TauThorn: YAAAYYYY~!!! HARI FESTIVAL DAH NAK DEKAT!! 😆😆
Blaze: Jom Ais!! Kita pergi tengok persediaan Rumah Hantu!! ✨ (tarik tangan Ais)
Ais: Haa..? Aku malas lah... Bagilah aku rilek kejap... 😩
Blaze: Ah, takde! Takde! Jom cepat!!
Dengan mendukung Ais dengan gaya bridal style, Blaze berlari menuju ke arah bangunan sekolah dengan penuh semangat sekali. Manakala Ais hanya diam sambil menikmati suasana dirinya yang seolah-olah dilayan seperti putera raja. Lol Ais 😅
Thorn: (tarik lengan baju Taufan) Taufan! Taufan! Kita ke cafe dulu jom!!
Taufan: Eh? Eh?? Err... Tapi aku nak pergi jumpa Fang dulu. 💦
Thorn: Alaaa. ..😞
Taufan menggaru-garu tengkuknya canggung. Namun akhirnya dia menghela nafas dan mengangguk setuju. Bahu Thorn ditepuknya lembut.
Taufan: Baiklah, jom Thorn? 😁
Bahu Thorn dirangkul Taufan dengan lembut. Thorn memandang Taufan dengan pandangan tidak percaya. Bersinar-sinar betul wajah Thorn apabila dipelawa oleh Taufan.
Thorn: B-betul ke ni Taufan?!
Taufan: Hahaha! Betullah! Jom!
Thorn: YAAYY!!! JOOMMM!!
Dengan penuh bersemangat mereka berdua berlari dan menuju ke arah belakang sekolah atau lebih tepatnya tempat di mana kedudukan booth tumbuh-tumbuhan.
Duo cute tersebut telah meninggalkan Solar, Hali dan Gempa bersama. Sementara melihat saudaranya beredar, Solar sempat menjeling ke arah Hali yang sedang berbual bersama Gempa tentang peta untuk karnival mereka.
"Dah agak yang diorang akan rapat juga tak kiralah tegas mana kami menghalangnya. Haah... Tak boleh nak dinafikan bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. "
Solar menggaru-garu belakang tengkuknya canggung. Sebenarnya pada awal lagi dia sudah merasa bersalah akan tindakannya bersama yang lain untuk menghalang hubungan Hali dan Gempa. Ini kerana mereka cemburu akan keakraban mereka berdua. Tambahan pula mereka sekarang sudah 'couple' jadi peluang untuk merenggangkan Hali dan Gempa semakin besar mustahilnya.
Solar: Haih... Apa-apa jelah. Sampai masa air pun akan pasang juga.
Solar berlalu meninggalkan mereka berdua bersama tanpa meminta izin terlebih dahulu. Namun begitu, ia sama sekali tidak mengganggu perbualan antara Hali dan Gempa. Mereka kelihatannya sungguh khusyuk sekali melakukan perbincangan bersama.
Gempa: Macam mana Halilintar? Booth makanan ni aku rasa kena letak di antara booth yang lain juga.
Hali: Hmmm... Kenapa kau tak letakkan satu tempat saja?
Gempa: Sebab aku rasa ia lebih sesuai dan sama-sama mengaut keuntungan untuk semua pihak. Cuba bayangkan kalau booth makanan semuanya diletakkan di tempat yang sama? Mesti pelanggan yang datang akan sukar untuk pilih booth mana yang sesuai untuk beli makanan.
Hali: Betul juga tu. Kalau macam tu, setiap 2 booth lain akan ada 1 booth makanan. Macam mana?
Gempa: (senyum) Hm! Yang tu aku setuju!
Gempa melemparkan senyuman manisnya kepada Hali dengan penuh kebanggaan. Manakala Hali yang menerimanya berdehem kecil kerana sedikit malu.
Gempa: Eh? Mana yang lain? 😶
Gempa menoleh ke kawasan sekitarnya apabila dia baru menyedari bahawa tiada kelibat saudaranya yang lain selain hanya dia dan Hali saja. Hali juga mencari kelibat saudaranya namun nampaknya semua telah hilang dari radar.
YOU ARE READING
Halilintar x Gempa MARRIED COUPLE! (HaliGem) [✅️✔️✅️]
FanfictionStatus: COMPLETED Buku fanfic tentang HaliGem muncul kembali! Kali ni buku ke-2 mereka selepas Halilintar x Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem). Jika di dalam buku pertama di saat mereka sedang cuti sekolah, di buku ke-2 kali ini tentang mereka di sekola...