BAB 1

39.3K 1.2K 66
                                    

"Hai, jom pergi cafe sekali dengan saya."

Hara mendongak. Terdengar keluhan kecil terbit dari bibir mungil itu.

"Aku makan dengan kawan-kawan aku." Hara mengemas barang-barangnya dan bangkit menuju pintu keluar dewan kuliah.

"Wey, kau kenapa datang dengan muka monyok?"

Hara menarik kerusi di hadapan kawan-kawan baiknya.

"Macamlah kau taktahu, Yana. Hara, ni mesti kes ajak kau keluar makan kan?Lelaki mana kali ni?"

Hara mengangguk lemah.

"Budak class aku tadi. Dia ajak pergi cafe sekali. Aku macam biasalah, aku tolak dia time tu juga."

"Susahnya jadi Ledy Hara binti Dato Hassan kan? Semua lelaki terkejar-kejarkan dia. Tapi dia? Uish keras juga hati kau ni kan? Aku nak tengok lelaki mana yang bertuah nanti."

Hara memandang Balqis dan Yana bersilih ganti.

"Penatnya hidup macam ini!"

Tersentak dua orang kawan baiknya itu apabila dia menjerit. Pandangan orang disekeliling tidak dihiraukan.

Yana dan Balqis memilih untuk diam. Buat mereka yang tidak mengenali Hara, sudah pasti mereka akan beranggapan bahawa Hara ni over dan attention seeker. Namun mereka berdua telah mengenali Hara sejak semester satu lagi. Bukan mudah menjadi Hara. Setiap pagi pasti ada bunga di atas meja. Sebelah petang pula kebiasaannya Hara akan menerima bekalan makanan dari cafe dan kadangkala ada yang mengirimkan coklat. Namun, Hara tidak pernah mengambil semua tu. Dia akan buang atau beri pada orang lain.

"Aku nak pergi beli makanan kejap."Yana dan Balqis hanya menghantar Hara melalui pandangan mata sahaja.

Ledy Hara. Ya, dia sememangnya umpama bidadari suci dari kayangan. Kulit yang putih gebu, bibir kemerah-merahan, hidung mancung, rambut keperangan semula jadi yang mencecah pinggang, ketinggian yang ideal dan bentuk tubuh yang sempurna. Tiada siapa yang mampu mengalihkan pandangan daripada Hara. Semua berebut-rebut mahukan Hara.

Tidak lama selepas itu, Hara kembali bersama nasi ayam dan jus tembikai.

"Nasib tak ramai orang." Hara membaca doa sebelum menyuap perlahan nasi ayam ke mulutnya.

"Guys, nak dengar gossip tak?"

Hara mengangkat kening dengan mulutnya penuh dengan nasi ayam.

"Madam Suliza dah tak ajar kau lepas ni."

"Mana kau tau? By the way siapa ganti?"

"Aku dengar ada orang cakap. Yang ganti tu nanti lecturer lelaki. Nama dia aku tak sure. But actually, madam Suliza yang ganti dia sebab haritu dia tak masuk sebab ada masalah sikit."

Hara dan Yana hanya mengangguk mengerti.

"The best is dia single, weh!" Balqis cuba menahan nada terujanya.

Jus tembikai yang tinggal suku disedut sampai habis sambil matanya meliar melihat suasana di cafeteria itu.Tiba-tiba dia tersedak.

"Uhuk uhuk!"

Yana pantas menghulurkan tisu.

"Kau dah kenapa, Hara?"

Hara menggeleng laju sambil cuba untuk bertenang.

"Guys, pusing belakang kejap."

Serentak itu kawan-kawannya berpusing. Mulut mereka melopong.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now