Hara berpeluk tubuh. Lagi beberapa minit sahaja mereka akan tiba di rumah banglo milik orang tua Eian.
Sebal pula hatinya apabila teringat jawapan suaminya ketika dia menyoal sebab Eian berjumpa dengan Melina.
"Something that for sure is not your business."
Ya, Hara sedar dia bukan sesiapa dalam hidup lelaki itu. Dia tidak berhak untuk mencampur urusan Eian walaupun lelaki itu merupakan suaminya yang sah di sisi undang-undang juga agama.
Dalam tidak sedar dia mengeluh. Kadangkala dia berasa bahawa suaminya sudah mula membuka ruang untuk dia sebagai seorang isteri. Lihat sahajalah, jika dia merajuk atau dalam kesedihan pasti suaminya akan memujuk. Mengapa sukar untuk dia memahami isi hati suaminya?
Telinga Eian jelas dapat mendengar keluhan halus yang terbit dari bibir mungil isterinya. Mata masih fokus dengan pemanduan namun tangan kirinya mencapai tangan kanan milik Hara yang berada atas paha itu.
Hara mengangkat muka memandang Eian sebelum pandangannya jatuh ke arah tangannya yang sedang digenggam.
"I cuba untuk maafkan you pasal sebelum ni. Bagi I masa."
"Ambillah banyak mana masa yang abang nak. Abang ada niat untuk maafkan Hara pun dah buat Hara bersyukur. Terima kasih abang."
Eian tidak menjawab sebaliknya dia melepaskan tautan tangan ketika kereta miliknya sudah tiba di perkarangan rumah banglo itu. Brek tangan ditarik sebelum enjin kereta dimatikan. Tangannya ligat membuka tali pinggang keledar dan setelah itu dia berlalu keluar untuk membantu Hara.
"You masuk dalam dulu, okay? I nak ambil barang-barang you."
Hara mengangguk cuma sebelum dia mencabut selipar yang dipakainya. Tangan ibu mentuanya dikucup hormat dan dipeluk mesra.
"Alhamdulillah, menantu mama dah balik!" Puan Mariam memimpin tangan Hara untuk masuk ke ruang tamu. Mata Hara meliar.
"Papa kerja ke mama?"
Pelik. Kebiasaannya pagi-pagi macam ini Dr.Jamaluddin akan duduk di ruang tamu bersama senaskah akhbar di tangan.
"Papa ada emergency dekat hospital. Lepas subuh tadi papa terus gerak sebab dia dapat call dari hospital. Itu yang mama sorang-sorang je tadi."
"Oh." Hara mengangguk faham.
"Mama..."
Hara memandang suaminya yang sedang mengucup hormat tangan Puan Mariam sebelum dahi wanita itu dikucup. Bibirnya secara automatik melakar senyum.
"Eian dengan Hara dah breakfast belum?" Puan Mariam memandang wajah anak dan menantunya bersilih ganti.
"Belum, mama. Tadi Eian terus gerak dari hospital ke sini. Malas pula nak singgah mana-mana sebab kesian dekat Hara. Eian nak suruh dia rehat secukupnya sementara dia tak masuk class lagi."
Hara kerut dahi.
"Hara dah cukup rehat dah, abang. Almost a week Hara warded tau."
"But still I want you to have a good rest at home. So no objection from you, get it?"
"Dah-dah, jom mama teman Eian dengan Hara breakfast. Eian janganlah risau, mama ada untuk tengokkan Hara."Puan Mariam mencelah.
"Mama teman Hara makan dulu. Eian nak pergi basuh baju kotor Hara kejap. Nanti lepas dah basuh baru Eian makan."
Eian sudah mencapai beg pakaian isterinya yang diletakkan tadi di tepi sofa buatan Itali itu. Tanpa sempat ditegah oleh Puan Mariam mahupun Hara, dia sudah berlalu menuju laundry room.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara