Bab 10

18.2K 864 54
                                    

"Eian..."

Eian memanggung kepalanya memandang Puan Mariam.

"Ya ma?"

Tak tahu kenapa, namun Eian pasti ada sesuatu yang akan berlaku. Tidak pernah-pernah mamanya tersenyum lebar. Malam ini mamanya berkelakuan aneh.

"Eian nak kahwin kan?"

"Yup. Why?"

"Mama setuju."

Terbuntang mata Eian memandang mamanya.

"Seriously mama?"

Puan Mariam mengangguk laju.

"Tapi dulu mama juga yang tak bagi Eian kahwin dengan Mel."

Ya, Puan Mariam merupakan insan yang menentang kuat hubungan mereka.

"Dulu dan sekarang lain, Eian. Tak payah soal banyak, nak atau tak?"

"Of course nak, mama. Eian happy sangat sebab finally mama izinkan Eian kahwin."

Sungguh, mata Eian bersinar-sinar dipandangan Puan Mariam.

"Tapi!"

Eian kerut dahi.

"Semua preparation biar mama uruskan. Dari kad kahwin sampailah majlis resepsi korang. Korang cuma datang akad nikah je."

"Eian tak kisah, mama. Asalkan restu mama sentiasa dengan kami."

Puan Mariam tersenyum makin lebar.

"Lagi satu."

"Apa lagi ma?"

"Eian tak boleh berhubung dengan Melina sampai hari akad nikah. No texting, no calling and no hanging out."

"Ala mama...Mana boleh macam tu!"

"Eh, nak kahwin ke tak?"

Eian mengangguk pantas tanpa ragu.

"Ikut syarat mama."

Mahu tak mahu Eian terpaksa menurut kehendak mamanya. Sudah diberi izin untuk kahwin pun cukup memadai baginya.

"Bila akad nikah?"

"Next month from today."

"What?!" Eian terkedu.

Cepatnya majlis akan berlangsung. Mama ni betul ke tak?

"Yup. Remember, jangan berhubung dengan Melina. Kalau mama dapat tahu, automatic mama cancel semuanya."

Puan Mariam bangkit sambil membetulkan kaftan tidurnya.

"Esok mama akan start dengan survey cincin kahwin." Tanpa berlengah, Puan Mariam terus naik ke biliknya.

Eian masih dalam keadaan terkejut. Memang itu kehendaknya. Berkahwin dengan Melina.

Namun, tidakkah terlalu awal? Sebulan dari sekarang?

Huh! I'm not single anymore!

Apa kau merepek ni Eian? Kau memang tak single since ada hubungan dengan Melina kan?

Niat ingin mencapai telefon untuk berkongsi berita gembira ini dengan Melina terpaksa dilupakan.

Tak apalah, maybe mama dah inform Mel kot.

Be positive, groom to be!

**********

"Mama, Hara keluar kejap ya. Nak jumpa someone."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now