nak cakap Thorn bodoh ke? (aura menyeramkan)

Tiba-tiba terasa suasana sekeliling lain semacam. Dingin siot. Ais memandang Thorn dengan keringat dingin. Kelihatannya Thorn sedang memberikan sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsirkan tetapi menyeramkan.

Ais: Uuuhh...s-sorry Thorn....

Thorn: Sorry ya...~??? (smirk)

Ais: Ho boi...matilah akuuuuu~ ;;-;;

Klang!

Bunyi suatu besi terjatuh ke lantai menghentikan suasana atmosfera yang hangat dan dingin itu tadi. Ke-5 manusia yang berada di situ menatap suasana dapur yang jaraknya berdekatan dengan mereka.

Taufan berjalan masuk ke dalam dapur tersebut. Ternampak Gempa sedang membungkuk dan mengangkat sudip yang nyatanya terjatuh tadi.

Taufan: Gem? Kau ok?

Gempa: ...ok je. (senyum)

Taufan berjalan mendekati Gempa. Jelas terpancar wajah kerisauan si pengendali angin itu kepada si pengendali tanah.

Taufan: Gem...kau...masih tak berbaik dengan Hali?

Taufan bertanya risau. Dan dia melihat reaksi Gempa yang semakin kelam. Namun dia perasan yang Gempa sedang menyembunyikannya daripada Taufan.

Gempa pantas menggeleng.

Gempa: Semuanya baik-baik saja.

Dan sekilas pandangan dari dapur, Gempa ternampak Hali yang berjalan melepasi ruang dapur itu tadi. Gempa memandang Hali lama. Namun tidak lama kemudian dia mengalihkan pandangannya dengan sambung memasak. Dan Hali perasan Gempa berada di dapur. Dia berhenti dari berjalan. Menatap belakang Gempa dalam diam.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now