"Assalamualaikum."
"Walaikumussalam, ha baru balik Eian?Dah pukul berapa ni?"
"Baru pukul 10.30 malam, mama. Eian pergi jumpa kawan."
Puan Mariam memandang anaknya yang sedang menuju tangga.
"Ya ke kawan? Bukan pergi jumpa perempuan tu?"
Kata-kata itu membuatkan langkah Eian terhenti. Dia berpaling untuk memandang wajah Puan Mariam.
"Perempuan yang mama maksudkan tu ada nama. Nama dia Melina. So what kalau Eian jumpa dia?"
Puan Mariam bangun dari duduknya sebelum mara ke Eian.
"Kamu tak sedar ke yang kamu dah ada isteri?"
Bibir Eian menguntum senyum sinis dan menjengkelkan.
"Pernah ke Eian terima dia sebagai isteri Eian?"
"Eian Wazif!" Eian berpusing ke arah suara itu.
Dr.Jamaluddin bergerak menghampiri isteri dan anaknya.
"Papa tak pernah ajar anak papa biadab dengan orang tua Eian."
Suara itu menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya namun malam itu Eian agak berani.
"Eian tak pernah sekali pun rasa nak biadab dengan mama and papa. Eian hormat mama dengan papa. Semua yang mama minta Eian buat. Tapi kenapa mama ambil kesempatan dekat Eian?"
Wajah Puan Mariam dipandang.
"Apa salah Eian selama Eian jadi anak mama sampaikan Eian kena paksa kahwin dengan dia? Kenapa hidup Eian end up kena bersama dia? Mama tahu Eian cintakan Mel, Eian nak kahwin dengan Mel. Tapi mama sanggup buat anak mama macam ni, kan?"
Puan Mariam memegang lengan anaknya namun Eian menepis perlahan.
"Mama buat semua ni bersebab, Eian. Mama yakin Hara boleh bahagiakan Eian."
Eian bergerak menjauhi kedua-dua orang tuanya sambil menggeleng kepala. Dia berasa lucu dengan kata-kata mamanya.
"Mama tuhan ke sampai mama tahu siapa yang akan bahagiakan Eian?"
"Eian!"
Tangan Puan Mariam naik untuk menampar wajah anaknya namun pantas dihalang oleh Dr.Jamaluddin.
"What?! Betulkan apa Eian cakap?Semua ni takkan jadi kalau mama bagi peluang dekat Mel untuk ambil hati mama. Apa buruknya Mel sampai mama benci dia?"
"Kalau mama cakap keburukan perempuan tu, agak-agak Eian percaya ke?! Kalau mama senaraikan apa yang dia dah buat, Eian yakin Eian akan percaya?!"
Tengkingan itu membuatkan Eian terdiam. Selama dia hidup, mamanya tidak pernah meninggikan suara mahupun menengking seperti itu.
Dr.Jamaluddin menenangkan isterinya yang sudah naik angin. Dia juga terkejut kerana selama ini isterinya tidak pernah bertindak sebegitu.
"Eian pergi naik tengok Hara tu. Dia sakit kepala lagi sejak balik tadi.Papa dah bagi ubat, tapi kalau Hara still sakit better bawa pergi klinik."
"No, Eian tak nak. Suruhlah mama bawa menantu kesayangan dia tu pergi klinik. Eian penat nak rehat."
Baru kakinya memijak anak tangga ketiga, Dr.Jamaluddin bersuara.
"Kalau Eian tak boleh layan Hara macam seorang isteri, Eian layanlah dia macam adik perempuan Eian. Sayang dia macam adik Eian, jaga dia macam mana Eian jaga mama. Hormat perasaan dia macam mana Eian nak orang hormat perasaan Eian."
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara