Gempa sedang duduk termenung memandang luar tingkap. Hari ini guru yang mengajar kelasnya ada hal lain di luar sekolah. Walaupun sudah memberikan tugasan namun malangnya Gempa sudah membuat tugasan itu sebelum mereka bincang lagi.
Gempa melihat awan-awan yang bergerak di balik luar tingkap sana. Iris goldnya memantulkan awan-awan tersebut.
Gempa: Bosan...
Gempa meletakkan kepalanya di atas meja dan kedua belah tangannya melapik wajahnya.
Gempa: Mengantuk...
Gempa melihat jam tangannya. Masih belum tiba waktu rehat. Dia membuat keputusan untuk rehatkan mindanya yang sering kelelahan itu. Untung hari ini tiada sebarang perjumpaan antara ketua-ketua dan barisan pentadbir. Jadi dia boleh rehat 'lebih'.
..
.
Dalam lebih kurang 1 jam berlalu, Gempa tersedar dari tidurnya. Kelihatan kelasnya semakin kosong dan tinggal beberapa orang pelajar.
Gempa: Waktu rehat?
Gempa melirik jam tangannya. Ya, sudah tiba waktu rehat. Masih awal dan Gempa dapat memastikannya lagi apabila melihat beberapa sekumpulan gadis dan beberapa orang budak lelaki sedang menikmati bekal makanan mereka yang dibawa dari rumah untuk dimakan di kelas itu.
Gempa juga membawanya. Sudah biasa jika Gempa membawa bekal bersamanya. Hal ini disebabkan oleh jadual harian persekolahannya yang tidak menentu.
Oleh kerana Gempa sudah 2 tahun menjadi ketua pelajar, dia sering wajib hadir ke mana-mana perjumpaan yang ada walaupun waktu itu jadual pembelajarannya ada.
Namun Gempa bukan seorang yang sering memandang remeh akan semua perkara. Jika dia tertinggal, dia akan segera balik dan ulang kaji pembelajaran walaupun pada hari itu dia tiada dalam kelas. Jika tidak faham, Gempa akan segera berjumpa cikgu subjeknya pada hari sekolah. Jika waktu cuti pula, Gempa akan mesej cikgunya supaya sebarang maklumat penting tidak ditinggalkan.
Sungguh hebat.
Namun setiap kelebihan pasti ada kelemahan. Oleh disebabkan terlalu penat bekerja dan kadang-kadang harus berjaga malam untuk menyiapkan laporan dan kerja rumah, Gempa sering menghidap insomnia dan pastinya keesokkan harinya dia akan mengantuk dan tertidur di dalam kelas.
Namun orang sekeliling Gempa tidak kisah jika dia tertidur. Malah mereka membenarkan Gempa ke bilik rehat untuk merehatkan dirinya walaupun Gempa sering menolak. Hal ini kerana mereka faham apa yang dilalui oleh Gempa. Dan bagi mereka, segala yang Gempa lakukan sudah cukup hebat.
Back to the story, Gempa memeriksa laci mejanya. Di situ dia menyimpan bekal makanannya.
Gempa: Ah, jumpa. Eh?
Gempa merasakan seolah ada sesuatu seperti kertas di atas plastik bentonya. Lalu dengan penarasan Gempa mengambilnya dan melihat, sekeping kad yang isinya ada surat. Kad berwarna merah muda dan terdapat nama Gempa yang ditulis dengan warna emas.
Gempa: Tulisan ni...Halilintar punya kan?
Hanya sekali imbas. Gempa sudah dapat mengenal pasti tulisan seme-nya. Tambahan pula dengan keyakinannya bahawa takkan ada orang lain yang akan buat kerja pelik macam ni selain Hali. Paling teruk pun semua kembar elementnya.
Semua tak boleh pakai. :v //jangan marah
Gempa mendesah lelah.
"Berapa kali aku nak pesan? Tak payah bazir duit untuk...-"
Gempa terhenti dari berkata-kata di dalam hatinya. Mengingat beberapa hari yang lalu teruk Hali jadinya disebabkan Gempa.
...
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanficStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...