RomanX Festival 💕 (11)

1.9K 106 20
                                    

Gempa: Ha'chi!

Di pagi hari kedua dan terakhir sekolah, kelihatan Gempa berjalan ke kawasan sekolah menuju ke bangunan kelasnya dalam keadaan lemah longlai.

Hari ini dia datang awal lagi berbanding orang lain dan kelihatan hanya seorang dua sahaja pelajar yang baru datang ke sekolah tersebut. Jam juga baru sahaja menunjukkan 6.30 pagi.

"Urgh...kepala aku berdenyut kuat. Aku harap sempat bertahan sebelum festival berakhir."

Gempa terus kuatkan dirinya dan memaksakan dirinya untuk menuju ke pejabatnya untuk memulakan hari terakhir festival sekolah tersebut. Tidak sedar dirinya diekori oleh seseorang dan sedang mengintainya di sebalik pagar sekolah.
.

.

.

Jam 7.30 pagi

Yaya: Gempa, ni jadual sempena festival hari ini. Jam 8 pagi nanti kau kena berikan ucapan selepas pengetua ya?

Gempa: Ah? Uuhh...ok Yaya.

Gempa memberikan senyumannya kepada Yaya. Kini Gempa sedang merehatkan dirinya di pejabatnya. Dia sedang terbaring di atas kerusi sofa yang empuk.

Yaya memandang Gempa pelik. Kemudian dia menghampiri Gempa.

Yaya: Kau ok? Kau demam ke?

Gempa: Tak. Aku ok.

Gempa tersenyum paksa. Tak mahu Yaya terlalu mengesyakinya.

Yaya hanya memandang Gempa curiga. Namun dia hanya menghela nafas dan tersenyum. Dia tahu Gempa menipu, tetapi jika itu yang Gempa mahukan, dia ikutkan sahaja. Yaya mengangguk faham lalu dia meminta diri untuk beredar dari situ.

Gempa memejamkan matanya. Entah kenapa hari ini dia merasakan kepalanya sungguh berat dan berdenyut kuat sekali. Matanya juga perit apabila dipejam. Seolah terdapat baraan api di kelopak matanya yang menjadikan matanya panas apabila dipejam.

Gempa: Urgh...aku perlukan ubat.

.

.

.

Pengetua: Terima kasih buat pengecara majlis. Selamat sejahtera kepada guru-guru dan anak-anak cikgu sekalian. Syukur kerana hari ini diramalkan cerah dan kita dapat menjalani aktiviti hari terakhir kita iaitu Hari Koperasi Peringkat Sekolah. Saya harap murid-murid dapat menikmati hari ini dengan cerianya.

Di dalam dewan yang besar itu, seluruh dewan dipenuhi oleh warga sekolah menengah tinggi sekolah itu. Turut serta para guru dan pembimbing sekolah yang menjadi tulang belakang sekolah tersebut.

Dalam satu barisan murid sekolah menengah tinggi di tahun akhir, di jurusan ketenteraan, kelihatan Hali sedang duduk bersama rakan sekelasnya dan sedang memandang di atas pentas. Lebih tepatnya pada Gempa.

"Apsal wajah dia pucat semacam aku tengok?"

Perasaan ingin tahu Hali mula berkobar. Memandang wajah sayu Gempa. Bibirnya pucat dan matanya kuyu.

"Dia demam?"

Hali semakin mendapat kepastian tentang hal itu apabila memandang iris gold Gempa. Irisnya tiada sinar seperti biasa. Dari situlah Hali yakin, Gempa kurang sihat pada hari itu.

Pengetua: Sekian daripada saya, terima kasih.

Dan lamunan Hali terhenti apabila mendengar tepukan gemuruh daripada pengetua sekolahnya. Dia melihat pengetua sedang berjalan menghampiri kawasan Majlis Perwakilan Pelajar dan bersalaman dengan ketuanya iaitu Gempa.

Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]Where stories live. Discover now