Di dalam kelas Perakaunan, Hali sedang termenung di luar jendela kelas tersebut sambil memandang langit yang biru dan gumpalan awan yang putih gebu. Iris rubynya melihat awan-awan tersebut bergerak ditiup angin sepoi dengan lembut.
BAAAMM!!
Hali: OIMAK!! (terkejut)
Gempa: Aku dah tahu jalan penyelesaiannya!!! 😆
Hali menatap ke arah manusia yang berada di sebelahnya. Atau lebih tepatnya ialah Gempa. Kelihatan di atas meja Hali ada beberapa buah buku yang sederhana tebal dan juga buku nota serta pen.
Hali kembali menoleh ke arah Gempa yang masih setia tersenyum. Terdetik di dalam hatinya akan situasi mereka sekarang.
"Dah kenapa Lyubov aku ni semangat semacam ni? Salah makan DNA Taufan ke apa? "
Keluh Hali dalam hati. Namun dia tidak terus mengabaikan Gempa. Ditatapnya insan yang disayanginya itu dengan penuh tanda tanya.
Hali: Gem, apa ni?
Gempa: Hm? Oh, ini aku ada buat research untuk tips macam mana nak buatkan kau dan yang lain berbaik semula. Aku pun ada tanya pendapat pelajar sekolah ni tau! Cikgu-cikgu pun aku ada minta! Semua tips diorang adalah berjumlah 1256 dan bagi aku ia amat bermakna! Tapi aku highlight yang penting sahaja dan jumlahnya hanya lebih kurang 1/7 dari jumlah yang aku cari. Lebih kurang 20-30 lebih?
Panjang lebar Gempa berucap di hadapan Hali sambik mengetuk-ngetuk dagu kecilnya. Hali hanya memandang wajah Gempa dengan pandangan datar walaupun di dalam hatinya sudah menangis terharu atas usaha keras Gempa.
Hali: Gem, kau begitu kuat sekali berusaha untuk rapatkan kitorang. Kau tak payahlah sampai macam ni. Lama-lama diorang ok lah tu...
Gempa: Dan sepanjang menunggu tu kita berdua takkan dapat bersama? Tak nak! Aku masih nak berusaha baikkan korang! Aku nak keluarga kita bersatu semula!
Gempa mengangkat buku notanya. Di belek-belek helaian buku tersebut dan dengan wajah yang tiba-tiba kemerehan Gempa berkata lembut,
Gempa: Dan aku juga... Nak bersama dengan Halilintar... ////// (blush)
Hali: (blush) U-ugh... S-suka hatilah.../////
Hali mengalihkan pandangannya dari menatap Gempa dan melihat ke luar tingkap semula. Sudu topi dinonya diturunkan sedikit bagi menyembunyikan wajah merahnya yang sudah malu sewaktu mendengar kata-kata Gempa tadi.
Gempa yang perasan akan respon Hali tersenyum senang diselang ketawa kecilnya. Terasa hangat di dalam hatinya apabila dia menerima tindak balas positif dari kekasihnya.
Gempa duduk tidak jauh dari Hali. Buku nota yang ada di tangannya di belek-belek sambil mencari beberapa maklumat yang sering dicarinya. Maklumat untuk menyatukan semula saudara-saudaranya.
Gempa: Halilintar, kalau kita cuba buat apa yang mereka suka macam mana?
Gempa mencuba pilihan pertama.
Hali: Masalahnya apa yang mereka suka ialah kita berpisah!
Gempa mengetuk dagunya berfikir.
Gempa: Hmm... Betul juga. Kalau... Kita tunjukkan yang kita boleh saling menjaga antara satu sama lain?
Hali: Haih... Nak dekat berduaan macam ni pun diorang dah siap buat kubu untuk melindungi kau. Apatah lagi kita boleh buktikan?
Gempa menggaru kepalanya yang gatal dan serabut berfikir. Semuanya ditolak mentah-mentah oleh Hali! Dan kalau ikutkan logik betul juga apa yang Hali fikirkan.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
أدب الهواةStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...