Love Letter? (7)

1.7K 133 66
                                    

Petang itu, Gempa baru sahaja selesai dari mesyuarat perkumpulan ahli jawatankuasa majlis perwakilan pelajar. (Subhanallah..nak karang ayat untuk 1 organisasi pun panjang berjela :v)

Gempa berjalan menuju ke arah loker kasutnya lalu membuka loker terebut sebaik sahaja dia tiba. Dan..pap! Tiba-tiba terjatuh 1 helai surat dari loker tersebut. Gempa membongkokkan dirinya untuk mengambil surat itu.

Gempa: Surat apa ni? Warna kuning?

Gempa membelek-belek muka surat tersebut. Dan terdapat sebaris ayat tertulis di muka belakang kertas itu.

'For my destiny in future, Gempa'

Sweatdrop Gempa membaca ayat tersebut. Orang jiwang mana pula yang salah letak surat dalam loker dia ni? Loker kasut pula tu! Ingat ni manga atau anime shoujo Jepun?

Gempa perasan ada kelibat yang sedang memerhatikannya. Pantas dia menoleh ke arah dinding yang menghala ke tangga. Dan kelibat itu tertangkap wajahnya lalu segera lari.

Gempa: Eh?! I...itu...itukan...Fang?!

Gempa segera menyimpan surat tersebut di dalam poket seluarnya lalu dia mengejar Fang yang nyatanya sudah melarikan diri. Gempa ingin tahu, adakah Fang yang memberikan surat itu kepadanya?
.
.
.
Sting!

Hali: Eik? Apsal rasa tak sedap hati semacam pula ni?

Hali tergaru-garu belakang lehernya. Entah kenapa dalam pada waktu latihan karate pada hari itu dia merasakan yang akan ada sesuatu yang tak kena bakal berlaku.

Junior 1: Senior Hali! Kami sudah selesai warm up!

Hali: Hn. Baiklah! Mulakan larian pusingan sebanyak 15 round!

Prrriiiitttt!!!!

Hali meniup wisel kuat dan bermulalah larian dari anak-anak buahnya mengelilingi kawasan latiham yang tertutup itu. Hali juga turut mengikuti latihan mereka untuk mengalihkan perasaan tadi.

Hali: Perasaan aku je kot..?
.
.
.
Back to Fang dan Gempa. Setelah puas berlari berkejaran seindah pokok herba di taman Sains, akhirnya Fang tertangkap juga.

Gila laju Gempa kejar dia. Tak boleh bawa bincang dia punya kelajuan tu. Sebelum ni tengok slow ja Gempa ni. Ni lah orang kata 'diam-diam ubi berisi?' Hmm....berisi kat mana tu?

Gempa: Huff..huff...d-dapat juga...t-tangkap..kau..huff..haahh...!

Fang: Ugh..a-apesal..hahh...kau..kejar...aku..hah?

Gempa: Kau tu...huff..lari tu kenapa..hah?

Fang: Suka hatilah!

Gempa: Hmm...Fang. Aku nak tanya ni.

Fang berdiri dari posisi mencangkungnya. Dia menatap Gempa yang sedang mengelap peluhnya yang mengalir turun dari wajahnya kerana berlari tadi. Adoi...comelnya!

Gempa: M-macam ni...kau tahu tak siapa yang bagi surat ni dekat aku?

Gempa mengeluarkan sepucuk surat berwarna kuning dari poket seluarnya lalu menujukkan kepada Fang. Fang melihat surat tersebut. Dia kemudian terus memalingkan wajahnya.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now