"Mana aku letak buku aku? Ya Allah, dah lah aku terbangun lambat pagi ni!Matilah aku!" Hara menggeledah di setiap sudut keretanya. Fikirannya mula mengingat sesuatu. Dia menepuk dahi.
"Buku aku tertinggal atas kereta orang!Arghhh!" Telefonnya dibuka dan aplikasi note ditekan. Dia melihat jadualnya pada pagi ini.
"Class sir Eian! Mummy!" Hara seperti ingin menangis. Dia berpatah semula ke rak kasut dan kasut bertumit tinggi dicapai. Keretanya dipandu selaju yang mungkin.
Dia termengah-mengah apabila masuk ke dalam dewan kuliah. Mata penghuni dewan kuliah itu semua tertacap kepadanya. Baru dia sedar bahawa dia lupa untuk mengetuk pintu. Eian sudah merenung tajam ke arahnya.
"Seriously lady? You again?!"
Hara takut dimarahi oleh Eian. Seumur hidupnya, dia tidak pernah ditinggikan suara oleh sesiapapun.
"Let we know what your excuse is."
Eian berpeluk tubuh sambil merenung tepat ke arah Hara yang berdiri di hadapannya.
"Saya cari barang saya yang hilang." Tutur Hara perlahan.
"What a stupid excuse. You kalau rasa tak nak belajar dengan I, please tukar course or maybe pergi masuk class lain. But I guess, you tak boleh. Am I right?" Keras nada yang digunakan oleh Eian.
"Saya minta maaf, sir. Saya tau salah saya." Hara hanya menunduk menekur lantai.
"You said sorry then you will repeat it again and again."
Hara tiba-tiba naik angin.
'Aku minta maaf pun kena kecam ke?'
"Then sir nak saya buat apa?" Kali ini Hara merenung tepat anak mata hazel lelaki itu.
Eian terpaku. Wajah mulus di hadapannya dipandang lama. Dia berdehem untuk mengurangkan rasa segannya.
"Jumpa I lepas ni." Eian terus berlalu ke mejanya dan menyambung semula kerja. Dia mengerling sekilas Hara yang sudah mengambil tempat duduknya.
Mujur sahaja kelas bersama Eian pada pagi ini hanya 2 jam. Kalau tidak, pasti Hara tidak dapat fokus lagi. Tamat sahaja lecture, Hara mengemas barang-barangnya. Kawan-kawan sekelasnya sudah beransur keluar. Mungkin ada yang pergi bersarapan sementara menunggu kelas seterusnya.
"Hai awak." Seorang lelaki mengambil tempat di sebelahnya.
Hara membuat muka bosan.
'Siapa pula hari ni ya Allah!'
"Awak dah breakfast?"
Hara membalas dengan anggukan. Tangannya menzip tote bag sebelum bangkit dari kerusi.
"Janganlah bangun lagi. Jom kita borak or maybe lepak dekat cafe ke."
Hara menggeleng laju.
"Busy." Baru sahaja ingin melangkah, lelaki itu menyambar kuat lengannya.
Hara menjerit kecil. Eian yang masih belum keluar dari dewan kuliah memandang Hara.
"Apa ni?! Let me go!" Hara sedaya upaya menarik lengannya namun tidak berjaya.
"Teman saya breakfast dulu."
"No! Tak nak! Ish lepas lah!"
"Sayang..." Serentak itu lengannya dilepaskan. Hara mencari pemilik suara itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara