What Do You Think? (13) WARN! 15+

1.9K 110 16
                                    

Di dalam pejabat majlis perwakilan pelajar. Kelihatan Yaya sedang fokus dengan tugasan dia sebagai setiausaha ketua pelajar. Dan di dalam bilik sebelah meja kerja Yaya, terdapat sebuah bilik uang sederhana besarnya di dalam pejabat tersebut.

Dan di pintu bilik itu, terdapat 1 papan kecil tergantung.

*Ketua Pelajar*
Boboiboy Gempa

Di dalamnya, terdapat Gempa yang sedang termenung sambil bermain-main bebola kecil yang berbentuk seperti Ochobot.

Di situ jelas kelihatan wajahnya yang kerisauan.

"Haih...macam mana ni? Dah 3 hari aku tak bercakap dengan Halilintar.."

Gempa menghela nafas kecewa. Dia membungkukkan badannya dan dagunya dilapik oleh kedua tangannya di atas meja.

Gempa: Dia...marah lagi tak dekat aku..?

Gempa memejamkan matanya perit. Kepalanya pusing memikirkan masalah yang baru sahaja timbul 3 hari lepas. Belum ditambah lagi dengan masalah sekolah dan lain-lain.

Gempa: Aduh...macam mana ni??

Gempa menggaru kepalanya rimas. Macam-macam hal pula timbul.

Sebaliknya di luar pejabat Gempa, telefon Yaya bergetar tanda noti masuk.

Yaya membukakan telefonnya. Dia mendapat noti dari ig. Dan ternyata ia noti dari story ig yang Yaya buka notinya agar dia dapat tahu apa-apa perkembangan dari orang yang dia follow.

Yaya: Eehh!! Pelukis kegemaran aku post story baruuu!!

Dan tanpa berfikir panjang, Yaya terus membukanya. Yaya melihat lama story tersebut. Dan wajahnya merona kemerahan.

Yaya: AAAAAAAA!!!! APAKAH SEMUA INIII!! GEMPAAAAAAA!!!!

Dan dengan suka hatinya Yaya menerjah masuk ke dalam pejabat Gempa. Dan disebabkan hal itu Gempa terlompat duduk di atas kerusinya.

Gempa: Y-Yaya?! A-a-apa?! K-Kenapa kau terjah masuk ni?!!

Gempa memandang Yaya dengan wajah yang begitu terkejut. Yaya mengabaikan wajah terkejut Gempa. Dia berjalan masuk ke dalam pejabat itu dan menghampiri Gempa.

Yaya: Gempa! Gempa! Tengok ni! Aku yakin kau suka punya!

Yaya menghulurkan telefonnya kepada Gempa. Gempa membetulkan cara duduknya. Dia terketar-ketar menerima telefon dari Yaya.

Gempa: Ke-kenapa?

Yaya: Tengok sajalah!

Gempa tengok apa yang terpapar di skrin telefon milik Yaya sepertimana yang Yaya suruh. Dia merenung lama gambar tersebut.

Gempa: Uhmm...kenapa dengan gambar ni? Cantik dia lukis.

Yaya: Kau tak kenal ke siapa dalam gambar tu?

Gempa: Uuhh...

Gempa menggeleng kecil sambil menggaru pipinya tidak gatal. Yaya menghela nafas kecewa. Dia mendekatkan lagi jarak telefon itu antara wajah Gempa.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now