Bab 23

17.3K 828 24
                                    

"Eh, kau bila pula nak ada anak? Bukan angkat tapi anak kau sendiri dengan Hara."

Pertanyaan itu membuatkan Eian mati kata. Dia menarik gelas minumannya sebelum disedut perlahan.

Izz tahu sahabatnya itu sengaja ingin melarikan diri daripada soalan itu.

"Kau asyik jadi papa untuk anak aku je. Bila lagi kau nak ada anak sendiri?"

Eian sekadar mengangkat bahu sambil mengelus rambut Iriz. Dia sayang anak kecil itu umpama anaknya sendiri. Pernah sekali Izz menghantar Iriz ke rumahnya kerana Izz dan Qahsya perlu menghadiri majlis rasmi di luar kawasan. Eian jugalah yang sanggup bersengkang mata untuk menidurkan anak itu.

"Come on, Eian. Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak nafikan kewujudan Hara dalam hidup kau? Kau patut tahu dan sedar, apa yang kau buat ni salah."

"Apa yang salahnya, Izz? Kau expect untuk aku cintakan dia? Layan dia macam puteri kayangan? Macam tu maksud kau?"

"Buk..."

Eian memotong bicara Izz.

"Kau kawan aku, Izz. Kau tahu siapa yang aku cinta. Melina, Izz. Bukannya Hara! Hara tu cuma singgah dalam hidup aku untuk musnahkan impian aku. Aku dah planned nak kahwin dengan Mel..." Di hujung ayat, nada Eian semakin lirih.

Dia semakin tidak tahan dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Hampir tiga bulan dia mendirikan rumah tangga, selama itu hatinya tidak tenteram.

Izz mengusap tengkuknya berkali sebelum mengeluh kecil.

"Kau cuma pandang apa yang jadi ni dari negative side je kan? Pernah tak kau fikir dari pandangan bebas?"

Soalan itu menuntun Eian untuk memandang Izz dengan wajah bingung.

"Kau selalu nampak yang Hara ni perampas, ambil kau daripada Mel. Took granted dengan layanan baik kau. Musnahkan hidup kau. Okay, tu apa yang kau selalu cakap dekat aku sejak kau kahwin. Tapi kau pernah fikir tak?Dengan perkahwinan ni, kau dapat buat mama kau happy. Kau sebagai anak dapat bahagiakan hati seorang ibu."

"Aku tahu pilihan aunty Mariam tak pernah salah. She knows better about you. Aunty mungkin nampak kekurangan Mel yang dia tak boleh nak terima. Aunty Mariam juga tahu yang kau takkan dapat terima kekurangan Mel tu."

Helaan berat terbit dari bibir Eian. Dia buntu taktala itu.

"Semua orang tak perfect, Izz. Aku terima kekurangan Mel sebab aku betul-betul cintakan dia."

Bibir Izz tersenyum sinis memandang wajah sahabatnya.

"Katakanlah mama kau restu hubungan kau dengan Mel, kau yakin ke kau akan terima buruk dia? Knowing you as my bestfriend since ages, aku tahu perangai kau macam mana."

Makin serabut kepala Eian apabila bicara Izz satu persatu masuk ke dalam fikirannya.

"Eian, jujur aku cakap dengan kau. Awal-awal aku jumpa Hara, aku dapat rasa something dalam diri dia. The way she talked in front of you, the way she smiled when you talked to her mother, the way she stared at you. Semua tu aku nampak clearly, Eian."

"She loves you."Tokok Izz lagi.

Pernyataan itu tidak dinafikan oleh Eian jauh sekali ingin mengakui kebenarannya. Dia cuma diam untuk mencerna bait bicara sahabatnya itu.

Jeda.

"I can't force myself to love her. Aku tak cintakan dia. Aku tak boleh terima dia sebagai isteri aku."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now