"You bawa Iriz naik atas dulu. I nak minum air sekejap."
Hara merangkul tangan suaminya. Terhenti langkah Eian yang ingin ke dapur.
"Nak Hara buatkan air?" Eian senyum.
"It's okay. I can do it by myself." Melihat Eian sudah berlalu ke dapur, Hara memimpin tangan Iriz naik ke bilik mereka.
"Iriz sleep with mama and papa okay?" Hara meletakkan Iriz di atas katil mereka.
"Alright, mama." Sewaktu Iriz sedang baring di atas katil, Hara menuju ke walk in closet untuk menyimpan baju anak kecil itu. Tangannya turut cekap memasukkan baju kotor yang mereka pakai di rumah Datin Kirana ke dalam laundry bag.
Eian yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus menerpa ke arah Iriz.
"Where's mama?"
Iriz memandang wajah Eian sebelum jarinya menghala ke pintu di sebelah pintu bilik air.
"Abang nak mandi tak? Kejap lagi nak masuk maghrib dah." Eian mengangkat wajahnya.
"Boleh juga. Badan I pun dah melekit-lekit. Tak selesa." Eian bingkas bangkit dan masuk ke dalam walk in closet. Pakaian dilucutkan sebelum dia mengenakan bathrobe.
Hara hanya melihat suaminya yang sudah hilang di sebalik pintu kaca bilik air. Baju tidur Eian sudah diletakkan di atas katil. Mudah.
Dia menoleh ke arah Iriz yang sedang menonton televisyen itu. Tadi sewaktu dia meletakkan anak kecil itu di atas katil, televisyen tidak terpasang. Mungkin Eian yang memasangkan bagi mengelakkan Iriz berasa bosan.
"Mama..."
Hara mengusap lembut rambut perang semula jadi Iriz. Dia sudah jatuh sayang terhadap Iriz.
"Why, hm?"
"Can we go out for tomorrow?" Soal Iriz perlahan.
Macam mana dia nak jawab ni? Esok dia ada class. Kesian pula nak tolak permintaan Iriz.
Baru Hara berkira-kira mahu menjawab, Eian yang baru selesai mandi mendekati mereka. Bahu Hara dirangkul sambil matanya memandang ke arah Iriz.
"Mama and papa are too busy lah, Iriz. You need to stay at home with nenek okay? Later I'll bring you to buy an ice-cream."
Iriz mengangguk faham. Tersenyum Hara melihat cara suaminya memujuk Iriz.
"Iriz, come. Let's take a shower." Hara memimpin Iriz ke bilik air sementara Eian sedang memakai pakaian tidurnya.
Baru dia menyandar di kepala katil, telefonnya di meja berbunyi. Dia menoleh.
Melihat nama yang tertera di skrin nipis itu membuatkan Eian mengeluh.
Dia nak apa lagi ni?
Mahu tak mahu,dia terpaksa menjawab panggilan itu memandangkan Melina seakan-akan tidak berputus asa. Sempat matanya mengerling ke arah pintu kaca bilik air. Dia risau sekiranya Hara mengetahui akan hal ini.
"You nak apa lagi, Mel?" Terus disoal Melina.
"Sayang... I rindu you."
Eian mengeluh perlahan sambil tangannya menggosok belakang tengkuk.
"Stop it, Mel. You and me, it's over."
"But, sayang. I tak boleh hidup tanpa you. I rindu you, sayang. Please, I'm begging you. Kita jumpa?"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara