Bab 32

18.6K 879 15
                                    

Semenjak pulang dari lawatan, Hara yakin hubungannya dan Eian sudah semakin baik. Sikap penyayang Eian terserlah ketika berada di samping Hara. Jauh di sudut hatinya, dia gembira kerana akhirnya dia dapat merasai kebahagiaan menjadi seorang isteri kepada Eian Wazif.

"Nak breakfast dulu or terus masuk class?"

Kereta berlambangkan Audi itu sudah diparkir di tempat letak kereta kawasan universiti.

Hara menilik jam di tangannya.

"Sempat kot kalau kita pergi breakfast dekat cafe. Lagipun kesian abang sebab Hara tak sempat nak siapkan breakfast untuk abang tadi."

"It's okay, baby. I lagi risaukan you, nanti gastrik pula." Kaki mereka sama-sama melangkah menuju kafeteria. Bukan mereka tidak perasan ada mata-mata yang sibuk melihat ke arah mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa Eian sedang menahan cemburu apabila menyedari ramai lelaki sedang tersenyum ke arah isterinya.

Mana taknya, hari ini Hara mengenakan baju kurung cotton berwarna biru lembut. Rambutnya pula dibiarkan lepas hingga mencecah paras pinggang. Jarang sekali untuk melihat Hara memakai baju kurung.

Lihat sahajalah, sekali Hara mengenakan baju kurung, habis semua mata sibuk memandang ke arah isterinya.

"Sayang duduk sini dulu. Biar I tolong belikan makanan."

Hara cuma mengangguk sebelum menarik kerusi. Sambil menanti suaminya membeli makanan, dia sempat membuka aplikasi Instagram untuk melihat isu terbaharu.

"This is for you." Eian duduk bersama sepinggan roti bakar bersalut mentega kegemaran Hara.

Melihat itu, Hara terus menyimpan telefonnya. Dia lebih tertarik dengan roti di hadapannya itu.

"Thank you, abang."

Eian hanya tersenyum kecil melihat isterinya yang sedang menjamah sarapan. Dia asyik memerhatikan tingkah laku Hara yang berada di hadapannya. Cara Hara makan, gaya Hara mengelap bibir, bagaimana Hara mengunyah perlahan-lahan.

Semua itu nampak menarik di matanya.

"Are you done?"

Soalan itu menyentak fikiran Eian. Dengan segera dia berdehem.

"Yes. Jom, lagi berapa minit kelas I nak start."

Mereka berjalan berpampasan menuju ke dewan kuliah.

"Morning class! Alright so today we will proceed with our presentation. So, first group you may come in front and start yours."

Dengan Eian memang mudah. Masa tidak akan dilengahkan dan dibazirkan begitu sahaja. Masuk-masuk kelas sahaja pembelajaran akan dimulakan. Makanya para pelajar sememangnya perlu masuk ke dewan kuliah lebih awal berbanding Eian.

Melihat tiada kumpulan yang ingin membentangkan kajian mereka, Eian mengeluh kasar. Dia cukup pantang jika para pelajarnya tidak mempunyai keyakinan untuk memulakan pembentangan. Didekatkan bibir seksinya ke arah mikrofon sebelum matanya meliar ke seisi ruang itu.

"For how many times I said that you should prepare yourself. All of you know right today I'm going to do the presentation. So why none of you are willing to be the first one? I guess be a number one is the best among the best. The confident huh!"

Para pelajar masih menekur lantai.

Eian menarik nafas perlahan.

Sabar, Eian. You can handle it.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang