Eian mendengus kasar. Telefon sudah dicampak ke tempat duduk sebelah pemandu. Sakit pula hatinya apabila Hara tidak menjawab panggilan dia. Bukan sekali dia cuba, tapi dah berkali-kali. Asyik masuk peti suara saja!
Stereng dibelok ke kanan sebelum kereta diberhentikan dekat dengan pos pengawal. Kad akses ditunjuk sebelum dia menutup tingkap kembali. Kaca mata hitamnya dibuka. Usai memarkirkan kereta Audi merah kepunyaannya, dia segera mencapai luggage sebelum kakinya dihala ke lif. Tidak sabar ingin bersua muka dengan isteri yang hampir seminggu tidak berjumpa.
Ting!
Eian menarik luggage keluar dari lif. Saat kakinya mencecah lantai rumah, bebola mata mencari figura isterinya. Di dapur, hm kosong. Ruang tamu pun sama. Bilik?
Luggage itu ditolak ke master bedroom. Diketuk pintu sekali sebelum dia membuka perlahan daun pintu itu.
"Hara?" Tiada di ruang tidur. Baru dia ingin memanggil lagi, matanya menangkap susuk tubuh yang sedang menunaikan solat asar di sudut tepi bilik. Bibirnya terukir senyum saat melihat wajah yang bebas dari sebarang solekan itu. Tenangnya hati!
Sementara menanti Hara selesai solat, dia berehat di katil. Mujur dia sempat singgah di RnR untuk menunaikan solat asar, jika tidak pasti dia terlepas waktu asar. Baru ingin merebahkan badan, isterinya sudah siap menggantungkan telekung tanpa melihat ke arahnya. Idea nakal mula muncul.
Perlahan, dia mendekati Hara yang sedang membelakanginya. Tanpa menunggu lama, tubuh itu dirangkul dari belakang. Kemas, erat. Hara terkaku bersama sejadah di tangan.
"I miss you." Gemersik suara itu memalu kencang jantung Hara. Eian memejamkan mata sambil dagu menumpang atas kepala isterinya. Bau haruman yang terbit dari kepala Hara membuatkan dia berasa nyaman.
Hara hanya menanti saat suaminya melepaskan rangkulan itu.bDia tidak menolak jauh sekali ingin membalas. Dia cuma statik di situ.
"Do you miss me, hm?" Helaan nafas Eian dekat menyapa di telinga Hara. Tangannya digenggam untuk menahan seribu rasa yang terpendam di dada. Rindu, marah, geram, benci dan rasa diperbodohkan menjadi satu.
Eian membuka mata saat dia tidak mendengar sepatah kata dari isterinya. Segera dia memusingkan badan Hara tanpa melepaskan rangkulan itu. Dagu isterinya ditolak sedikit agar mata mereka bertentang utuh.
"Tak rindu I ke, hm? I tanya you tadi, you senyap je. Why? You're not feeling well?" Eian meletakkan kekura tangannya di dahi dan leher jinjang Hara. Tidak panas. Suhunya normal sahaja.
Hara memejamkan mata kejap sebelum dia memandang wajah suaminya. Tapi sekali pun dia tidak merenung mata lelaki itu. Dia tidak kuat.
"Pergi mandi, kejap lagi nak dinner." Hara menolak dada bidang suaminya sebelum dia berlalu keluar tanpa mempedulikan sorotan mata Eian. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu dekat dengan lelaki itu.
At least, not now.
Punggung dilabuhkan di kerusi meja makan. Teringat kembali apa yang berlaku semalam membuatkan hati Hara berkecamuk. Dia rapuh namun dia masih bertahan hingga kini.
Entah mengapa, dia jijik dengan suaminya sendiri.Telinganya tidak dapat menerima ungkapan rindu sebentar tadi.
Malam ini apa pun yang terjadi, dia mahu kan penjelasan dari lelaki itu!
"Dah solat isyak ke?" Hara yang sedang menonton tv itu cuma mengangguk. Dia sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara