Bab 18

16.9K 918 90
                                    

"Mama masak apa tu?"

Puan Mariam berpaling sebelum dia menyambung semula kerjanya.

"Mama buat mi goreng je untuk breakfast hari ni."

"Air dah siap ke mama?"

"Belum lagi, siap goreng mi nanti mama bancuh air kopi."

"Eh tak apa! Biar Hara tolong."

Tangannya cekap mencapai teko dan cawan-cawan. Puan Mariam tersenyum melihat kerajinan menantunya itu.

"Hara tolong mama letakkan kuih karipap tu dekat depan."

Hara mencapai piring kaca berisi karipap.

"Wah! Mama buat ke?"

Mentuanya sekadar menggeleng sebelum tangannya pantas mengisi mi goreng ke dalam pinggan berbentuk bujur itu.

"Suami Hara yang pergi beli tadi. Dia teringin nak makan karipap dekat gerai depan tu."

Kata-kata itu membuatkan Hara terdiam. Teringat peristiwa malam tadi. Eian langsung tidak masuk semula ke dalam bilik tidur mereka.

Sentuhan di bahu mematikan lamunan Hara.

"Hara okay ke ni?" Lembut Puan Mariam bertanya.

Bukan dia tidak perasan mata menantunya itu sembab dan bengkak. Dia pasti semua itu ada kaitan dengan anaknya kerana pagi tadi dia melihat Eian keluar dari bilik tetamu.

Hara cuma melemparkan senyuman sebelum dia mengangguk.

"Jom kita ke depan. Papa dah tunggu lama tu."

Dia cuma membontoti ibu mentuanya sambil menatang dulang. Sampai di ruang makan, dia lihat suaminya sudah mengambil tempat.

"Wah! Menantu papa masak ke hari ni?" Dr.Jamaluddin memandang hidangan sarapan mereka.

"Bukan Hara yang masak ni, papa. Hara cuma tolong mama bancuh air kopi je."

Segan pula dia kerana sepanjang dia tinggal di rumah itu, dia tidak pernah memasak. Bukan tidak reti, namun dia segan untuk sesuka hati menggunakan apa yang ada dalam rumah ini.

"Papa dengar Hara reti masak, kan?Mummy Hara ada bagitahu hari tu." Hara yang baru melabuhkan punggung di sebelah suaminya hanya tersenyum nipis.

"Tak pandai sangat, papa. Cuma setakat nak masak untuk family tu Hara boleh je." Tangannya mula mencedok mi goreng ke dalam pinggan suaminya. Dua biji karipap diletakkan ke dalam piring kecil sebelum dihulurkan kepada suaminya.

Eian sekadar mengambil dengan wajah tanpa riak. Hara mengerti bahawa lelaki itu masih tidak dapat menerima kewujudannya dalam rumah ini. Namun dia bersyukur kerana mentuanya dapat menerima dirinya sebagai menantu.

"Sikitnya Hara makan. Diet ke?"

"Hara tak ada selera, mama."

"Tak sedap ke mama masak?"

Wajah Puan Mariam ditatap.

"Bukanlah,mama. Masakan mama ni sedap sangat, sama macam mummy. Cuma Hara pening kepala dari semalam. Itu yang tak ada selera sangat."

Sejurus itu Puan Mariam dan Dr.Jamaluddin saling berpandangan. Adakah....

"She's not pregnant, mama."

Kata-kata itu membuatkan Hara memandang Eian dan kedua-dua mentuanya. Seorang wajah kaku manakala dua orang lagi beriak hampa.

Adakah mereka salah faham dengan ayatnya?

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now