Sebaik sahaja situasi penceritaan yang mengimbau kembali kisah Hali dan Gempa pada waktu dulu 3 hari lalu tamat, para kembar yang lain semakin naik benci kepada Hali dan terus melarang Gempa untuk bersama dengan Hali.
(Author: Hmm.. ni macam cerita Romeo dan Juliet je ni. Tiberr... :v)
Namun begitu, Gempa masih berpendirian tegas menyatakan bahawa dia masih perlu berada disamping Hali kerana Hali masih terkesan dengan tindakannya dahulu. Gempa khawatir jika dia juga berdiam diri, hubungan mereka tidak dapat dibawa ke mana-mana.
Yang lain kelihatannya tidak dapat membantah dan akhirnya setuju. Namun begitu, mereka juga masih menetapkan syarat bahawa andai kata Hali ingin bertindak atau berkelakuan di luar kawal, Gempa harus segera memanggil saudaranya yang lain. Ini juga demi mengelakkan Hali mula membuat perangainya seperti dahulu.
Walaupun begitu, Gempa tidak mahu perselingkuhan antara keluarganya terus dibiarkan dan akhirnya dia setuju walaupun terpaksa.
"Sekurangnya aku masih dapat menjaga Halilintar..."
Gempa sedang cuba mencari jalan untuk Hali dan yang lain berbaik semula. Tidak sanggup dirinya melihat situasi dikala salah seorang dari saudaranya bertemu dengan Hali, mereka akan mula bertekak dan bergaduh. Paling padah ia dilakukan di sekitar kawasan orang awam dan sehingga di sekolah dibawanya. Mereka tidak peduli apa yang akan orang katakan. Namun Gempa tersangatlah pedulikannya.
Untung Gempa ada Yaya, Ying, Fang dan Gopal yang dapat membantu meleraikan situasi itu jika ia berlaku di luar pengawasan Gempa.
Dan setelah menceritakan segalanya tentang kenapa saudara kembar itu bergaduh, Yaya, Ying, Fang dan Gopal 100% setuju untuk menolong Gempa. Mereka juga cukup merasa kasihan atas tanggungjawab yang disandang Gempa. Terlalu berat dan menyakitkan untuk diuruskan sendirian.
.
.
.Krriiinngg!!
Jam loceng rehat telah berbunyi dan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari guru untuk keluar rehat, ramai pelajar berlari berpusu-pusu untuk keluar dari kelas. Ada yang membawa bekal dan ada yang berlari-lari anak menuju ke kantin sekolah.
Gempa mengemaskan segala peralatan yang digunakannya dalam kelas Perdagangan tadi. Dia cukup letih dengan sesi kira-kira yang cukup kuat menggunakan kalkulator dan harus mengerah otak dengan kuat untuk menyelesaikan soalan yang sering mencabar minda.
Gempa: Huuhh... kalau terus macam ni, boleh botak kepala aku. Dah lah kena uruskan hal sekolah, hal saudara aku, hal Halilintar, kerja sekolah, belajar, ujian, masa depan, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, Majlis Perwakilan Pelajar, jaga kedai atok pula. Aaahh... boleh pitam aku macam ni!
Gempa menggaru-garu kepalanya yang serabut sehingga ia berserabut dan topi yang dipakainya juga menjadi longgar. Dia mendengus kesal dan meletakkan kepalanya di atas meja belajarnya.
"Bila semua ni nak berakhir...?"
Gempa mengembungkan pipinya yang chubby itu menjadikan wajahnya bulat dan cute. :v
Untung tiada sesiapa di kelas sekarang. Kalau tak habis dia kena dengar jeritan histeria dari pelajar perempuan. Ah, lupa nak cakap. Gempa ni terkenal dengan wajah tembamnya dan sebab itulah ramai yang suka terutamanya budak perempuan di sekolahnya.
Gempa barusan sahaja mahu memejamkan matanya untuk menenangkan fikiran sebelum dia ternampak Hali berjalan melepasi kelasnya.
"Halilintar..? Baru habis berkawad ke?"
Batin Gempa di dalam hati dikala dia melihat Hali yang masih sedang berpakaian tshirt tentera sedang melepasi kelasnya. Gempa termenung seketika buat kesekian kalinya sebelum dia teringatkan sesuatu.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...