💕CAT LOVE STORY 💕
Pada waktu rehat di kawasan kolam ikan berdekatan perpustakaan sekolah. Kelihatan Ani dan Harru sedang dating bersam- eh! Bukan! Sedang menikmati waktu panjang mereka berdua bersama di kerusi taman kolam itu.
Ani: Haih...bosannya. Harru-chan, takde apa-apa yang menarik nak dibuat?
Harru: Takde.
Ani: Haih... hmm..buka ig lah.
Ani mengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu membukakan layar skrin telefon. Harru menjeling Ani. Buku yang dipegang diletakkan di atas meja.
Harru: Hana, mana boleh bawa telefon ke sekolah.
Ani: Sst! Jangan tengoklah kalau macam tu. Buat-buat tak nampak sudahlah.
Harru: Oi, dah orang tengok macam mana nak buat-buat tak nampak?
Ani: Haiz...sudah. Sudah. Saya nak baca news dekat ig ni. Harru-chan diam!
Harru: Haih...
Ani terus mengabaikan keberadaan Harru di sebelahnya. Dia menumpang lengan Harru untuk dibuat bantal supaya dia lebih selesa melihat telefonnya. Sempat abaikan amarah Harru sebab tangan digunakan untuk bantal.
"Eh, kucing?"
Ani ternampak 1 tayangan gambar di layar telefonnya. Dia terus meneruskan dirinya melihat foto tersebut yang lebih tepatnya komik tanpa dialog.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...